Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 28 May 2008

Pelajar Al-Azhar Kurang Mendapat Perhatian Sektor Pekerjaan??


Batal MoU pengajian tak laku

TIDAK laku dan kurang mendapat perhatian sektor pekerjaan dikenal pasti punca utama kerajaan membatalkan memorandum persefahaman (MoU) antara institut pengajian tinggi tempatan dengan universiti tersohor di Mesir iaitu Universiti Al-Azhar.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun, berkata pihaknya bukan sengaja membatalkan MoU itu tetapi menyedari pasaran pekerjaan berkaitan kursus Pengajian Islam sangat tipis malah tidak memenuhi tuntutan sektor sedia ada.

“Apabila kita mengkaji kehendak dan kemahuan pasaran khususnya (ke atas) graduan yang sudah keluar mendapati antara kursus yang kurang mendapat perhatian ialah mengenai Pengajian Islam selain kursus Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

“Jadi, kementerian perlu mengawal perkara ini, justeru mengehadkan kursus kerjasama yang dipohon beberapa institut pengajian tinggi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan dibangkitkan Nasharuddin Mat Isa (Pas-Bachok) yang mahukan penjelasan mengapa kementerian membatalkan MoU yang sudah ditandatangani banyak kolej tempatan dengan Universiti Al-Azhar untuk menawarkan kursus Pengajian Islam.

Nasharuddin sebelum itu meluahkan kekesalannya berhubung perkara itu kerana menganggap ianya tidak wajar.

Terdahulu, Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) meminta Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan sistem kaedah pengiktirafan yang digunakan bagi mengawal institusi pengajian tinggi swasta yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Sumber: myMetro Khamis,29 Mei 2008.

http://www.hmetro.com.my/Thursday/Setempat/20080522123224/Article/index_html





Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Saya dengan dukacitanya amat-amat tidak menyukai apabila membaca artikel diatas. Benarkah tidak laku?? Atau pun sebagai langkah mengurangkan bilangan Azhari dan Azhariah di Ardhil Kinanah ini? Banyak aspek yang boleh dinilai berdasarkan artikel ini. Tetapi,secara jelasnya saya melihat ini adalah dasar kerajaan untuk memastikan politikus mereka sentiasa dalam keadaan selesa.


Mengapa?? Kebanyakan siswa-siswi Al-Azhar akan membawa gelombang dakwah dalam masyarakat. Mereka tidak jemu-jemu menyampaikan risalah dakwah Rasulullah SAW. Dan pastinya apabila berada dalam bidang siasah, mereka akan bangkit menentang habis-habisan golongan pemerintah yang memisahkan agama dan politik dalam pemerintahan.
Bukanlah isu kurang permintaan dalam sektor pekerjaan menjadi persoalan. Sungguhpun memang berlaku lambakan golongan ini,namun harus diingat bahawa pada hari ini, bukan sahaja lambakan golongan pelajar agama, tetapi lambakan golongan professional juga amat membimbangkan.


Saya berharap kita semua dapat mengambil ikhtibar. Jangan kecewa selagi mana kita adalah pelajar yang menuntut ilmu Allah. Ilmu Allah bukanlah untuk digunakan dalam sektor pekerjaan,tetapi digunakan dalam sektor 'memburu mardhatillah'.


Sekadar meluah apa yang dikesali.
Nour El-Housna Ab Bakr.

Tuesday 27 May 2008

Langkah Bermula


Alhamdulillah..
Moga-moga dengan 'hadirnya' blog ini,dapatlah saya coretkan apa-apa yang boleh dikongsikan bersama. Moga-moga dengan usaha kecil ini,mendapat rahmat dari Allah SWT. Sesungguhnya dalam menuju redhaNya,pelbagai ranjau dan liku harus ditempuhi dengan sabar. Mungkin saya masih tidak berkesempatan untuk selalu 'up date' kan blog ini kerana pada waktu ini,saya sedang dalam fatrah imtihan akhir.Doakan semoga saya dan sahabat-sahabat yang lain najah mumtaz..InsyaAllah.
Memburu Redha, Nour El-Housna Ab Bakr