Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 27 July 2008

Insomnia


Apa sebenarnya insomnia? Setakat apa yang saya tahu, masalah tak boleh nak tidur malam. Apa puncanya? Memandangkan esok saya exam, saya tak boleh tidur malam ini. Selalunya memang begini juga.. Tambah-tambah sekarang ini subuh seawal 4.30 pagi, saya semakin susah melelapkan mata.. Apakah ini..ish2..dugaan..[ sabaq la..=)]

Ada maklumat yang saya dapat cari sedikit malam ini berkaitan insomnia.. Selamat membaca ye =)

Most adults have experienced insomnia or sleeplessness at one time or another in their lives. An estimated 30-50% of the general population are affected by insomnia, and 10% have chronic insomnia.

Insomnia is a symptom, not a stand-alone diagnosis. By definition, insomnia is "difficulty initiating or maintaining sleep, or both." Although most of us know what insomnia is and how we feel and perform after one or more sleepless nights, few seek medical advice. Many people remain unaware of the behavioral and medical options available to treat insomnia.

Insomnia affects all age groups. Among older adults, insomnia affects women more often than men. The incidence increases with age.

Stress most commonly triggers short-term or acute insomnia. If you do not address your insomnia, however, it may develop into chronic insomnia.

Insomnia Causes

Insomnia may result from either psychological or physical causes.

  • The most common psychological problems include anxiety, stress, and depression. In fact, insomnia may be an indicator of depression. Many people will have insomnia during the acute phases of a mental illness.

  • Physiological causes span from circadian rhythm disorders, sleep-wake imbalance, to a variety of medical conditions. Following are the most common medical conditions that trigger insomnia:

  • Certain groups are at higher risk for developing insomnia:

  • Certain medications have been associated with insomnia. Among them are certain over-the-counter cold and asthma preparations.

    • The prescription varieties of these medications may also contain stimulants and thus produce similar effects on sleep.

    • Medications for high blood pressure have also been associated with poor sleep.
  • Common stimulants associated with poor sleep include caffeine and nicotine. You should consider not only restricting caffeine use in the hours immediately before bedtime but also limiting your total daily intake.

  • People often use alcohol to help induce sleep, as a nightcap. However, it is a poor choice. Alcohol is associated with sleep disruption and creates a sense of nonrefreshed sleep in the morning.

  • A disruptive bed partner with loud snoring or periodic leg movements also may impair your ability to get a good night's sleep.
http://www.emedicinehealth.com/insomnia/


Ini rupanya insomnia.. It affects women more often then men.[ Terkena la saya ye..=)]
Dalam hal ini, mungkin saya stress nak exam. 'Ala kulli haal, alang-alang tak boleh tidur, baik membaca sesuatu.. =)

Thursday 17 July 2008

Feldaku Juara (Part 1)





Salam


Apakah yang terlintas difikiran anda tentang 'Felda'? Apa itu Felda? Di mana? Bagaimana rupa bentuk Felda? Disini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang Felda yang merupakan tempat lahir saya. Felda yang menjadi tempat tinggal saya sekeluarga ialah Felda Bukit Mendi,Triang,Pahang. Kenapa Mendi? Bukit tu mandi ke? Wallahua'lam..saya pun tak tahu =).Pada permulaannya program Felda adalah bertujuan mengurangkan kemiskinan penduduk luar bandar ke kawasan-kawasan yang baru dibangun untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Hasilnya, di Felda terdapat peneroka-peneroka yang berasal dari pelbagai negeri. Antara yang ramai berhijrah ke Felda adalah penduduk dari Kedah dan Kelantan.

Sepanjang 17 tahun hidup di Felda ( 3 tahun di Jitra ) banyak perubahan yang dapat diperhatikan. Terutamanya dalam masalah sosial. Disini saya ingin memfokuskan pada masalah sosial yang kian meruncing di Felda saya. Bukan berniat untuk membuka pekung didada, tetapi sekadar ingin berkongsi dan membuka minda kita supaya lebih cakna akan perihal masyarakat kita pada hari ini. Sebagai Muslim yang telah melafazkan dua kalimah syahadah, kita tidak dapat lari daripada tuntutan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Walau siapa jua kita, tuntutan menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran adalah terpundak di bahu kita.



Berdasarkan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 104:

ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويامرون بالمعروف وينهون عن المنكر واولئك هم المفلحون

Dan hendaklah ada di kalangan kamu sebahagian yang menyeru ke arah kebaikan dan mengarah yang makruf serta mencegah yang mungkar dan mereka inilah golongan yang beroleh kejayaan



Dadah

Felda memang terkenal dengan tingginya rating penagih dadah.Pernah tonton 999? Mengapa ini terjadi? Pada pengamatan saya yang masih lemah ini,antara sebab anak-anak Felda mudah terjebak dengan dadah adalah kerana terlalu banyak masa yang terbuang tanpa diisi dengan aktiviti berfaedah. Mereka lebih gemar melepak dijalanan, menghabiskan masa di kedai-kedai kopi. Mereka tiada inisiatif untuk memajukan diri. Hanya tunggu untuk disuap dalam semua perkara. Inilah sikap yang menyebabkan mereka mudah terjebak dengan dadah. Ditambah pula dengan pengaruh kawan-kawan yang rosak, pembekal dadah ( selalunya orang Cina) yang beroperasi dengan aktif, dadah semakin mudah diperolehi. Mereka juga menjadikan ladang kelapa sawit sebagai 'port' paling sesuai memandangkan ladang tersebut jarang dikunjungi orang. Apalah nasib bangsaku ini..Islam yang hanya pada nama.Sangat menyedihkan.

Buktinya,saya masih ingat satu peristiwa ini yang membabitkan 'taik pit' ini. Pada suatu petang, semasa ayah saya sedang bertukang rumah di bahagian belakang, adalah seorang hamba Allah ini bawa motor dalam keadaan tak berapa betul. Terhoyong-hayang kiri kanan. Tiba-tiba sampai satu selekoh, dia patutnya membelok ke kanan. Tetapi dia terus ke kawasan lapang di depan dan melanggar pondok orang jual kueh..( runtuh pondok kueh pak pin..ish2..). Ayah saya yang memerhatikan kejadian itu, ingatkan dia pengsan. Maka pergilah menjenguk apa yang terjadi. Rupanya dia tu sedang 'lalok'..MasyaAllah..Ayah saya pun tinggalkan begitu saja. Buat apa nak tolong. Silap-silap haribulan,kita yang di'kena'kan disebabkan ke'lalok'an dia.



Rempit

Masalah rempit juga semakin membimbangkan. Hobi saya petang-petang ialah memandu..=) Nak memantapkan pemanduan walaupun masih tak berkesempatan nak ambil lesen.Sambil-sambil tu ambil angin dan membawa adik bersama. Saya selalu memandu mengikut jalan yang menjadi 'medan rempit' golongan anak muda. Mengapa saya katakan mereka anak muda? Bukan kerana saya sudah tua..=) Tetapi umur mereka memang masih dan terlalu muda. Sesetengahnya amat saya kenali kerana pernah pergi mengaji Quran sekali. Mereka baru berumur 13 tahun! Sudahlah merempit, bawak adik sekali.. Ya rabbana, sudah tiada kerja lain selain merempit. Ibu bapa pula seolah-olah memejamkan mata. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Dan sebelum saya berangkat ke Mesir, ada kemalangan melibatkan anak-anak muda ini. Sungguh tragis. Dua beradik meninggal setelah merempit bersama dalam perjalanan ke rumah setelah selesai persekolahan..Dengan berpakaian seragam sekolah, menemui ajalnya..Ya Allah, apa nasib mereka. Seorang tercampak ke pokok kelapa sawit. Tidak dapat saya bayangkan kejadian sebenar.Sungguh mengerikan.


Anak Luar Nikah @ Zina

Sememangnya zina semakin berleluasa pada zaman ini. Ianya berpunca daripada amalan pergaulan bebas tanpa batasan.Bukan sahaja berlaku dibandar-bandar besar, malahan di kawasan Felda sendiri. Sehinggakan bilangan anak luar nikah semakin meningkat. Sungguh membimbangkan. Moga Allah beri peluang ntuk bertaubat dan berubah kepada kita semua. Ada anak muda yang kerja di bandar ( Kuala Lumpur terutamanya), bila pulang, pulang sekali dengan anak angkat..Wallahua'lam. Diketahui bahawa anak itu adalah anak luar nikah setelah berlakunya beberapa peristiwa yang membuktikan kesahihan perkara tersebut. Bukanlah ingin menghukum tanpa ada bukti,namun kemusykilan tidak dapat dielakkan. Mudah-mudahan menjadi pengajaran buat kita semua. Ada juga kemungkinan berleluasanya zina adalah disebabkan masyarakat disini tidak membenarkan anak-anak mereka kahwin muda. Atas alasan tiada persediaan dari segi material dan sebagainya..Itulah sedikit sebanyak pengamatan saya mengenai masyarakat sekeliling di tempat tinggal saya. Anak-anak muda Felda mudah terpengaruh dengan budaya-budaya yang tidak baik. Sehinggakan cara hidup mereka berubah. Cara bercakap, cara berpakaian sehinggalah pergaulan mereka amat-amat menyedihkan. Dimanakah silapnya?

Saya juga ingin berkongsi satu kisah di mana saya sendiri berhadapan dengan anak luar nikah ini. Sesungguhnya anak ini tidak bersalah. Cuma saya yang masih tidak dapat menerima kehadiran anak ini lantaran kesilapan ibu bapanya. Sedang saya berjalan mengambil angin bersama adik bongsu saya yang berusia 2 tahun, anak tersebut yang berusia setahun cuba bermain dengan adik saya. Saya menarik adik saya kerana saya terlalu mengikut perasaan pada waktu itu. Setelah berfikir sejenak, saya melepaskan adik saya. Bermain bersama anak itu. Anak itu tidak bersalah! Maafkan saya yang tidak dapat mengawal diri daripada bersikap sedemikian. Betapa hiba dan sedih dengan masalah masyarakat dan mengenangkan diri ini yang tidak dapat menyumbangkan apatah lagi membetulkan masyarakat dengan sedikitnya ilmu didada..Astaghfirullah..=(

Banyak lagi masalah dalam masyarakat kita pada hari ini. Namun saya mengambil keputusan untuk memasukkan dalam bahagian kedua..InsyaAllah. Berdasarkan masalah yang saya utarakan, wahai sahabat-sahabat kalian, adakah kita masih mahu berdiam diri? Adakah kita ingin hidup, beramal soleh sendirian? Lantaklah mereka..kubur kita lain-lain. Buat hal masing-masing sudahlah.Baguslah kalian jika memikirkan sedemikian. Amat bagus. Tetapi awas. Dimanakah peranan kita sebagai muslim? Apakah dengan melihat kemungkaran, kita hanya berdiam diri? Ingatlah, azab diturunkan oleh Allah kepada orang alim yang beribadat berseorangan dahulu kerana mementingkan diri dan mengabaikan usaha dakwah dalam masyarakat. Moga-moga kita dijauhkan Allah daripada menjadi seperti golongan sedemikian.

Kepada sahabat-sahabat saya yang berasal dari Felda, pulanglah ke Felda kita dengan memberikan sumbangan. Berilah sumbangan dari segi teguran dan sebagainya walaupun sedikit. Ambillah perhatian terhadap masalah masyarakat kita.Sekiranya hari ini, keluarga kita tidak mengalami musibah dan masalah-masalah sosial tersebut, siapa tahu pada masa akan datang nasib keturunan kita? Apa gunaya kalian menuntut ilmu 'tinggi-tinggi' dan 'jauh-jauh' tanpa memberikan sumbangan kepada masyarakat. Saya percaya, masyarakat amat dahagakan petunjuk dalam kehidupan dan bersedia menerima. Namun, masalah sekarang ialah tiadanya golongan-golongan yang sanggup untuk turun membantu mereka dalam masalah ini. Cukuplah sekadar ini dahulu. Nantikan Feldaku Juara Part 2. InsyaAllah.

Tuesday 15 July 2008

Air Tak Manis



Alhamdulillah, imtihan sudah berakhir. Dan sekarang, tugas saya adalah cuba memanfaatkan sebaik mungkin cuti selama 3 bulan di Mesir ini. Inilah nasib orang yang tak balik Malaysia..Ala kulli haal,tidak mengapa..Terlalu banyak program dan aktiviti yang boleh dibuat. Moga-moga saya dan sahabat-sahabat yang ada disini dapat memenuhi masa yang ada dengan perkara-perkara yang memberi faedah..InsyaAllah


Kali ini saya ingin berkongsi kisah 'Air tak Manis'. Kenapa air tak manis?? Semestinya kurang gula..Gula habiske? Tidak..Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan kalian bahawa dalam setiap kejadian, peristiwa, perlakuan dan sebagainya,kita hendaklah menghubungkaitkan dengan iman kita. Menghubungkaitkan sesuatu yang berlaku dengan memikirkan kekuasaan Allah..Sesetengah daripada kita, membayangkan dalam tuntutan mengingati Allah (zikrullah) hanya dapat dilaksanakan dengan duduk berzikir,menuntut ilmu dan sebagainya. Namun, disini, kisah 'Air tak Manis' ini,sedikit sebanyak dapat membuka minda kita bagaimana dengan hanya mengambil pengajaran daripada air,dapat membawa hati kita mengingati Allah.


Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud :

ياءيها الذين ءامنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah ( dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.


Pada suatu malam, kami serumah telah menempah air minuman. Ada yang menempah limau ais, teh ais, radix dan saya bersama roommate saya telah menempah air bonjorno..Setelah sekian lama menunggu ( komentar untuk Amtai..=), akhirnya sampailah tempahan tersebut. Dengan gembiranya,kami menikmati minuman tersebut..Memang tidak dapat dinafikan, memang sedap la air yang kami minum tu. Teringat pulak kat Malaysia.. Sebab sekian lama tak dapat nak minum teh ais,limau ais..Sebab penyakit 'M' besar kat sini..hehe


Air bonjorno yang saya dapat, memang sedap..Tetapi yang roommate saya dapat, sungguh menyedihkan. Air bonjorno tanpa gula. ( komentar lagi untuk Amtai =) Ish..kasihan roommateku..hehe.Bonjorno ni nama lain untuk nescafe.Rasanya lebih kurang sama. Disebabkan tanpa gula, maka dia pun pergi ke dapur untuk tambah gula. Dia tidak tambah gula terus, tetapi memasak air bonjorno tadi supaya panas..Kemudian barulah ditambah gula. ( Saya pun tak faham..hehe) Dengan muka sedihnya, dia masuk ke dalam bilik dan suruh saya rasa air tersebut..Dah rasa lain,kurang la sedapnya.


Dalam melayani kesedihan air yang kurang sedap,kami berbincang..Air yang tidak manis, kenapa kita kurang suka? Mengapa? Sebab tidak penuhi cita rasa? Tiada kenikmatan? Begitulah juga dalam hal Ibadat kita.. Dalam kes air tadi, mungkin orang yang buat air tu terlupa nak letak gula, ataupun terlalu sedikit gulanya. Dibandingkan dalam melaksanakan Ibadat kepada Allah, kadang-kadang dan kemungkinan selalu kita mengambil jalan yang mudah. Melaksanakan tuntutan ibadah hanya sekadar ingin lepas daripada tanggungjawab disamakan dengan sikap orang yang membuat air itu.(secara bandingan sahaja..kami faham orang buat air tu sibuk..=)


Kita persembahkan ibadat kita, sama ada ibadat khusus atau umum dengan sambil lewa dan tanpa kesungguhan.Ianya menghasilkan ibadat yang kurang kualitinya. Sebagai contoh paling mudah, dalam soal solat kita. Ada waktu kita tunaikan dengan penuh kesungguhan dan ada waktu kita tunaikan dalam keadaan yang tiada kesungguhan. Solat yang ditunaikan dengan penuh kesungguhan akan menghasilkan solat yang berkualiti.Antara ciri solat yang berkualiti adalah solat diawal waktu, memenuhi setiap hak-hak rukunnya samaada rukun fi'li, qauli dan qalbi,dan juga penuh kekhusyukan. Solat yang khusyuk adalah salah satu ciri bagi mukmin yang berjaya.


Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 2 yang bermaksud :

الذين هم في صلاتهم خشعون

Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya


Untuk contoh dalam Ibadat umum pula , kita ambil contoh paling mudah iaitu tanggungjawab kita sebagai pelajar. Sejauhmana kita ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Allah. Kita maklum bahawa , Allah tidak akan mengubah nasib kita selagimana kita tidak berusaha sendiri untuk berubah. Syarat untuk berjaya dalam pelajaran adalah berusaha dengan apa jua cara (yang betul) untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Berbalik kepada air tak manis,kita akan rasa tidak berpuas hati sekiranya harapan dan kehendak kita tidak dipenuhi. Begitulah jua dalam ibadat kita. Adakah ibadat kita akan membuahkan hasil yang baik sekiranya kita melaksanakan secara sambil lewa? Adakah Allah akan terima amalan kita? Sama-samalah kita muhasabah diri.Ibadah yang berkualiti adalah berasal dari kefahaham Akidah yang benar. Daripada Ibadah yang sahih akan menghasilkan Akhlak yang baik. Ibadah yang berkualiti dapat mendekatkan kita pada Allah dan memberikan kesan halawatul iman. Moga-moga kita dapat merasai manisnya iman dalam mengabdikan diri pada Allah..insyaAllah


Moga-moga dengan sedikit peringatan ini dapat menyedarkan iman kita yang kadang-kadang turun dan naik.Al-Iman yazid wa yanqus. Dengan memikirkan dan menghubungkaitkan dengan kekuasaan Allah pada setiap kejadian disekeliling kita, insyaAllah sedikit sebanyak dapat menguatkan iman kita terhadap Allah.





Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit

Sunday 6 July 2008

Islam Itu Mudah Tetapi Bukan Untuk Dipermudah-mudahkan


Salam

Alhamdulillah..Setelah hampir sembilan hari dua orang sahabat saya ditimpa musibah, keadaan mereka berdua bertambah baik. Syukur ke hadrat Allah. Tangan mereka yang bersimen, walaupun apabila kegatalan datang menyukarkan keadaan, sudah beransur pulih..Ala kulli haal,Alhamdulillah.Moga Allah sembuhkan Amani dengan Munirah..Ameen.

Namun disini, saya ingin berkongsi pengalaman apabila menjaga orang sakit.( Tak la jaga sangat pun..hehe). Bermula mengurus dalam hal-hal pakaian, pantang larang dalam makanan dan seterusnya perihal ibadat. Tidak dapat tidak, solat adalah 'Wajib' ditunaikan dalam apa jua keadaan sekalipun. Alhamdulillah, buku panduan Ibadah Pesakit yang diterbitkan oleh PERUBATAN Mesir amat-amatlah memberi manfaat. Sekurang-kurangnya, saya telah berkesempatan untuk membuka dan membaca secara teliti walaupun tidak banyak. Kalau tiada orang sakit,saya rasa sampai bila saya tidak akan menyelak helaian tersebut..=). Buku tersebut mudah difahami dan lengkap bersama dalil-dalil yang sahih.

Antara perkara yang dapat memudahkan (rukhsah) pesakit ketika menunaikan ibadah solat ialah :

1- Solat jama' bagi pesakit
2- Tidak perlu berdiri ketika solat fardhu
3- Sakit yang menghilangkan sedar
4- Tidak mampu untuk menghadap kiblat
5- Boleh meninggalkan solat Jumaat


Setelah saya membelek buku panduan Ibadah pesakit ini,saya terhenti seketika pada tajuk Pengamal Perubatan dan Dakwah Islamiah. Jika kita renungkan kembali, peluang untuk para pengamal perubatan @ doktor untuk bergaul dengan masyarakat adalah tinggi. Nah!Ini adalah peluang yang baik..

Ini adalah petikan beberapa perenggan yang saya tuliskan kembali. Moga-moga kita semua dapat mendapat manfaat. Kalau tak dapat banyak, sikit pun sudah cukup. =)

"Setiap pesakit yang datang untuk mendapat rawatan biasanya menderita dengan kesakitan, jiwa dan emosinya tertekan. Beliau, mengharapkan layanan dan rawatan yang terbaik serta menaruh harapan yang tinggi kepada doktor serta kakitangan yang terlibat dalam rawatan. Beliau seterusnya bertawakkal kepada Allah Taala agar penyakitnya sembuh. Dengan harapan dan keyakinan seperti ini, doktor dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit, bukan sahaja perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang rawatan perubatan, mereka juga perlu mempunyai satu etika dan adab yang sesuai untuk melayani pesakit.

Doktor semestinya perlu mempunyai keimanan dan ketaqwaan supaya beliau dapat meyakinkan pesakit. Di saat-saat begini biasanya bukan sahaja mengharapkan penawar dari pelbagai jenis ubatan dan tatacara rawatan, malah beliau perlu sokongan emosi dan mental. Beliau memerlukan segala-galanya untuk menceriakan diri dan suasana disamping memerlukan nasihat dan bimbingan. Saat ini jugalah merupakan saat yang sangat berkesan untuk seseorang doktor berdakwah. Panduan yang amat baik telah dipaparkan oleh seorang doktor Muslim bagaimana menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam diri para pesakit sebagaimana dinyatakan :


اما كيف يصل الطبيب المسلم من خلال اداء دوره الفردي الى الاخذ بيد مريضة الى الطريق الموصول الى الله

ان يحاول قدر ما يسمح له الوقت المعطى للمريض ان يدخل عقله وقلبه المفاهيم الاسلامية الصحيحة

ومن خلال هذه المفاهيم الصحيحة يستطيع الطبيب ان يقرب الى مرضاه حقيقه التوحيد برد الامور كلها الى الله


Maksudnya : Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang Doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya..hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan kedalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenarnya..bertitik tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.."

Dr.Hamdi Mas'ud,Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta'alim al-Islami


Tuesday 1 July 2008

1 Julai 2008


Salam

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran kepada Alah Ta3ala. Segala urusan dan perancangan adalah dibawah penguasaan Allah. Allah Maha Mengetahui segala perkara yang berlaku dalam hidup kita. 1 Julai.. Tarikh keramat bagi saya mulai hari ni. Pada entry dibawah, saya telah mengatakan bahawa saya akan edit entry tersebut.. Khas untuk ulangtahun kelahiran mak dan abah. Tetapi kuasa Allah telah menetapkan bahawa saya ketiadaan kudrat untuk mengolah kembali entry tersebut..3ala kulli haal.. Alhamdulillah.

Kisahnya begini.. Sebelum mengambil exam Biochemstry pagi tadi, saya telah merancang untuk edit entry ulangtahun kelahiran mak abah setelah habis exam. Selepas habis exam,saya bersama 2 orang sahabat keluar ke Medan Sa3ah. Setelah selesai segala urusan, kami pun pulang.. Dalam teksi,tiba-tiba Zubaidah dapat panggilan. Amani dan Munirah accident!! Ya Allah.. Macam mana ni?

Kebetulan teksi yang kami naiki menuju ke gamaah (universiti). Maka kami pun turun di depan gamaah.. Mencari hospital yang dinyatakan kepada Zubaidah. Dengan cuaca yang panas, sebelum sampai di Mustasyfa Towari, kami banyak kali tersilap.. Ya Allah, betapa sukarnya keadaan itu. Setelah sampai di mustasyfa tu, akhirnya saya dapat bertemu dengan Munirah..Amani mana?? Ya Allah.. Agak serius kemalangan mereka.

Setelah dibawa oleh senior, akhirnya saya bertemu dengan Amani..Alhamdulillah. Dengan wajah yang tak bermaya, badan yang lesu.. Tangannya terseliuh. Memang nampak kelainan dipergelangan tangannya..Terdapat kesan sedikit darah di tudung..Dengan kerenah doktor arab lagi yang agak lambat buat kerja,menjadikan keadaan sungguh tertekan.. Setelah senior beberapa kali menggesa,akhirnya rawatan diberikan.. Tangan Amani kena simen!! Dari siku sampai jari..Sabarlah Amani. Ada hikmah disebalik ujian..Munirah pula, kepalanya terdapat benjolan..juga terseliuh di kaki dan tangan..juga disimen dai siku sampai ke jari.Alhamdulillah,mujur tidak serius.

Dihospital, Amani disoal siasat oleh polis..Nasib baik la ada senior. Susah nak faham bahasa Arab Ammi..Dia la yang jadi translator.Rupa-rupanya.. mereka dilangar lari oleh tramco (van).Sehingga tercampak dua kali..Mudah-mudahan tiada kesan untuk organ dalaman. Setelah dilanggar, tramco tersebut hilang sekelip mata. Mujurlah ramai yang menyaksikan. Dengan mudahnya,pemandu tersebut telah ditangkap..Alhamdulillah.

Apabila pulang kerumah,maka ramailah sahabiah2 yang datang ziarah..Jazakumullahu khairan jaza' semua..Tetapi apa yang membimbangkan saya, kesakitan yang ditanggung bukanlah sedikit.. Saya amat sedih bila Amani mengadu sakit.. Sampai tidak boleh nak lelapkan mata. Bersabarlah..

Hingga ke saat ini, Amani masih sakit di bahagian tangannya.Ada keretakan sedikit. Mujurlah exam written dah habis..Tinggal oral dan English Language sahaja.Mudah-mudahan Allah sembuhkan ahli2 baitku,Amani dan Munirah..Ameen.

I Julai..=)