Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Friday 15 August 2008

Manusia = Komputer


Hamdan : Cikgu,siapa yang cipta komputer?

Cikgu : Manusia yang cipta..

Hamdan : Manusia dengan komputer, mana yang lebih pandai?

Cikgu : Tentulah manusia.. Sebab manusia yang mencipta komputer.Manusialah yang tahu kelebihan dan kekurangan komputer.

Hamdan : Oo.. Sebab tu la manusia boleh baiki komputer?

Cikgu : Ye..begitulah. Manusia yang baiki komputer, mesti ada cara dan mengetahui selok belok komputer tu.. Kalau komputer rosak, mestilah dicari punca kerosakan dan dibaiki tempat yang rosak tu dengan cara yang betul.. Buku panduan nak baiki komputer tu amat penting. Kalau takde, macam mane nak baiki..

Hamdan : Oo..penting betul ye buku panduan tu. Sebab komputer ni selalu buat hal.. Tambah-tambah laptop,sensitif betul cikgu..

Cikgu : Betul tu Hamdan.. Begitu juga dengan manusia ni. Sama ja macam komputer.

Hamdan : Sama? Apa yang sama?

Cikgu : Cuba kita fikir, untuk apa manusia mencipta komputer?

Hamdan : Untuk mudahkan kerja.. Menaip, print, internet,macam-macam la cikgu..

Cikgu : Ha..begitu juga manusia ni. Kita ni diciptakan ada tujuan. Tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah semata-mata..Kita juga adalah khalifah di muka bumi ini. Kita ada peranan masing-masing.. Allah ciptakan kita ada tujuan. Bukan saje-saje..

Hamdan : Oo..begitu..


Cikgu : Begitulah.. Manusia selalu leka dengan dunia yang sementara ini. Sebab itulah Allah turunkan Al-Quran untuk membimbing manusia.. Membetulkan akhlak. Samalah jua dengan komputer tadi.. Diciptakan untuk berkhidmat kepada manusia. Juga dibuat buku panduan sekali apabila rosak dapat dijadikan panduan untuk membetulkan kesilapan yang berlaku..



Hamdan : Oo..maknanya, Al-Quran sebagai panduan kepada manusia?

Cikgu : Ye..betul tu. Kitab tersebut adalah panduan ummat Islam.. Membetulkan mana-mana kesalahan yang dilakukan dan Allah juga mengajar manusia agar berakhlak mulia dalam kehidupan. Begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah model kepada Al-Quran. Segala ajaran dalam Al-Quran telah ditunjukkan oleh baginda untuk kita ikut dalam kehidupan.. Samalah jua pensyarah yang mengajar komputer. Dia adalah sebagai pemudah cara untuk pelajar-pelajar faham tentang komputer. Begitu juga dengan nabi.. Baginda adalah pemudah cara untuk ummat Islam memahami isi-isi Al-Quran..

Hamdan : Oo..begitu rupanya. Manusia diciptakan dengan tujuan tertentu,dibekalkan dengan kitab Al-Quran dan juga Nabi Muhammad sebagai penunjuk ajar..

Cikgu : Ye..Betul tu Hamdan. Sebab tu la manusia sama dengan komputer.. Komputer diciptakan dengan tujuan tertentu, dibekalkan dengan buku panduan dan ada orang yang menghuraikan isi kandungan buku panduan tersebut..

Hamdan : Oo..terima kasih cikgu. Menyedarkan saya tentang tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini.

Cikgu : Sama-sama.. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang Allah rahmati..InsyaAllah.

Feldaku Juara (Part 2)

Alhamdulillah.. Saya masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk mengetuk keyboard ini bagi meneruskan perjuangan. Walaupun ianya mungkin tidak sebesar mana, namun saya berharap sedikit usaha saya ini dapat membawa kepada redha Allah yang dicari..InsyaAllah Seperti yang dijanjikan ( macam la ramai sgt peminat blog saya ni..=), saya ingin berkongsi dengan kalian mengenai masalah2 sosial di Felda, khususnya di Felda saya sendiri. Ingin ditegaskan di sini, bukanlah ingin memburukkan tempat tinggal sendiri, namun sekadar perkongsian dan cara mencari jalan untuk menyelesaikan masalah..InsyaAllah


sekadar gambar hiasan


Mak Nyah / Pondan / Bapok

Gejala ini semakin menular di tempat saya. Dahulunya,tidak pernah saya mendengar berita sebegini.. Kisahnya, apabila seorang remaja lelaki ini datang membeli di kedai saya,(kedai mak saya..=) pada siang hari,memang sempurna sebagai seorang lelaki. Cumanya, bila mendengar percakapannya, dia agak lembut.. Saya tidak kisah pada orang lelaki yang lembut,tetapi saya ambil kisah pada orang lelaki yang 'buat-buat' lembut. Namun, bila malam hari, saya terserempak dengan remaja lelaki yang saya jumpa siang hari, telah berubah menjadi perempuan! MasyaAllah.. walaupun 'jadi' perempuan, tapi masih nampak kelakian. Suara garau.. Ish.. Macam mana ni.. Apa pandangan sahabat sekalian?Baju perempuan, ber'mekap' jugak tu.. Dan ada satu lagi kisah, pada suatu petang, saya memandu ke stesyen minyak. Di hadapan saya, dua orang 'perempuan' yang seksi ( dari belakang nampak sebahagian badan dan punggung sebab baju singkat) juga mengisi minyak motor mereka. Sedang menunggu giliran, saya memerhatikan mereka. Dalam hati terdetik, siapakah mereka ini..Anak orang felda sinikah? (Ya Allah, janganlah Kau turunkan bala' pada kami. Jauhilah ummat Islam daripada musibah ini.) Apabila mereka berdua turun daripada motor, satu lagi kejutan yang amat-amat mengejutkan. Rupanya-rupanya lelaki!! Ya rabbana.. mana tidaknya, dada yang besar, suara yang garau, bedak muka tebal seinci ( tapi berkawah jugak) ..Lelaki rupanya.. Astaghfirullah. Apa nak jadi ni.. Ya, saya melihat kemungkaran,tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa. Lemahnya iman..Astaghfirullah. Apa akan jadi pada bangsa kita sekiranya gejala maknyah/pondan semakin berleluasa. Bahkan mereka ada persatuan sendiri. Ini baru dalam komuniti yang kecil. Bagaimana di bandar-bandar besar? Di IPTA/S? Memang tidak dinafikan, ada yang dilahirkan dengan sifat-sifat berlainan jantina.Ada lelaki yang dilahirkan dengan sifat kelembutan dan perempuan yang dilahirkan bersifat kelakian secara semulajadi.Namun, yang menjadi kesalahan apabila mereka menyerupai jantina yang lain. Bermula daripada sifat-sifat dalam diri sehinggalah kepada bab pakaian. Jika anda mempunyai kawan-kawan sedemikian, berusahalah mendekati (jangan anda dipengaruhi pula) dan bawalah mereka ke pangkal jalan. Golongan ini mempunyai krisis identiti yang mana boleh mendorong mereka sehingga melakukan pembedahan menukar jantina (transsexsual operation). Na'uzubillah..


sekadar gambar hiasan



Jemaah Ponteng Puasa Ramadhan

Apabila Ramadhan menjelma, maka seluruh umat Islam berpuasa. Indahnya ibadat puasa jika dinilai dari pelbagai sudut. Namun, terdapat segelintir umat Islam yang tidak berpuasa.. Jika terdapat masalah yang dibenarkan untuk tidak berpuasa, ia adalah diharuskan. Realitinya di Felda saya, terdapat anak-muda bahkan orang-orang tua barangkali yang tidak berpuasa secara sengaja. Bukanlan saya membuat tuduhan sebarangan. Saya berani menyatakan bahawa memang terdapat ramai anak-anak muda yang tidak berpuasa di tempat saya. Buktinya, pada suatu petang di bulan syawal, saya bersembang dengan seorang hamba Allah remaja yang amat-amat 'sporting'. Dengan bangganya menceritakan ada 'supplier' nasi lemak setiap hari jam 12 pm pada bulan Ramadhan. Dan semestinya dia menyertai sekali 'kumpulan' tersebut. Saya yang agak terkejut, buat-buatlah biasa..Astaghfirullah.Ingin mengorek kisah lanjut, saya tanya di mana 'port' mereka setiap hari?? Dia menjawab sambil sengih bangga.. " Aderr la..mane bley bagitauu..kantoi la beb..haha''..Astaghfirullah,apa nak jadi dengan warga Feldaku ini. Moga-moga Allah memberi hidayah kepada mereka. Dan pada suatu petang, awal Syawal, saya seperti biasa mengambil angin bersama adik yang paling kecil. Dengan menaiki motorsikal, saya sengaja memilih untuk meronda ke kawasan klinik kesihatan tempat saya. Kebetulan lokasi klinik tersebut berdekatan dengan kawasan peninggalan kuarters guru yang pernah didiami oleh keluarga saya, saya mengambil kesempatan untuk mengimbau kembali nostalgia saya disana. Kuarters tersebut telah diruntuhkan akibat menjadi sarang penagih-penagih dadah kerana kawasan tersebut memang tersorok dan 'agak' dalam hutan. Saya memang terkejut apabila menuruni bukit ke kuarters tersebut apabila mendapati bekas-bekas polisterin, botol-botol minuman, bekas-bekas dan puntung rokok bersepahan di merata tempat. Setelah memerhatikan dengan teliti, sampah-sampah tersebut masih baru dan belum reput. Bermakna ia ditinggalkan di bulan Ramadhan!! Oo..disini rupanya 'port' mereka yang dirahsiakan. Dan saya juga berkesempatan menemui remaja yang saya sempat bersembang dan apabila saya memberitahu tempat tersebut, dia hanya tersengih. Maka sahlah andaian saya.Saya berazam untuk 'melawat' mereka tahun ini jika berpeluang. Tambahan pula saya akan pulang ke Malaysia pada bulan Ramadhan ini, InsyaAllah. Saya tidak akan benarkan maksiat berlaku di Felda saya.Moga-moga Allah beri kekuatan dan pastinya kerja ini tidak boleh dilakukan berseorangan. Wahai sahabatku, dimana kalian? Marilah bersatu untuk mencegah kemungkaran ini. Bukankah ini perintah Allah??

Mencuri/ Merompak/ Pecah Rumah


Banyak andaian bahawa tinggal di kawasan kampung adalah selamat. Namun, andaian tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, semenjak kecil saya telah didedahkan dengan kes-kes sebegini. Pernah suatu ketika, kedai runcit arwah tok wan saya dipecah masuk pencuri. Pintu besi di bahagian belakang dikopak. Tiada apa yang tinggal dalam laci duit melainkan duit syiling. Ekoran pecah kedai tersebut, maka arwah tok wan saya menyediakan rumah yang dibuat bersambungan dengan kedai untuk keluarga saya. Namun pada tahun 1994, rumah dan sebaris kedai telah terbakar. Alhamdulilah dengan bantuan rakan perniagaan arwah tok wan, rumah kedai yang baru dapat disiapkan. Apabila bangunan baru telah siap, kami sekeluarga berpindah dari kuarters guru ke rumah kedai memandangkan emak saya telah diberi amanah untuk menguruskan kedai runcit tersebut sehinggalah sekarang. Namun sebelum berpindah, ada satu peristiwa kecurian yang tidak dapat saya lupakan. Pada suatu tengah hari di kuarters guru, saya dan adik saya bermain basikal di halaman rumah. Memandangkan waktu tersebut selepas solat Jumaat, maka kuranglah orang melalui jalan di hadapan rumah saya. Sedang saya bermain, terdapat seorang pemuda datang hampir dengan kami. Dia tanya sama ada guru dalam rumah tersebut ( Cikgu Wan Luzi ) ada. Saya jawab ada. Kebetulan motor cikgu tersebut di luar rumahnya tanpa dicabut kunci. Dia tanpa menunggu terus menghidupkan motor dan berlalu pergi. Saya hanya membiarkan menyangkakan dia adalah kawan cikgu tersebut. Sehinggalah petang tersebut, setelah cikgu-cikgu bujang habis main takraw bersama ayah saya, mereka berkumpul di halaman rumah saya. Cikgu Wan Luzi tanya ayah saya sama ada nampak ada orang lain pinjam motor dia. Ayah saya jawab tidak ada. Kebetulan saya mendengar perbualan mereka. Maka saya pun menceritakan perihal tengah hari tadi. Rupa-rupanya motor cikgu tersebut telah dicuri!! Dan saya adalah saksinya!.. Maka pada hari sukan sekolah saya, saya melihat ramai orang berkumpul di kawasan perhimpunan sekolah saya dengan beberapa jip polis. Saya dipaksa oleh ayah saya untuk masuk ke dalam perpustakaan kerana didalamnya terdapat cermin gelap. Saya dikehendaki memilih antara 2 orang penjenayah yang disyaki mencuri motor cikgu Wan Luzi. Saya amat takut pada waktu tersebut. Saya beberapa kali terduduk kerana takut. Bayangkan saya berumur 7 tahun pada waktu tersebut dan dikehendaki menjadi saksi. Dan akhirnya saya menunjukkan jari telunjuk saya ke arah seorang pemuda. Dua orang pemuda tersebut digari tangan mereka dan muka mereka menunjukkan kesan lebam-lebam. Itulah pengalaman saya menjadi saksi terhadap kes curi motor. Sungguh saya tidak dapat lupakan sehingga kini. Masih kuat dalam memori saya.



Itulah sedikit sebanyak kisah di Felda saya yang dapat dikongsikan setakat ini. InsyaAllah,jika dipanjangkan umur dan saya dapat melangkah pulang ke Felda tercinta pada September ini, saya akan kongsikan masalah-masalah lain yang ada. Moga-moga dengan pendedahan ini, dapat membuka sedikit sebanyak minda sahabat-sahabat sekalian mengenai masalah-masalah yang ada dalam negara kita. Masalah ummat kita. Ummat Islam khususnya. Sampai bila masalah ini akan berlaku? Apakah puncanya? Tentunya masalah ini berpunca daripada kurangnya nilai-nilai agama Islam dalam diri. Sekiranya Islam dapat diamalkan sepenuhnya, nescaya masalah-masalah sebegini tiada. Islam mengajar kita walau semiskin mana kita, kita mesti berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal. Bukan dengan cara yang haram seperti mencuri, merompak, meragut dan sebagainya. Jika sahabat-sahabat sekalian memandang usaha untuk menyedarkan masyarakat ini terletak di bahu ustaz ustazah sahaja, maka kalian tersilap menghitung. Tugas ini adalah tugas kita bersama. Apa guna kalian sibuk belajar mengejar ijazah 'tinggi-tinggi', sedangkan masyarakat dibiarkan hanyut tanpa pedoman? Tidak ada sentimenkah kalian untuk bersama-sama membawa masyarakat kita ke arah kebenaran? Tepuk dada, tanya iman. Kurangkanlah bersuka-ria diwaktu remaja ini. Terlalu banyak tugas kita untuk dibuat. Persiapkanlah diri kita dengan ilmu-ilmu dakwah dan kemasyarakatan kerana masyarakat adalah 'dunia' sebenar kita nanti. Akhir kata, sama-samalah kita menyemai sikap mencintai suasana yang diredhai Allah tidak kira dimana kita berada. Menjadi tanggunjwab kita bersama untuk mencegah kemungkaran di tempat kita.'Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk orang lain'.

p/s : Artikel ini adalah sambungan daripada artikel Feldaku Juara (Part 1)

Tuesday 12 August 2008

Daurah Kitab Perubatan



Alhamdulillah.. Daurah Kitab II PERUBATAN telah selesai dengan jayanya pada 5 & 6 Ogos di Bait Izzah,Tanta. Kitab yang dibahaskan ialah Kitab Daur Syabab ( Peranan Pemuda ) oleh Ustaz Husyaimi Hussian . Karangan Abdullah Nasih 'Ulwan. InsyaAllah saya akan menulis secara ringkas peranan pemuda-pemudi jika diizinkan untuk perkongsian ilmu bersama.InsyaAllah.

Tuesday 5 August 2008

No Title..Sorry..=)


Salam to Ikhwah wal akhawat

This month (August), I will stop for a while in blogging ( seems like I've lots of fans yea..=) bcoz I still have exams..Why? Allah knows the best for me..Alhamdulillah for everythings that Allah had gave for me. And I hope that all of u can pray ( du'aa) for me. Pass the exams with flying colours..InsyaAllah. And one more thing, I had canceled the previous plan.. From staying in Egypt this summer to going back to Malaysia.. I've to take another breath there.. Maybe my breath for this year had gone with my result..Anyway, by meeting with my family, I hope I can rebuilt a new strength to futher my study. InsyaAllah, my flight date is 12 September and i'll return here at 30 October..InsyaAllah. I'm so sorry.. To my friends in Tanta, I didn't meant anything and this decision in very tough to me to make it. 'Ala kulli haal, this is Allah's plan. We plan and Allah plans, but Allah decides everythings..Dont miss any 'kelas tafaqquh' yea..=)Enjoy this summer to add and gain addition knowledge..

Best regards
NourelHousna Ab Bakr