Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 11 June 2009

Kembali ke rahmatullah

"Sesungguhnya kita daripada Allah,dan kepada Allah jualah kita kembali"

Itulah ungkapan yang keluar apabila menerima berita kematian arwah Ammar Zulkifli,pelajar tahun 3 perubatan Universiti Kaherah. Beliau terlibat dalam kemalangan bersama 4 orang lagi yang dalam perjalanan pulang daripada membuat tinjauan untuk program. 2 lagi cedera parah dan 2 lagi cedera ringan.


[berita kemalangan]


Saya mengenali arwah semasa di Darul Quran.Arwah adalah mantan Timbalan Pengerusi IQRAC (persatuan pelajar persijilan tahfiz) di DarulQuran.Beliau sangat disenangi ramai dan petah berhujah. Ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis sentiasa meniti di bibir.. MasyaAllah.Sungguh,arwah sangat hebat dari segi akhlak dan ilmunya.

Sesungguhnya khabaran dukacita ini telah membuatkan saya benar-benar insaf.Kematian berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa diduga. Saya berdoa agar arwah Ammar ditempatkan bersama kalangan orang-orang soleh..InsyaAllah.Kehilangannya begitu dirasai oleh seluruh pelajar di Mesir kala ini.

Sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk arwah.


[Mengenai arwah]

3 comments:

MATH STUDENT said...

moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Farid Rashidi said...

Al-fatihah untuknya..

Kalau kelapangan jemputlah ke blog saya..juga berada di bumi Tanta.

http://www.faridrashidi.com

criestz said...

dah sebulan da ama meninggalkn kite sume..
tp bile tringat blk ase sdih sgt..
ase mcm bwu smalm je am prgi..
huhuu~