Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Monday 15 March 2010

Masa berlalu




"cepat sungguh la masa berlalu.."

"sat ja..dah nak habis"

"eh..esok dah jumaat?"


Itulah ungkapan biasa saya dan kalian mendengarnya. Bukti kita ini sudah diakhir zaman. Waktu berlalu sangat pantas. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Tahun juga sudah menambahkan angka. Keberkatan waktu hilang barangkali.

Diri juga berkadar langsung telah berubah mengikut waktu. Sekiranya perubahan positif,tahniah. Sekiranya negatif,maka muhasabahlah. Dalam hidup ini,Allah sentiasa memberi peluang untuk kita memilih jalan,samada jalan kesyurga ataupun neraka. Sifir yang mudah tetapi payah untuk dikirakan!

Bila meningkat usia,diri juga sudah semakin tebal dengan sikap dan identiti sendiri. Membina fikrah dan prinsip dalam kehidupan untuk menentukan perjalanan sebuah kehidupan. Ego juga semakin menebal lantaran rasa hamba dalam diri semakin terhakis.

Namun,ada yang harus kita soalkan apabila masa berlalu tanpa kita sedari. Sejauh manakah amalan kita sebagai persediaan di akhirat nanti? Kita terlalu sibuk memuaskan diri dengan kejayaan-kejayaan yang kita impikan. Tetapi kita lupa,apakah Allah redha dan menerima amalan kita.

Bumi Mesir sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian seorang sahabat kita. Perubatan Tanta,tahun 1. Sungguh,kematian itu pasti dan kematian adalah sebaik-baik peringatan untuk kita. Semoga Allahyarham Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan ditempatkan dikalangan para solehin.

Buat kita yang masih hidup,yang masih diberi peluang untuk beribadat,gunakanlah masa yang ada untuk membuat persediaan menghadapi mati. Dunia ini hanyalah persinggahan sementara. Pelabuhan kita untuk mengumpul bekalan untuk belayar semula selepas ini.

Wednesday 3 March 2010

Perkembangan terbaru

Sudah lama tidak menulis entri. Rasa kekok. Apa apa pun, saya ingin berkongsi sesuatu. Perkembangan terbaru :

1- Sudah selesai peperiksaan tengah tahun. Alhamdulillah.
2-Tahniah kepada Ustaz Hasbul dan Kak Rodzian atas kelahiran bayi perempuan yang sangat comel.





3-Selamat pulang ke Malaysia Kak Salwa dan Aslam. Harap bertemu lagi. InsyaAllah.




4-Saya mengalami ligament injured di lutut semasa hari sukan PCT. Harap dapat sembuh.

5-Risau akan perkembangan kehidupan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Kematian adik Syafia memang tidak dapat diterima. Bunuh membunuh sudah jadi perkara biasa didengari. Bukti zaman jahiliah telah berulang kembali.

6.Selamat mendirikan rumah tangga kepada Cikgu Rizal,guru Matematik Tambahan saya di SBPI Temerloh. Semoga berbahagia hingga ke syurga.Doakanlah anak muridmu ini.

7.Agak muak dengan suasana politik di Malaysia. Kesimpulan yang boleh dibuat,manusia semakin rakus tamakkan dunia,cintakan dunia,takutkan mati!

8.Sahabat saya,Zahratul Amani telah memperkenalkan seorang pendakwah hebat. Nouman Ali Khan. Syukran! Jemputlah search di Youtube untuk mendengar ceramah beliau.