Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 7 January 2011

Kerana Kita Akhawat Berharga~


Bismillah Walhamdulillah.

Pembuka tirai tahun 2011. Akhirnya dapat juga saya update blog ini walaupun terlewat dua hari seperti yang dirancang. Banyak pula tugasan yang datang tiba-tiba..

Baru-baru ini heboh mengenai gangguan-gangguan yang menimpa mahasiswi (akhawat) di Mesir ini. Macam-macam kisah. Di Kaherah, Zaqaziq, dan di Tanta pun ada..



Kisah-kisah di atas hanyalah sebahagian sahaja. Saya percaya, banyak lagi cerita dan kes akhawat diganggu oleh orang Arab. Bukan saja akhawat, ikhwah pun tak terkecuali.. Dahsyat!!

Apa-apa pun, pesanan untuk akhawat sekalian, termasuk saya, antara sebab kita mudah diganggu adalah kerana sikap kita sendiri. Kita terlalu 'lembik'. Orang usik sikit, kita diam. Tiada tindakan. Kalau ada pun, menangis.. Tak selesai apa pun.

Saya tidak terkecuali. Saya ingin kongsi kisah saya. Saya bukanlah kuat mana. Tapi bolehlah ambil pengajaran dari kisah saya..:)

1~ Di Ramsis

Dalam kesesakan orang ramai, dan semestinya orang lelaki yang ramai, saya jalan mencelah-celah untuk ke hadapan. Dalam kepala, dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Takut-takut ada orang ambil kesempatan.

Dalam keadaan sesak ramainya orang, saya dapat rasakan ada 'benda' masuk disebalik beg galas saya. Ni mesti tangan orang! Saya pun tepis sekuat hati. Haa..kan dah kena. Tangan saya pun sakit. Cepat-cepat orang tua tu tarik tangan dia. Sempat pula minta maaf. Kononnya tak sengaja lah tu.

Jadi, akhawat sekalian, kena 'ganas' sikit bila dalam keadaan macam tu. Jangan fikir panjang untuk bertindak pertahankan diri. Tepis, tumbuk, bahkan kalau boleh gunakan kaki, jangan fikir panjang. Cepat bertindak.

2~ Dalam Tremco

Saya terpaksa(?) pergi ke Kaherah seorang diri. Dua tahun lepas kalau tak silap. Tremco masih kosong. Saya memilih untuk duduk di bahagian paling belakang kerana sudah ada dua orang perempuan duduk di situ. Jadi, masih kosong satu tempat sebelah saya. Saya berdoa semoga orang perempuan juga yang duduk sebelah saya. Tapi, nasib kurang baik. Orang lelaki juga.

Setengah jam pertama. Tiada apa-apa yang berlaku. Dalam hati syukurlah. Tak lama lepas tu, terasa macam ada sesuatu berkuit di pinggang. Mulanya, saya hanya anggap itu perasaan sahaja disebabkan terlalu takut. Tak lama lepas tu, makin jelas pulak kuit-kuit tu. Ini bukan perasaan dah ni. Ini jari orang!! Saya pun cepat-cepat pusingkan kepala dan jegilkan mata ke arahnya. Nak marah dalam bahasa Arab, tak pandai lagi. Cepat-cepat dia tarik tangannya dan buat-buat telefon seseorang. Tahu pun takut. Kalau buat lagi, siaplah buku lima ini. Lama juga tak praktik Karate di Mesir ini..

Jadi, akhawat sekalian, dalam tremco, bertegaslah untuk duduk di sebelah orang perempuan. Tambah-tambah pula untuk perjalanan yang jauh seperti Tanta-Kaherah. Minta juga. Bukan susah pun untuk bersuara.

Kalau tak boleh juga, jangan tidur sepanjang perjalanan. Kena waspada. Kalau ada sahaja yang lain macam berlaku, bertindak cepat. Gunakan kekuatan yang ada. Ataupun sediakan 'senjata' mudah. Seperti jarum. Cucuk sahaja orang jahat itu. Marahlah dalam bahasa apa sekalipun. Asalkan jangan diam. Orang sekeliling akan faham.

Yang penting, JANGAN BERDIAM DIRI. DO SOMETHING!!

Itulah sedikit sebanyak kisah pengalaman saya juga nasihat ringkas. Akhawat mesti tegas. Kita sangat berharga. Jangan mudahkan orang lain ambil kesempatan ke atas kita.

Semoga kita semua dijauhkan daripada gangguan-gangguan yang tidak diingini. Moga Allah pelihara kita semua. Ameen :)

3 comments:

imtiyaz.wm said...

A good advice with a brave action.

NourelHousna said...

I'm just sharing some of my experiences and I'm not brave at all. just take the good and leave the bad one.

thanks for reading :D

Hadi Yahya said...

kak.husna rock ^^v