Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Monday 16 January 2012

Erti Syukur..~


Bismillah Walhamdulillah.

Usia saya hampir memasuki 24 tahun. Biar benar? ^__6

Itulah hakikatnya. Sebelum ini, angka 21,22 atau 23, masih saya rasakan 'muda'. Namun bila angka 24 hampir menjelma, saya mula mencongak diari hidup dengan lebih mendalam.

Saya gembira melihat sahabat-sahabat sepengajian saya sudah berjaya menamatkan pelajaran di peringakat ijazah. Bahkan ada yang terus menyambung master! Tahniah buat kalian. Teruskan jihad kalian dalam bidang masing-masing :)

Saya juga gembira melihat sahabat-sahabat saya seorang demi seorang telah sampai 'seru'nya. Alhamdulillah. Bahkan sudah ada yang menimang cahaya mata yang comel-comel belaka. Tidak terkata bahagianya hati apabila melihat mereka bahagia bersama keluarga. Seorang wanita yang normal, akan rasa lebih bahagia dengan kehadiran suami dan anak-anak dalam usahanya mencari redha Allah :)

Jauh disudut hati saya, ada sedikit perasaan cemburu.. Tipulah jika saya tiada keinginan dan impian seperti mereka. Namun saya yakin, Allah Maha Adil dan Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Bersyukurlah ^__-

Cuma apa yang saya ingin jelaskan disini, sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada bisikan-bisikan yang boleh membawa kepada kesesatan. Bahkan paling parah apabila bisikan-bisikan tersebut membawa kita supaya mempersoal segala Qada' dan Qadar yang telah Allah tetapkan. Lantaran melihat kelebihan-kelebihan orang lain, kita menjadi terlalu cemburu dan hilang sifat bersyukur dalam diri.. Nauzubillah.

Siapa pun kita, apa yang kita ada, dimana kita berada, kita mesti menjadi hamba Allah yang bersyukur. Menjadi hamba Allah yang bersyukur bukanlah mudah. Sebab itulah Allah telah jelaskan dalam Al Quran mengenai kuantiti hambaNya yang bersyukur. Jumlahnya adalah sedikit. Maka, kitalah yang mesti berusaha untuk menjadi sebahagian daripada golongan sedikit yang telah Allah nyatakan.. InsyaAllah.

Bila kita rasakan sifat syukur semakin menjauh dalam diri, cepat-cepatlah ingat kembali segala nikmat berharga yang Allah telah kurniakan pada kita. Paling utama, nikmat Iman dan Islam. Dalam berjuta lemon manusia yang ada dimuka bumi ini, hanya sebahagian sahaja yang Allah kurniakan nikmat Islam samaada Islam keturunan mahupun daripada pencarian masing-masing. Dalam kebanyakan muslim yang ada, hanya sebahagian sahaja yang dikurniakan iman. Dikalangan yang beriman pula, Allah pilih lagi untuk dikurniakan kemanisan iman.. Jadi, dimanakah kita?

Tatkala ini, saya sedang membuat persediaan untuk peperiksaan end round untuk subjek Otorhinolaryngology [Ear, Nose & Throat]. 

Pada tajuk Larynx (bahagian tekak), terdapat dua proses yang berlaku serentak dalam satu masa. Semasa kita menelan (swallowing), secara automatik, larynx akan tertutup sendiri. Bayangkan sekiranya larynx tidak tertutup semasa kita menelan, segala isi dari mulut akan masuk ke dalam saluran pernafasan in stead of saluran makanan. Itulah punca berlakunya tindakan reflex iaitu tersedak apabila salahnya laluan isi mulut
yang sepatutnya masuk ke dalam esophagus tiba-tiba termasuk dalam trachea.. Jadi, berhati-hatilah sewaktu mengunyah makanan. Jangan gopoh. Kunyahlah perlahan-lahan sambil menikmati makanan agar makanan tersebut tidak tersalah laluan ^__-

Oh ya, kaitan proses swallowing diatas dengan entri ini adalah kita mesti bersyukur atas segala kurniaan yang Allah kurniakan pada kita yang diantaranya adalah nikmat dapat menelan makanan dengan baik.. Alhamdulillah. Nikmat besar tu sahabat-sahabt apabila dapat menelan makanan dengan baik ^__-

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang bersyukur. Ameen :)














Wednesday 4 January 2012

Melangkah Lagi..~

Bismillah Walhamdulillah

Tatkala mata semakin terasa berat, saya gagahi jua untuk menulis. Menulis untuk kepuasan sendiri. ^__^

2012. Ya. Itulah tahun baru. Begitu pantas masa berlalu. Sesiapa sahaja akan mengucapkan perkara yang sama. Cepatnya masa berlalu.

Sepanjang hidup saya selama 23 tahun ini [bakal masuk 24 tidak lama lagi], banyak perkara baru yang saya belajar. Dan sememangnya, proses pembentukan diri sentiasa berlaku. Perubahan demi perubahan cukup dirasai. Alhamdulillah.

 Kasih sayang

Insan yang paling banyak mengajar saya erti kasih sayang tidak lain tidak bukan adalah keluarga saya terutamanya Mak. Sungguh, saya teringkatkan kata-kata mak :

"Kasih sayang itu bukan seperti roti. Sekali dimakan, ia akan habis. Kasih sayang itu ibarat air. Semakin dicurah, semakin jauh ia pergi.."

Mak banyak mengajar saya bagaimana untuk sabar. Dan diakhirnya, pasti mak akan ingatkan pada Allah SWT.

Ya Allah, mak sungguh hebat. Dari mana tarbiyah mak dapat, saya tidak tahu. Namun, itulah naluri seorang ibu.  Ibu sesiapapun adalah hebat!


Tawakal

Tawakal tidaklah semudah yang disangka. Kita sebagai manusia, sentiasa inginkan apa yang kita rasa perlu dan baik untuk kita. Namun kita terlupa untuk berserah akan segala-galanya pada Allah. Allah berhak untuk memberi apa yang terbaik untuk kita. Ya, sangat susah untuk sampai pada tawakal yang sebenarnya. Namun, manisnya bila kita bertawakal adalah sangat terasa bahagia dihati. Kebahagiaan apakah yang lebih manis selain mendapat apa yang Allah redha?


Bersambung lagi..^__-