Wednesday, 29 December 2010
2010 Bakal Melangkah~
Friday, 24 December 2010
Carilah Jalan Kembali
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." - Al-Maidah: Ayat 35
Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan.
Disebabkan itulah kita makan apa yang tumbuh daripada tanah, juga binatang-binatang yang memakan hasil tanah.
Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan semuanya tumbuh daripada tanah.
Apabila jasad memperoleh sumber makanan daripada permukaan bumi, maka ia akan kenyang, tenang dan bertenaga.
Ruh kita datang daripada Allah, ditiupkan ke dalam jasad.
Maka ruh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kembali kepada Tuhan.
Untuk mencapai kepuasan ruh/jiwa/hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada penciptanya. Maka carilah jalan kembali.
Bukan kembali dengan kematian jasad, tetapi kembali dengan menghidupkan hati. Ya, jiwa yang kering kontang menggambarkan jauhnya kita daripada Tuhan.
Jiwa yang tak terisi dengan ruh Iman dan Taqwa akan diisi dengan keduniaan. Hakikatnya dunia itu takkan habis dikejar.
Makin kita punya harta, makin jiwa kacau tak senang duduk. Terikat dengan material.
Makin kita punya pangkat, makin tinggi yang ingin kita kejar dan capai.
Makin kita punya apa sahaja yang kita inginkan, makin kita inginkan sesuatu yang lebih lagi untuk kepuasan.
Hakikatnya jiwa kita menderita, tak puas dan tak mencapai ketenangan, ketenteraman.
Bukan ertinya kita harus terkurung meninggalkan dunia luar, itu adalah satu fahaman yang salah.
Sebaliknya, gunakanlah apa sahaja yang ada atas dunia ini demi mencari jalan kembali kepada Allah.
Biar jasadmu keluar mencari anugerah Allah di atas muka bumi, tapi jangan sekali-kali membiarkan hatimu melayang hilang terputus daripada pergantungan kepada Ilahi.
Jangan sekali-kali memisahkan dunia daripada Tuhan, dan meminggirkan Tuhan dalam segenap kehidupan.
Padahal Allah tak memerlukan kita, kita yang memerlukan-Nya.
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." - Az-Zumar: 54
Allah telah menyeru dan akan sentiasa menjawab panggilan kita saat kita mencari-Nya.
Cuma kita yang belum benar-benar tekad untuk kembali kepada-Nya.
Atau mungkin kita sering berusaha kembali, namun dunia tetap memesongkan kita dan lebih menarik hati kita.
Maka kita tak jadi kembali.
Kita berputus asa dan tak mahu lagi mencuba untuk kembali, padahal Allah tak pernah jemu menunggu kita menyeru melainkan kita sendiri yang jemu untuk meminta dan meniti jalan menuju-Nya.
Ingat, jangan berputus asa daripada Rahmat Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Az-Zumar: Ayat 53
Wahai jiwa yang sentiasa menyesali diri, di ceruk manapun kau berada, apakah kau merasa bebas daripada pengawasan Allah?
Dalam keadaan manapun kau berada, adakah kau merasakan Allah tidak mengetahui isi hatimu? Sombongnya engkau tatkala kau pergi memalingkan wajahmu daripada Ilahi.
Sedangkan Dia tak pernah menutup pintu taubat bagimu.
Maka wahai manusia, kembalilah kepada Tuhanmu. Jika kau tak temui jalan, carilah... Kau tidak bertemu kerana kau tidak mencari.
sumber : IluvIslam.com
Monday, 22 November 2010
Adik Sofiyatul Ulya~
Monday, 15 November 2010
Kullu Sanah Wa Antum Bikhair~
Bismillah Walhamdulillah
Monday, 8 November 2010
Sabar Itu Indah~
Bismillah Walhamdulillah.
Wednesday, 20 October 2010
Zalimkah atau..??
Saya berkesempatan pulang ke rumah negeri di Hayyu Al-Asyir minggu lepas. Dalam perjalanan keluar untuk mengambil teksi, saya dan sahabat terlihat sebuah kereta terjunam dalam parit besar. Orang ramai mengelilingi. Terfikir : Apakah tidak nampak besi penghadang yang saya kira cukup besar itu? Atau tergelincir? Mengantukkah pemandunya? Macam-macam lagi..
Bila melihat kereta tersebut, terus saya teringat satu perkataan. Dahulu ada belajar dalam subjek Pendidikan Islam mengenai zalim. Bermaksud : Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Jadi, apakah disebabkan zalim, kereta tersebut jatuh ke dalam parit sebegitu rupa? Wallahua’lam. Hanya mereka yang berkaitan tahu jawapannya.
Begitu juga dalam kehidupan. Kita selalu berlaku zalim. Secara adat, zalim ini bermaksudkan tiada peri kemanusiaan.
Tapi tanpa sedar, kita juga selalu zalim tanpa kita sedar. Kita zalim terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Kesannya, seperti kereta di atas. Rosak sana sini. Kemek merata tempat. Begitu juga kita, membuat maksiat adalah contoh zalim pada diri sendiri. Kesannya : Akhlak makin buruk, jauh dari hidayah Allah dan sebagainya.
Dalam konteks berpersatuan, jika kita sudah ada persatuan disini, perlukah diwujudkan lagi persatuan lain? Kekurangan tetap ada, tetapi masih ada jalan untuk sama2 perbaiki. Apalah salahnya jika sama2 berbincang secara baik dan putuskan yang terbaik utk semua pihak.
Kita disini bukan hidup bersama untuk 2 atau 3 hari..bahkan (+/-) untuk 1/10 tahun dari jumlah keseluruhan hayat hidup kita.
Zalimkah ??
Sama-sama fikir.. Kita tahu kesannya untuk jangka masa panjang.