Monday, 22 November 2010
Adik Sofiyatul Ulya~
Monday, 15 November 2010
Kullu Sanah Wa Antum Bikhair~

Bismillah Walhamdulillah
Monday, 8 November 2010
Sabar Itu Indah~

Bismillah Walhamdulillah.
Wednesday, 20 October 2010
Zalimkah atau..??
Saya berkesempatan pulang ke rumah negeri di Hayyu Al-Asyir minggu lepas. Dalam perjalanan keluar untuk mengambil teksi, saya dan sahabat terlihat sebuah kereta terjunam dalam parit besar. Orang ramai mengelilingi. Terfikir : Apakah tidak nampak besi penghadang yang saya kira cukup besar itu? Atau tergelincir? Mengantukkah pemandunya? Macam-macam lagi..
Bila melihat kereta tersebut, terus saya teringat satu perkataan. Dahulu ada belajar dalam subjek Pendidikan Islam mengenai zalim. Bermaksud : Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Jadi, apakah disebabkan zalim, kereta tersebut jatuh ke dalam parit sebegitu rupa? Wallahua’lam. Hanya mereka yang berkaitan tahu jawapannya.
Begitu juga dalam kehidupan. Kita selalu berlaku zalim. Secara adat, zalim ini bermaksudkan tiada peri kemanusiaan.
Tapi tanpa sedar, kita juga selalu zalim tanpa kita sedar. Kita zalim terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Kesannya, seperti kereta di atas. Rosak sana sini. Kemek merata tempat. Begitu juga kita, membuat maksiat adalah contoh zalim pada diri sendiri. Kesannya : Akhlak makin buruk, jauh dari hidayah Allah dan sebagainya.
Dalam konteks berpersatuan, jika kita sudah ada persatuan disini, perlukah diwujudkan lagi persatuan lain? Kekurangan tetap ada, tetapi masih ada jalan untuk sama2 perbaiki. Apalah salahnya jika sama2 berbincang secara baik dan putuskan yang terbaik utk semua pihak.
Kita disini bukan hidup bersama untuk 2 atau 3 hari..bahkan (+/-) untuk 1/10 tahun dari jumlah keseluruhan hayat hidup kita.
Zalimkah ??
Sama-sama fikir.. Kita tahu kesannya untuk jangka masa panjang.
Thursday, 7 October 2010
Umrah Trip~Sharing Experience
Tuesday, 31 August 2010
Sunday, 29 August 2010
Saturday, 28 August 2010
Ramadhan Kareem

Friday, 30 July 2010
Saudara Kita



Oleh : Md Amin Zainal Abidin, wakil DPMTSaudara saudari yang dirahmati oleh Allah SWT. Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa pada 16 julai 2010 menjelang subuh lebih kurang jam 5:00 pagi, telah lahir seorang bayi perempuan di Hospital Tibah Tanta Mesir. Bayi yang selamat dilahirkan adalah tidak cukup bulan (7 bulan), terpaksa ditahan diwad dan dimasukkan dalam inkubator.
Pada jam 8.00 malam bapa bayi tersebut telah dipanggil oleh pihak hospital dengan kadar yang segera. Setelah tiba dihospital bapa bayi tersebut diberi penerangan oleh doktor yang bertugas mengenai keadaan kesihatan bayinya. Antara lain bayi yang baru dilahirkan mengalami beberapa masalah seperti:
1. Saluran pernafasan dan saluran makan bercantum. (tracheoesophageal fistula) (TEF)
2. Tidak ada Saluran najis (imperforate anus or anal atresia)
Oleh kerana masalah diatas, bayi tersebut terpaksa menjalani pembedahan dengan segera untuk mengatasi perut kembung akibat tidak ada saluran najis untuk angin keluar. Semasa menerima berita keadaan tersebut, selaku wakil Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta , saya telah bergegas ke hospital tersebut untuk sama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pihak keluarga bayi tersebut.
Antara halangan semasa yang kami hadapi adalah kos pembedahan yang diterangkan oleh pihak hospital dan doktor di Hospital Swasta Tibah itu. Kami berpendapat untuk sama-sama ke Hospital University Tanta untuk berbincang jika rawatan itu boleh dijalankan di situ. Namun sekali lagi kami bertemu cabaran dimana kami diberitahu oleh pihak Hospital University Tanta bahawa semua alat bantuan pernafasan pembedahan telah digunakan oleh pesakit.
Dengan bantuan saudara Syafiq Affandi bin Baharin, pelajar Perubatan tahun lima Universiti Tanta, beliau telah menelefon doktor di Hospital Tibah untuk memberitahu keadaan di Hospital University Tanta. Doktor itu kemudian dengan baik hati telah memberi nombor telefon Pakar Bedah kanak-kanak Hospital Universiti Tanta. Alhamdulillah, setelah berbincang dengan doktor tersebut beliau sanggup merawat bayi tersebut di Hospital Tibah tempat bayi tadi dilahirkan. Dengan selesainya keadaan ini, kami kembali ke Hospital Tibah untuk berjumpa Doktor Pakar itu.
Setelah sampai, Doktor Pakar itu telah menerangkan pada kami bahawa beliau akan memulakan semua pembedahan yang diperlukan untuk menebuk lubang diperut bayi untuk mengeluarkan angin dan membuat saluran najis diperut dengan kadar segera. Dimana, 24 jam kemudian, beliau akan akan merawat saluran pernafasan dan saluran makanan bayi.
Tepat jam 12.15 malam tersebut juga, bayi telah mula menjalani rawatan. Alhamdulillah sejam kemudian bayi tersebut telah selamat menjalani rawatan.
Pada hari kedua iaitu pada 17 Julai 2010 bayi menjalani satu lagi rawatan iaitu memisahkan saluran makanan dan saluran pernafasannya. Allhamdulillah bayi kini selamat dan stabil.
Walaubagaimanpun, bayi tersebut masih dalam penjagaan di Wad Jagaan Rapi di Hospital Tibah.
Kami juga ingin memberitahu bahawa Ibu kepada bayi tersebut stabil dan dibenarkan oleh doktor pulang selepas beberapa jam melahirkan.
Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa kos rawatan sehari hampir LE250 dimana jumlah semua kos rawatan dijangka adalah sejumlah LE10 000.
Saya selaku wakil kepada Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan, berbesar hati memohon agar saudara dan saudari dapat bersama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa bayi.
Semua sumbangan bolehlah dihulurkan melalui akaun :
Pemegang Akaun : Md Amin Zainal Abidin (kad pengenalan 850325-06-5365)
No Akaun : 062025879025
Bank : HSBC
No Tel : +20142252484
emel : maza_blada@yahoo.com.my
Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala bentuk bantuan yang di hulurkan oleh semua.
Sekian bagi pihak Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Mesir.
Bapa bayi : Mohd Faizol Bin Endut
Asal : Kuala Terengganu
Kuliah : Usuluddin jurusan Tafsir, Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta
No Tel : +20116534573
Ibu bayi : Siti Anisah binti Haji Ahmad
Asal : Selangor
Kuliah : Bahasa Arab, Tahun 3 Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah
Sekira ada apa-apa maklumat boleh terus berhubung dengan ibubapa bayi atau Unit Kebajikan dan Kemanusiaan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.
Monday, 14 June 2010
Rejab sudah datang- Muhasabah

Sejak kebelakangan ini, saya rasa kurang 'sedap hati'. Adakan disebabkan peperiksaan? Mungkin juga.. Perasaan bercampur baur untuk ke 'sana'. Moga Allah permudahkan segala urusan.
Muhasabah, satu perkataan yang senang diucap,susah dilaksanakan. Kita selalu lupa untuk bermuhasabah mengenai diri sendiri. Diri selalu leka dengan dunia,kurang mengingati Allah. Sejauh mana Allah dalam kehidupan : perbuatan, percakapan, hati. Selalu kita lupa. Dalam fatrah exam, lupa bahawa pergantungan kepada Allah itu yang mutlak. Usaha hanya ikhtiar,tetapi Allah yang menentukan. Kita selalu menganggap usaha adalah segala-galanya.
Di bulan Rejab yang mulia ini, ada satu doa yang digalakkan untuk kita baca.
Diriwayatkan daripada Anas r.a., bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah s.a.w. berdoa:
"Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan" Moga kita sama-sama memperkemas amalan, membaiki lompangnya solat, memohon taubat dan tidak membuang masa yang ada dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Kepada warga Tanta yang masih menghadapi peperiksaan, jom kita buat yang terbaik!! :)
p/s- masik berbaki 2 subjek untuk habis..rindu semakin kuat untuk menjadi tetamuNya.
Thursday, 3 June 2010
Takziah
Moga tabah dengan ujian ini
Kehilangan adik Nuruljannah
Yang dikasihi
Moga Allah tempatkan arwah
Dikalangan hambaNya yang soleh
Pemergiannya mengingatkan diri
Yang selalu leka dengan dunia
Tanpa sedar
Maut sentiasa menjengah diri
Buat Kak Una & Huda
Semoga tabah hendaknya
Kalian insan yang kuat
Dimataku dan mereka
Buat Ummi & keluarga
Moga sentiasa sabar
Ummi cukup kuat
Jua menguatkan anak-anak
Diakhir ziarahku
Kuucapkan semoga Arwah Jannah
Di Jannah hendaknya
Huda: Ameen..kita kena masuk syurga
Kak Una : Allah..susahnya nak masuk syurga
Ku bisik dalam hati
Jika mereka yang hebat mengaku susah
Apatah lagi aku?
Lemah dan banyak beralasan ini
Cukuplah mati sebagai peringatan
Takziah Kak Una,Huda dan keluarga
Uhibbukum Fillah
Monday, 31 May 2010
Di mana kita dalam isu LL4G?

Lepas Maghrib tadi,saya kira ceramah tergempar mengenai LL4G di Bait Izzah. Tahniah Ust Muin Abd Manan. Kupasan yang terperinci saya kira walaupun ustaz jelaskan berita-berita tersebut dikumpul dan dicantum dari pelbagai sumber. Tahniah!
Apa yang jelas, Israel kini semakin mendapat tentangan bukan sahaja dari dunia Islam(baca: yang benar2 Islam) bahkan seluruh dunia mengecam tindakan bangsat Israel. Menyerang aktivis-aktivis bantuan Gaza yang jelas belayar tanpa senjata. Misi Israel iaitu 'angin syurga' namanya telah bersiap sedia untuk menggempur kapal-kapal LL4G. Terima kasih kerana mensyahidkan mereka! Bahkan antara yang terawal syahid adalah Syeikh Raid Solah!
Cacatnya perjanjian yang dijanjikan membuktikan bahawa israel selama-lamanya tidak akan redha selagimana kita tidak mengikut mereka. Selama-lamanya kami tidak akan patuh dengan israel!
Bumi mesir juga dipersalahkan kerana sikap pemimpinnya. Anda kenal Husni Mubarak? Jika bukan kerana ilmu dan ini bumi Nabi,pasti saya akan memilih bumi lain.. Kerana dialah penduduk Palestin merana sekian lama.
Akhir sekali,sepanjang musim peperiksaan ini,jangan lupa untuk amalkan Qunut nazilah dan solat hajat. Semoga Allah memelihara dan menangkan misi LL4G ini. Masih tiada khabar berita melebihi 16 jam saya kira. Kita disini,teruskan berjuang dengan buku-buku. Mereka disana berjuang dengan nyawa!
Saturday, 22 May 2010
Cakna isu semasa

Alasan yang diberikan tidak dapat diterima akal. Sepatutnya,negara Islam patut berdiri teguh dengan prinsip-prinsip Islam. Melaksanakan apa yang disyariatkan Islam. Tapi sampai sekarang..
Allah beri akal untuk kita memilih. Allah beri akal untuk kita berfikir. Jangan disebabkan dunia,duit dan pangkat,kita menjadi kelam dengan dunia yang sementara..
p/s: selamat hari lahir ke 23 kakak Ella..:) May Allah grant u the best in your life!
Friday, 14 May 2010
Kenangan- Kisah Itik & Panadol
Sementara saya menunggu ayam diproses,mata saya tertumpu pada lima ekor itik didepan. Baik sungguh. Tak perlu disimpan dalam reban pun. Tiba-tiba saya tersenyum teringat kisah tok saya di kampung. Cerita lama. Sekolah rendah seingat saya.
"Tok..pi mana habis itik kat belakang tu? Tok sembelih ka? " soal saya.
"Dak aih..mati habis semua.Tinggai 2 ekoq ja." Jawab Tok.
"La..pi mana? Orang curi ka? "
"Dak aih..kemarin tok tengok itik tu macam pening lepas bagi makan nasik..Tok pun bagi la depa makan panadol..mati petang tu.."
"Haa? PANADOL? "
Patut la mati..^_^
*&^%$##@)(# :D
Lepas belajar mengenai Paracetamol,baru saya tahu kesan-kesan ubat tersebut. Agaknya large dose menyebabkan hepatotoxicity barangkali..sampai mati..^_^

Sekian.
p/s-Lepas gelak,cuba fikir,bolehkah judi itu dihalalkan ataupun dalam bahasa mudah diberi lesen?Ibarat minum arak tetapi baca bismillah. Manusia sekarang sungguh jahil!
Friday, 7 May 2010
Pintaku

Tuhan
Aku sering leka
Aku sering alpa
Aku sering kecewa
Tuhan
Ku mohon padaMu
Agar dunia dihatiku
Bisa dicantas
Apabila tumbuh meliar
Tuhan
Aku lemas
Aku lelah
Aku tewas
Pada nafsu
Pada bisikan
Tuhan
Kupinta dan ku mohon
Berilah secebis kekuatan
Untuk ku bangun
Dari kegelapan dunia
Yang bisa menjauhkan aku
Dari tujuan hidupku
Tuhan
Kupinta dan ku mohon
Agar dapat aku rasai
Manisnya iman
Dalam lafaz syahadah
Indahnya Islam
Dalam kehidupan
Pintaku padaMu Tuhan
Allah Yang Maha Mengerti
Friday, 16 April 2010
Musim Gila?

Teringat pada tazkirah seorang sahabat saya dikelas, musim peperiksaan adalah 'musim gila'. Gila apakah yang dimaksudkan itu? Gila 'study',gila beribadah,gila berqiamullail,gila menyorok dalam bilik dan banyak gila lagi. Sehinggakan hubungan sesama ahli rumah agak renggang. Jumpa hanyalah didapur untuk sama-sama masak meggi.
Sahabat-sahabat sekalian,dalam kegilaan kita study,janganlah kita lupa hak-hak lain. Hak ke atas kesihatan kita,hak ibu bapa dan sahabat-sahabat kita dan paling penting hak Allah SWT. Pemakanan hendaklah dijaga. Jangan makan merapu-rapu. Contoh saya tahun lepas,akibat kurang minum air dan banyak makan makanan ringan, saya menghidapi renal calculi atau nama melayunya batu karang. Jagalah kesihatan anda..
Akhir sekali,masih ada beberapa hari untuk kita sama-sama membuat persediaan dan masih belum terlambat untuk kita berusaha bersungguh-sungguh. Dan yang paling penting adalah tawakal. Tawakal itu hendaklah dimulai dengan berusaha bersungguh-sunggguh. Tidaklah dinamakan tawakal jika kita berusaha hanya sekadar melepaskan batuk ditangga..Wallahualam.
KULLIAH TIBB BASYARI & TIBB ASNAN
JAMIAH TANTA
FAKULTI PERUBATAN & PERGIGIAN
UNIVERSITI TANTA
Monday, 15 March 2010
Masa berlalu

"cepat sungguh la masa berlalu.."
"sat ja..dah nak habis"
"eh..esok dah jumaat?"
Diri juga berkadar langsung telah berubah mengikut waktu. Sekiranya perubahan positif,tahniah. Sekiranya negatif,maka muhasabahlah. Dalam hidup ini,Allah sentiasa memberi peluang untuk kita memilih jalan,samada jalan kesyurga ataupun neraka. Sifir yang mudah tetapi payah untuk dikirakan!
Bila meningkat usia,diri juga sudah semakin tebal dengan sikap dan identiti sendiri. Membina fikrah dan prinsip dalam kehidupan untuk menentukan perjalanan sebuah kehidupan. Ego juga semakin menebal lantaran rasa hamba dalam diri semakin terhakis.
Namun,ada yang harus kita soalkan apabila masa berlalu tanpa kita sedari. Sejauh manakah amalan kita sebagai persediaan di akhirat nanti? Kita terlalu sibuk memuaskan diri dengan kejayaan-kejayaan yang kita impikan. Tetapi kita lupa,apakah Allah redha dan menerima amalan kita.
Bumi Mesir sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian seorang sahabat kita. Perubatan Tanta,tahun 1. Sungguh,kematian itu pasti dan kematian adalah sebaik-baik peringatan untuk kita. Semoga Allahyarham Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan ditempatkan dikalangan para solehin.
Buat kita yang masih hidup,yang masih diberi peluang untuk beribadat,gunakanlah masa yang ada untuk membuat persediaan menghadapi mati. Dunia ini hanyalah persinggahan sementara. Pelabuhan kita untuk mengumpul bekalan untuk belayar semula selepas ini.
Wednesday, 3 March 2010
Perkembangan terbaru
1- Sudah selesai peperiksaan tengah tahun. Alhamdulillah.
2-Tahniah kepada Ustaz Hasbul dan Kak Rodzian atas kelahiran bayi perempuan yang sangat comel.
3-Selamat pulang ke Malaysia Kak Salwa dan Aslam. Harap bertemu lagi. InsyaAllah.
4-Saya mengalami ligament injured di lutut semasa hari sukan PCT. Harap dapat sembuh.
5-Risau akan perkembangan kehidupan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Kematian adik Syafia memang tidak dapat diterima. Bunuh membunuh sudah jadi perkara biasa didengari. Bukti zaman jahiliah telah berulang kembali.
6.Selamat mendirikan rumah tangga kepada Cikgu Rizal,guru Matematik Tambahan saya di SBPI Temerloh. Semoga berbahagia hingga ke syurga.Doakanlah anak muridmu ini.
7.Agak muak dengan suasana politik di Malaysia. Kesimpulan yang boleh dibuat,manusia semakin rakus tamakkan dunia,cintakan dunia,takutkan mati!
8.Sahabat saya,Zahratul Amani telah memperkenalkan seorang pendakwah hebat. Nouman Ali Khan. Syukran! Jemputlah search di Youtube untuk mendengar ceramah beliau.








