Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 15 July 2008

Air Tak Manis



Alhamdulillah, imtihan sudah berakhir. Dan sekarang, tugas saya adalah cuba memanfaatkan sebaik mungkin cuti selama 3 bulan di Mesir ini. Inilah nasib orang yang tak balik Malaysia..Ala kulli haal,tidak mengapa..Terlalu banyak program dan aktiviti yang boleh dibuat. Moga-moga saya dan sahabat-sahabat yang ada disini dapat memenuhi masa yang ada dengan perkara-perkara yang memberi faedah..InsyaAllah


Kali ini saya ingin berkongsi kisah 'Air tak Manis'. Kenapa air tak manis?? Semestinya kurang gula..Gula habiske? Tidak..Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan kalian bahawa dalam setiap kejadian, peristiwa, perlakuan dan sebagainya,kita hendaklah menghubungkaitkan dengan iman kita. Menghubungkaitkan sesuatu yang berlaku dengan memikirkan kekuasaan Allah..Sesetengah daripada kita, membayangkan dalam tuntutan mengingati Allah (zikrullah) hanya dapat dilaksanakan dengan duduk berzikir,menuntut ilmu dan sebagainya. Namun, disini, kisah 'Air tak Manis' ini,sedikit sebanyak dapat membuka minda kita bagaimana dengan hanya mengambil pengajaran daripada air,dapat membawa hati kita mengingati Allah.


Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud :

ياءيها الذين ءامنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah ( dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.


Pada suatu malam, kami serumah telah menempah air minuman. Ada yang menempah limau ais, teh ais, radix dan saya bersama roommate saya telah menempah air bonjorno..Setelah sekian lama menunggu ( komentar untuk Amtai..=), akhirnya sampailah tempahan tersebut. Dengan gembiranya,kami menikmati minuman tersebut..Memang tidak dapat dinafikan, memang sedap la air yang kami minum tu. Teringat pulak kat Malaysia.. Sebab sekian lama tak dapat nak minum teh ais,limau ais..Sebab penyakit 'M' besar kat sini..hehe


Air bonjorno yang saya dapat, memang sedap..Tetapi yang roommate saya dapat, sungguh menyedihkan. Air bonjorno tanpa gula. ( komentar lagi untuk Amtai =) Ish..kasihan roommateku..hehe.Bonjorno ni nama lain untuk nescafe.Rasanya lebih kurang sama. Disebabkan tanpa gula, maka dia pun pergi ke dapur untuk tambah gula. Dia tidak tambah gula terus, tetapi memasak air bonjorno tadi supaya panas..Kemudian barulah ditambah gula. ( Saya pun tak faham..hehe) Dengan muka sedihnya, dia masuk ke dalam bilik dan suruh saya rasa air tersebut..Dah rasa lain,kurang la sedapnya.


Dalam melayani kesedihan air yang kurang sedap,kami berbincang..Air yang tidak manis, kenapa kita kurang suka? Mengapa? Sebab tidak penuhi cita rasa? Tiada kenikmatan? Begitulah juga dalam hal Ibadat kita.. Dalam kes air tadi, mungkin orang yang buat air tu terlupa nak letak gula, ataupun terlalu sedikit gulanya. Dibandingkan dalam melaksanakan Ibadat kepada Allah, kadang-kadang dan kemungkinan selalu kita mengambil jalan yang mudah. Melaksanakan tuntutan ibadah hanya sekadar ingin lepas daripada tanggungjawab disamakan dengan sikap orang yang membuat air itu.(secara bandingan sahaja..kami faham orang buat air tu sibuk..=)


Kita persembahkan ibadat kita, sama ada ibadat khusus atau umum dengan sambil lewa dan tanpa kesungguhan.Ianya menghasilkan ibadat yang kurang kualitinya. Sebagai contoh paling mudah, dalam soal solat kita. Ada waktu kita tunaikan dengan penuh kesungguhan dan ada waktu kita tunaikan dalam keadaan yang tiada kesungguhan. Solat yang ditunaikan dengan penuh kesungguhan akan menghasilkan solat yang berkualiti.Antara ciri solat yang berkualiti adalah solat diawal waktu, memenuhi setiap hak-hak rukunnya samaada rukun fi'li, qauli dan qalbi,dan juga penuh kekhusyukan. Solat yang khusyuk adalah salah satu ciri bagi mukmin yang berjaya.


Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 2 yang bermaksud :

الذين هم في صلاتهم خشعون

Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya


Untuk contoh dalam Ibadat umum pula , kita ambil contoh paling mudah iaitu tanggungjawab kita sebagai pelajar. Sejauhmana kita ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Allah. Kita maklum bahawa , Allah tidak akan mengubah nasib kita selagimana kita tidak berusaha sendiri untuk berubah. Syarat untuk berjaya dalam pelajaran adalah berusaha dengan apa jua cara (yang betul) untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Berbalik kepada air tak manis,kita akan rasa tidak berpuas hati sekiranya harapan dan kehendak kita tidak dipenuhi. Begitulah jua dalam ibadat kita. Adakah ibadat kita akan membuahkan hasil yang baik sekiranya kita melaksanakan secara sambil lewa? Adakah Allah akan terima amalan kita? Sama-samalah kita muhasabah diri.Ibadah yang berkualiti adalah berasal dari kefahaham Akidah yang benar. Daripada Ibadah yang sahih akan menghasilkan Akhlak yang baik. Ibadah yang berkualiti dapat mendekatkan kita pada Allah dan memberikan kesan halawatul iman. Moga-moga kita dapat merasai manisnya iman dalam mengabdikan diri pada Allah..insyaAllah


Moga-moga dengan sedikit peringatan ini dapat menyedarkan iman kita yang kadang-kadang turun dan naik.Al-Iman yazid wa yanqus. Dengan memikirkan dan menghubungkaitkan dengan kekuasaan Allah pada setiap kejadian disekeliling kita, insyaAllah sedikit sebanyak dapat menguatkan iman kita terhadap Allah.





No comments: