Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 3 September 2008

Jalan-jalan tambah Ilmu..=)

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama saya tidak menjengah ke ruangan blog saya, hari ini saya berpeluang untuk terus berceloteh..=) Anda mahu baca? Silakan..jika tidak,bolehlah berpindah ke halaman lain..=)
Hari ini saya pulang ke rumah saya di Tanta setelah seminggu lebih merantau ke tempat lain..bermula 3 hari di Kaherah seterusnya 4 hari di Iskandariah. Tentunya pengalaman yang amat berharga bagi saya. Tapi sayangnya saya tidak dapat mengabadikan kenangan-kenangan kerana ketiadaan kamera..Tapi tidak mengapa,bakal menyusul selepas ini..=) InsyaAllah.

Tahun ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa di perantauan. Berpuasa di bumi anbiya',ardhil kinanah..tempat impian saya semenjak dibangku persekolahan lagi. Alhamdulillah..setelah pelbagai ujian dan cabaran ditempuhi dan tentunya takdir Allah telah menetapkan bahawa saya diberi kesempatan ini. Saya amat-amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu Suriati, Suziana, Atie, Hasarus dan Hamidah.. Saya mengenali mereka di IKIP,Kuantan selama seminggu sebelum saya 'terkeluar'..Merekalah teman saya semasa 'menghabiskan' masa di rumah anak-anak Pahang di dataran Haiyu Asyir,Kaherah. Mereka sanggup berpanas menunggu bas selama satu jam menunggu bas untuk ke Hussein iaitu tempat tumpuan para pelancong membeli belah. Terima kasih..jangan serik bawa saya lagi ke sana..=) Banyak la juga saya memborong di sana..Antaranya minyak wangi, cincin kayu kokka, kompang turkey ( kawan pesan..=) dan macam macam lagi. Tidak cukup sepetang berjalan disana.

Setelah 3 hari di Kaherah, saya mengikut sahabat-sahabat saya pulang ke Iskandariah. Mereka adalah pelajar tahun 2 Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah. Mereka amat-amat baik sehinggakan saya dimarahi kerana masuk ke dapur..=) Bertuah badan kalau tinggal dengan mereka sebulan..hehe. Dalam perjalanan ke Iskandariah menaiki keretapi mukayyaf ( berhawa dingin), begitu banyak pemandangan yang mengingatkan pada kampung halaman saya di Kedah. Begitu banyak kawasan pertanian yang menghijau.. Teringat matapelajaran Geografi dahulu yang mengatakan sistem tanaman bergilir adalah untuk menyuburkan tanah. Pokok padi bersebelahan dengan pokok jagung dan beberapa tanaman lain..( saya tak kenal tanaman apa..=)
Ditambah pula dengan sistem pengairan tanaman yang ada, benar-benar mengingatkan saya pada kampung.. Sabarlah duhai hati. Sedikit saja lagi..=) Ada anak-anak arab mandi sungai..Teringat peristiwa saya mandi sungai di kampung waktu kecil dulu. Gelang tangan saya terbenam dalam lumpur kerana saya berusaha mencari kepah.. Sudahnya, saya takut untuk balik ke rumah kerana takutkan arwah tok wan saya marah..=)


Kampung Pulau Ka'in,Tunjang,Jitra


Hari pertama sampai di Iskandariah, saya menginap di rumah Atie. Begitu jua yang lain. Meraikan kedatangan saya..Alhamdulillah, dikurniakan sahabat sebaik mereka. Keesokannya saya dibawa ke Universiti Azhar cawangan Iskandariah ( perempuan sahaja).. Kebetulan mereka ada urusan di sana. Hari pertama puasa Ramadhan disini, saya hanya banyak 'beristirehat' dalam rumah. Namun begitu, masyarakat disini tidak henti-henti memasang alunan bacaan Al-Quran. Saya juga dibawa ke Fathalla.. Lebih kurang pasar raya Giant di Malaysia. Jika dibandingkan dengan Fathalla di Tanta, sangatlah jauh beza saiznya.. Sudahnya, saya memborong barang-barang kering disana untuk dibawa pulang ke Malaysia..=) Masih banyak tempat yang belum dikunjungi lantaran masa yang tidak mengizinkan..InsyaAllah lain kali pula.

Saya juga berpeluang menunaikan solat terawih di masjid. Disana, tiada selawat mendayu-dayu seperti di Malaysia. Suasana agak berbeza..Namun,bacaan imam amatlah jelas dan menusuk kalbu..Alhamdulillah. Hari pertama solat terawih, saya solat bersebelahan seorang wanita yang membawa anak kecilnya sekali. Kadang kala anaknya menarik tudung saya sewaktu sedang sujud. Namun, saya terasa sebak seketika bilamana si ibu sanggup mendukung anaknya sujud bersamanya ketika anaknya menangis.. Menggambarkan bahawa si ibu sanggup buat apa saja untuk beribadat hatta anak menangis kuat sekalipun. Terasa sebak dalam solat saya. Saya? Entah sanggupkah berkorban sebegitu..wallahua'lam

Bersambung..=)


1 comment:

Ladyship Atie said...

subhanallah...teringinnye ak sampai sane..
Alhamdulillah, bersyukurlah dikau wahai sahabat, kerana diberi peluang untuk hidup dalam suasana Islami yg diimpi-impikan oleh insan lain yang sedang duduk kesesakan menongkah arus dunia yang menyakitkan..
eheh..Atie dah ade rumah kat sane=p