Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 25 January 2009

Palestin..Ku ingin bersamamu


Ketika artikel ini ditulis, tentera Zionis telah berundur dari tanah Palestin. Serangan demi serangan yang cukup dahsyat bahkan penggunaan bom kimia yang diharamkan amat-amat meninggalkan kesan yang cukup mendalam untuk umat Islam di Palestin khususnya. Lebih 1000 orang awam yang mati syahid termasuk wanita dan kanak-kanak serta kemusnahan yang cukup menghiris hati ditinggalkan oleh tentera Zionis yahudi Laknatullah.

Bagi saya yang berada di Mesir, saya amat-amat terkilan kerana saya tidak dapat memberi bantuan apa-apa..Ya Allah,kami tidak mampu untuk sama-sama berjuang mempertahankan bumi Palestin.

Pada hari-hari pertama serangan dilakukan, keadaan di Mesir khususnya di Tanta dipenuhi demonstrasi di jalan-jalan besar. Namun, pihak polis telah mengadakan kawalan ketat dan menangkap sesiapa sahaja tanpa usul periksa jika berada di kawasan demonstrasi. Lebih tepat lagi, penduduk Mesir amat mulia hati kerana membantah serangan Zionis ke atas Palestin. Namun, pemerintahan di bawah Perdana Menteri Mesir Hosni Mubarak yang kejam menyebabkan penduduk Mesir tidak dapat membuat apa-apa.

Dari kami pelajar Malaysia khususnya jurusan Perubatan, hanya mampu berdoa sebanyak mungkin disamping mengikuti perkembangan tekini. Terlalu sayu dan sedih apabila melihat gambar-gambar saudara kita yang menderita diseksa sedemikian rupa. Lebih geram lagi,apabila ada tentera zionis yang bergambar dengan mayat-mayat yang syahid..Ya Allah. Mengalir air mata kami..Maafkan kami tidak mampu berbuat apa-apa.

Banyak juga kata-kata yang dilemparkan kepada pelajar-pelajar Azhar dan Ulama’-ulama’ Azhar yang dikatakan tidak turun untuk berjuang. Mungkin ada benarnya. Tetapi, bagi saya yang bukan pelajar Azhar disini, saya berpendapat bahawa tuntutan untuk berjuang bukan dibawah bahu Azhari sahaja,bahkan dibawah bahu seluruh umat Islam. Jangan mudah kita menuding jari kepada mereka yang sedang menaikkan Islam pada tempatnya. Mereka bukanlah duduk bersenang lenang pada masa ini. Seluruh umat Islam khususnya perlu berubah dalam segala aspek dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi kebangkitan Islam. Bukan sahaja bersiap sedia,bahkan juga menjadi pendokong kepada usaha menegakkan khilafah Islam semula.

Sungguh janji Allah adalah pasti. Palestin adalah hak milik umat Islam. Kemenangan adalah milik umat Islam. Namun,apakah kita boleh duduk bersahaja sekarang ini? Bangunlah wahai sahabat-sahabat sekalian. Kita mesti membuat sesuatu yang boleh menyumbang kearah kemenangan Islam.

No comments: