Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 5 February 2009

Bahriya Explorer

Bertolak dari arma









Batu berbentuk cendawan





















Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan rahmat Allah, saya telah diberi peluang untuk menjejakkan kaki di Bahriyah bersama-sama rakan pelajar Perubatan daripada cawangan lain. Ekspidisi ini disertai seramai 50 orang pelajar akhawat dan 6 orang musyrif.

Banyak pengalaman baru yang saya dapat seperti berkhemah di tengah-tengah padang pasir, bersolat dengan tayamum, dapat melihat kesan-kesan peninggalan gunung berapi seperti Black Mountain, keindahan White Desert.. Sungguh, ianya membuktikan kuasa kebesaran Allah dalam penciptaanNya.. Subhanallah. Moga-moga ekspidisi ini bukanlah atas tujuan melancong semata-mata,bahkan ekspidisi untuk memantapkan iman.. InsyaAllah.

Kami bertolak dari Arma( Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah) jam 7 pagi dan sampai di perkampungan Bahriya lebih kurang jam 1 tengah hari. Selepas check in hotel, kami dibawa melawat Bahriya Oasis menaiki jip. Kami dibawa menelusuri padang pasir yang seolah-olah bayangan fantasi.. Subhanallah..Sungguh hebat ciptaan Mu.

Pada keesokan harinya,bermulalah pengembaraan yang cukup mencabar. Berkali-kali jip saya tersangkut dalam perjalanan kerana tayar belakang tertimbus dalam pasir. Apabila jip langsung tidak boleh bergerak,kami terpaksa turun dan sama-sama berusaha menolak jip tersebut.. Sungguh, pengalaman yang sukar dilupakan.

Setelah melalui pelbagai cabaran dalam perjalanan,akhirnya kami sampai di tapak perkhemahan. Driver-driver jip seramai 7 orang termasuklah seorang polis yang mengiringi kami,begitu pantas membuat kerja mereka. Daripada urusan memasak sehinggalah mendirikan khemah, mereka begitu cekap. Selepas menikmati hidangan nasi dan ayam panggang, kami sama-sama mengelilingi unggun api. Cuaca di tengah-tengah padang pasir amatlah sejuk ditambah dengan pasirnya yang sememamgnya sejuk. Nikmat berlantaikan pasir dan beratapkan langit sungguh dirasai.. Alhamdulillah.

Kami dihiburkan dengan nyanyian driver-driver irama padang pasir bersama alat-alat muzik yang mereka bawa. Sama-sama bertepuk tangan meraikan mereka.. Namun kami menolak apabila mereka ingin membuat persembahan tarian. Keesokan harinya, kami dibawa melawat ke Desert Rose. Disitu,dikatakan tempat barakah kerana bentuk batu-batu kecil yang menyerupai bunga mempunyai kaitan dengan kehadiran Nabi Soleh AS.. Wallahualam.

Apa yang menarik dalam kembara kali ini ialah, pengalaman bersolat dengan tayamum berjemaah bersama musyrif. Setiap kali kami melihat permandangan matahari terbit dan terbenam kami berdoa bersama-sama dan membaca mathurat berjemaah..Alhamdulillah.
Dan sekembalinya saya di Tanta,pastinya 'study' adalah keutamaan kerana peperiksaan akan menjelang seminggu sahaja lagi.. Moga-moga diberi keberkatan waktu..InsyaAllah.

2 comments:

Nafsah Dulajis said...

wah...jeles2...^_^

NourelHousna said...

eehehe..ape lagi..pegi tahun depan
rugi tau xpegi..=)