Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 13 July 2009

Cuti yang istimewa


Segala pujian bagi Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.Saya telah selamat sampai ke Malaysia pada 2 Julai lepas dengan menaiki pesawat Egypt air.Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah swt.Perasaan takut juga kadang-kadang bertandang kerana saya balik berseorangan dan Alhamdulillah semasa di lapangan terbang saya telah ditemukan dengan Liyana,adik junior semasa di CFS IIUM yang juga merupakan pelajar tahun 2 perubatan Kaherah.

Cuti kali ini sungguh panjang.Lebih daripada 3 bulan.Alhamdulillah.saya tidak pernah merasai cuti sepanjang ini.Tidak seperti orang lain,selepas SPM saya terus masuk belajar di Darul Quran.Tahun lepas pula,dek kerana mengambil peperiksaan ulangan di tahun satu,cuti hanya berbaki sebulan setengah. Ala kulli haal,cuti bukanlah bermakna cuti sepenuhnya.Cuti tersebut hanyalah cuti dari kuliah universiti sahaja.Sedangkan tuntutan menuntut ilmu itu tidak pernah diberikan hari cuti oleh Allah swt.

Selama hampir 2 minggu di rumah ini,saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga.Alhamdulillah atas nikmat keluarga yang Allah berikan.Baiti Jannati.Keluargaku Syurgaku.Berjumpa dengan kakak,adik-adik,mak abah sangat memberikan kesan dalam hati.Alhamdulillah.Segala kesalahan yang saya lakukan dahulu,saya perlu betulkan.Kadang-kadang berkata tanpa memikirkan perasaan orang lain.Mengguris hati orang lain,perlu diubah agar akhlak diri sebagai Muslimah kekal terpelihara.

Selama 2 minggu juga,banyak juga jadual yang dirancang tidak menjadi.Perlu lebih berdisiplin.Saya juga masih mencari-cari program yang boleh saya sertai agar cuti menjadi lebih terisi.Tahniah juga kepada sahabat saya,Nur Izaidah Ishak yang akan melangsungkan perkahwinan pada 18 Julai ni.Maka,pecahlah tradisi dalam Generasi 7 persijilan DQ.Tahniah zed.Moga kekal hingga ke syurga.Ameen ya rabb.:)

Berada dirumah,saya mengharapkan saya dapat meringankan tugas mak abah.Saya cuba untuk melakukan yang terbaik dan memastikan cuti tidaklah menjadi ungkapan seperti ‘perabeh boras je..’ atau ‘menternak badan..’ ataupun ‘menanam anggur’.InsyaAllah.Terlalu banyak yang saya ingin kongsikan tetapi mood untuk menulis masih berada di Mesir.’Tak mahu ikut balik lagi rasanya.:)

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang lulus cemerlang dalam peperiksaan.Kepada sahabat yang akan menghadapi peperiksaan ulangan,teruskan usaha.Saya sentiasa doakan kalian agar tabah dan lulus semua subjek yang diambil.Saya telah merasai keperitan seperti itu tahun lepas.Dan sememangnya saya sentiasa perlukan kata-kata semangat terutamanya dari mak abah.Sahabat-sahabat sekalian,ayuh kita bantu sahabat-sahabat kita. Jika tidak mampu,berdoalah selalu kerana sebagai umat Islam,doa adalah senjata kita yang paling mujarab.InsyaAllah.

Moga dipertemukan dalam entri lain.InsyaAllah.

No comments: