Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 30 July 2010

Saudara Kita


Adik Sofiyyatul 'Ulyaa binti Mohd Faizol











Oleh : Md Amin Zainal Abidin, wakil DPMT

“ Perumpamaan bagi orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai , pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui”( Al Baqarah:261)


Assalamualaikum


Saudara saudari yang dirahmati oleh Allah SWT. Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa pada 16 julai 2010 menjelang subuh lebih kurang jam 5:00 pagi, telah lahir seorang bayi perempuan di Hospital Tibah Tanta Mesir. Bayi yang selamat dilahirkan adalah tidak cukup bulan (7 bulan), terpaksa ditahan diwad dan dimasukkan dalam inkubator.


Pada jam 8.00 malam bapa bayi tersebut telah dipanggil oleh pihak hospital dengan kadar yang segera. Setelah tiba dihospital bapa bayi tersebut diberi penerangan oleh doktor yang bertugas mengenai keadaan kesihatan bayinya. Antara lain bayi yang baru dilahirkan mengalami beberapa masalah seperti:

1. Saluran pernafasan dan saluran makan bercantum. (tracheoesophageal fistula) (TEF)
2. Tidak ada Saluran najis (imperforate anus or anal atresia)

Oleh kerana masalah diatas, bayi tersebut terpaksa menjalani pembedahan dengan segera untuk mengatasi perut kembung akibat tidak ada saluran najis untuk angin keluar. Semasa menerima berita keadaan tersebut, selaku wakil Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta , saya telah bergegas ke hospital tersebut untuk sama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pihak keluarga bayi tersebut.


Antara halangan semasa yang kami hadapi adalah kos pembedahan yang diterangkan oleh pihak hospital dan doktor di Hospital Swasta Tibah itu. Kami berpendapat untuk sama-sama ke Hospital University Tanta untuk berbincang jika rawatan itu boleh dijalankan di situ. Namun sekali lagi kami bertemu cabaran dimana kami diberitahu oleh pihak Hospital University Tanta bahawa semua alat bantuan pernafasan pembedahan telah digunakan oleh pesakit.


Dengan bantuan saudara Syafiq Affandi bin Baharin, pelajar Perubatan tahun lima Universiti Tanta, beliau telah menelefon doktor di Hospital Tibah untuk memberitahu keadaan di Hospital University Tanta. Doktor itu kemudian dengan baik hati telah memberi nombor telefon Pakar Bedah kanak-kanak Hospital Universiti Tanta. Alhamdulillah, setelah berbincang dengan doktor tersebut beliau sanggup merawat bayi tersebut di Hospital Tibah tempat bayi tadi dilahirkan. Dengan selesainya keadaan ini, kami kembali ke Hospital Tibah untuk berjumpa Doktor Pakar itu.


Setelah sampai, Doktor Pakar itu telah menerangkan pada kami bahawa beliau akan memulakan semua pembedahan yang diperlukan untuk menebuk lubang diperut bayi untuk mengeluarkan angin dan membuat saluran najis diperut dengan kadar segera. Dimana, 24 jam kemudian, beliau akan akan merawat saluran pernafasan dan saluran makanan bayi.



Tepat jam 12.15 malam tersebut juga, bayi telah mula menjalani rawatan. Alhamdulillah sejam kemudian bayi tersebut telah selamat menjalani rawatan.

Pada hari kedua iaitu pada 17 Julai 2010 bayi menjalani satu lagi rawatan iaitu memisahkan saluran makanan dan saluran pernafasannya. Allhamdulillah bayi kini selamat dan stabil.


Walaubagaimanpun, bayi tersebut masih dalam penjagaan di Wad Jagaan Rapi di Hospital Tibah.
Kami juga ingin memberitahu bahawa Ibu kepada bayi tersebut stabil dan dibenarkan oleh doktor pulang selepas beberapa jam melahirkan.


Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa kos rawatan sehari hampir LE250 dimana jumlah semua kos rawatan dijangka adalah sejumlah LE10 000.


Saya selaku wakil kepada Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan, berbesar hati memohon agar saudara dan saudari dapat bersama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa bayi.



Semua sumbangan bolehlah dihulurkan melalui akaun :


Pemegang Akaun : Md Amin Zainal Abidin (kad pengenalan 850325-06-5365)

No Akaun : 062025879025

Bank : HSBC

No Tel : +20142252484

emel : maza_blada@yahoo.com.my



Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala bentuk bantuan yang di hulurkan oleh semua.
Sekian bagi pihak Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Mesir.




Bapa bayi : Mohd Faizol Bin Endut
Asal : Kuala Terengganu
Kuliah : Usuluddin jurusan Tafsir, Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta

No Tel : +20116534573


Ibu bayi : Siti Anisah binti Haji Ahmad
Asal : Selangor
Kuliah : Bahasa Arab, Tahun 3 Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah


Sekira ada apa-apa maklumat boleh terus berhubung dengan ibubapa bayi atau Unit Kebajikan dan Kemanusiaan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.‬

Monday, 14 June 2010

Rejab sudah datang- Muhasabah




Rejab sudah pun bermula. Bermakna Ramadhan juga semakin menghampiri. Usia juga semakin bertambah. Tetapi amalan? Wallahua'lam.

Sejak kebelakangan ini, saya rasa kurang 'sedap hati'. Adakan disebabkan peperiksaan? Mungkin juga.. Perasaan bercampur baur untuk ke 'sana'. Moga Allah permudahkan segala urusan.

Muhasabah, satu perkataan yang senang diucap,susah dilaksanakan. Kita selalu lupa untuk bermuhasabah mengenai diri sendiri. Diri selalu leka dengan dunia,kurang mengingati Allah. Sejauh mana Allah dalam kehidupan : perbuatan, percakapan, hati. Selalu kita lupa. Dalam fatrah exam, lupa bahawa pergantungan kepada Allah itu yang mutlak. Usaha hanya ikhtiar,tetapi Allah yang menentukan. Kita selalu menganggap usaha adalah segala-galanya.


Di bulan Rejab yang mulia ini, ada satu doa yang digalakkan untuk kita baca.

Diriwayatkan daripada Anas r.a., bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah s.a.w. berdoa:

"Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan"


Moga kita sama-sama memperkemas amalan, membaiki lompangnya solat, memohon taubat dan tidak membuang masa yang ada dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Kepada warga Tanta yang masih menghadapi peperiksaan, jom kita buat yang terbaik!! :)

p/s- masik berbaki 2 subjek untuk habis..rindu semakin kuat untuk menjadi tetamuNya.

Thursday, 3 June 2010

Takziah

Kepada Ukhti Nurulhusna & Nurulhuda Ahmad Sani :


Moga tabah dengan ujian ini
Kehilangan adik Nuruljannah
Yang dikasihi

Moga Allah tempatkan arwah
Dikalangan hambaNya yang soleh

Pemergiannya mengingatkan diri
Yang selalu leka dengan dunia
Tanpa sedar
Maut sentiasa menjengah diri

Buat Kak Una & Huda
Semoga tabah hendaknya
Kalian insan yang kuat
Dimataku dan mereka

Buat Ummi & keluarga
Moga sentiasa sabar
Ummi cukup kuat
Jua menguatkan anak-anak

Diakhir ziarahku
Kuucapkan semoga Arwah Jannah
Di Jannah hendaknya

Huda: Ameen..kita kena masuk syurga
Kak Una : Allah..susahnya nak masuk syurga

Ku bisik dalam hati
Jika mereka yang hebat mengaku susah
Apatah lagi aku?
Lemah dan banyak beralasan ini

Cukuplah mati sebagai peringatan
Takziah Kak Una,Huda dan keluarga
Uhibbukum Fillah

Monday, 31 May 2010

Di mana kita dalam isu LL4G?


Pagi semalam, saya betul terkejut apabila membaca update twitter. 2 orang syahid dan 30 orang cedera! Allah..rupanya tentera israel laknatullah dah pecah masuk kapal. Kapal terbesar pulak tu,Mavi Marmara. Tak lama lepas tu,meningkat sehinggakan jumlah terkini,19 orang syahid dan bilangan yang tercedera meningkat.

Lepas Maghrib tadi,saya kira ceramah tergempar mengenai LL4G di Bait Izzah. Tahniah Ust Muin Abd Manan. Kupasan yang terperinci saya kira walaupun ustaz jelaskan berita-berita tersebut dikumpul dan dicantum dari pelbagai sumber. Tahniah!

Apa yang jelas, Israel kini semakin mendapat tentangan bukan sahaja dari dunia Islam(baca: yang benar2 Islam) bahkan seluruh dunia mengecam tindakan bangsat Israel. Menyerang aktivis-aktivis bantuan Gaza yang jelas belayar tanpa senjata. Misi Israel iaitu 'angin syurga' namanya telah bersiap sedia untuk menggempur kapal-kapal LL4G. Terima kasih kerana mensyahidkan mereka! Bahkan antara yang terawal syahid adalah Syeikh Raid Solah!

Cacatnya perjanjian yang dijanjikan membuktikan bahawa israel selama-lamanya tidak akan redha selagimana kita tidak mengikut mereka. Selama-lamanya kami tidak akan patuh dengan israel!

Bumi mesir juga dipersalahkan kerana sikap pemimpinnya. Anda kenal Husni Mubarak? Jika bukan kerana ilmu dan ini bumi Nabi,pasti saya akan memilih bumi lain.. Kerana dialah penduduk Palestin merana sekian lama.

Akhir sekali,sepanjang musim peperiksaan ini,jangan lupa untuk amalkan Qunut nazilah dan solat hajat. Semoga Allah memelihara dan menangkan misi LL4G ini. Masih tiada khabar berita melebihi 16 jam saya kira. Kita disini,teruskan berjuang dengan buku-buku. Mereka disana berjuang dengan nyawa!

Saturday, 22 May 2010

Cakna isu semasa

Dalam kesibukan kita membuat persediaan untuk peperiksaan,sedarkah kita akan apa yang berlaku disekeliling kita? Ambillah sedikit masa untuk cakna dengan dunia luar kita. Apa yang berlaku?




Mula-mula saya membaca keratan ini,saya rasa lain macam. Anda bagaimana? Bila sebut bab judi..judi dah memang hukumnya jelas haram. Tetapi bila diberi lesen,bertukar menjadi halal. Wah,lepas ni pelacuran yang berlesen halal jugak!

Alasan yang diberikan tidak dapat diterima akal. Sepatutnya,negara Islam patut berdiri teguh dengan prinsip-prinsip Islam. Melaksanakan apa yang disyariatkan Islam. Tapi sampai sekarang..

Allah beri akal untuk kita memilih. Allah beri akal untuk kita berfikir. Jangan disebabkan dunia,duit dan pangkat,kita menjadi kelam dengan dunia yang sementara..



p/s: selamat hari lahir ke 23 kakak Ella..:) May Allah grant u the best in your life!

Friday, 14 May 2010

Kenangan- Kisah Itik & Panadol


Hari ini giliran saya ke souq (pasar). Sudah agak lama saya tidak menjejakkan kaki di souq ini kerana sebelum ini saya hanya beli di kawasan yang berdekatan rumah sahaja. Kali ini,saya memilih untuk ke souq walaupun berseorangan. Rupanya ada kisah yang Allah nak bagi saya kenangkan..^_^

Sementara saya menunggu ayam diproses,mata saya tertumpu pada lima ekor itik didepan. Baik sungguh. Tak perlu disimpan dalam reban pun. Tiba-tiba saya tersenyum teringat kisah tok saya di kampung. Cerita lama. Sekolah rendah seingat saya.

"Tok..pi mana habis itik kat belakang tu? Tok sembelih ka? " soal saya.

"Dak aih..mati habis semua.Tinggai 2 ekoq ja." Jawab Tok.

"La..pi mana? Orang curi ka? "

"Dak aih..kemarin tok tengok itik tu macam pening lepas bagi makan nasik..Tok pun bagi la depa makan panadol..mati petang tu.."

"Haa? PANADOL? "

Patut la mati..^_^

*&^%$##@)(# :D

Lepas belajar mengenai Paracetamol,baru saya tahu kesan-kesan ubat tersebut. Agaknya large dose menyebabkan hepatotoxicity barangkali..sampai mati..^_^
Justify Full
Sekian.

p/s-Lepas gelak,cuba fikir,bolehkah judi itu dihalalkan ataupun dalam bahasa mudah diberi lesen?Ibarat minum arak tetapi baca bismillah. Manusia sekarang sungguh jahil!

Friday, 7 May 2010

Pintaku


Tuhan
Aku sering leka
Aku sering alpa
Aku sering kecewa

Tuhan
Ku mohon padaMu
Agar dunia dihatiku
Bisa dicantas
Apabila tumbuh meliar

Tuhan
Aku lemas
Aku lelah
Aku tewas
Pada nafsu
Pada bisikan

Tuhan
Kupinta dan ku mohon
Berilah secebis kekuatan
Untuk ku bangun
Dari kegelapan dunia
Yang bisa menjauhkan aku
Dari tujuan hidupku

Tuhan
Kupinta dan ku mohon
Agar dapat aku rasai
Manisnya iman
Dalam lafaz syahadah
Indahnya Islam
Dalam kehidupan

Pintaku padaMu Tuhan
Allah Yang Maha Mengerti

Friday, 16 April 2010

Musim Gila?


Pejam celik,pejam celik,peperiksaan akhir bakal menjelma. Persediaan pula masih 'lompang-lompang'. Itulah saya.

Teringat pada tazkirah seorang sahabat saya dikelas, musim peperiksaan adalah 'musim gila'. Gila apakah yang dimaksudkan itu? Gila 'study',gila beribadah,gila berqiamullail,gila menyorok dalam bilik dan banyak gila lagi. Sehinggakan hubungan sesama ahli rumah agak renggang. Jumpa hanyalah didapur untuk sama-sama masak meggi.

Sahabat-sahabat sekalian,dalam kegilaan kita study,janganlah kita lupa hak-hak lain. Hak ke atas kesihatan kita,hak ibu bapa dan sahabat-sahabat kita dan paling penting hak Allah SWT. Pemakanan hendaklah dijaga. Jangan makan merapu-rapu. Contoh saya tahun lepas,akibat kurang minum air dan banyak makan makanan ringan, saya menghidapi renal calculi atau nama melayunya batu karang. Jagalah kesihatan anda..

Akhir sekali,masih ada beberapa hari untuk kita sama-sama membuat persediaan dan masih belum terlambat untuk kita berusaha bersungguh-sungguh. Dan yang paling penting adalah tawakal. Tawakal itu hendaklah dimulai dengan berusaha bersungguh-sunggguh. Tidaklah dinamakan tawakal jika kita berusaha hanya sekadar melepaskan batuk ditangga..Wallahualam.



BITTAUFIQ WANNAJAH

KULLIAH TIBB BASYARI & TIBB ASNAN
JAMIAH TANTA


FAKULTI PERUBATAN & PERGIGIAN
UNIVERSITI TANTA

Monday, 15 March 2010

Masa berlalu




"cepat sungguh la masa berlalu.."

"sat ja..dah nak habis"

"eh..esok dah jumaat?"


Itulah ungkapan biasa saya dan kalian mendengarnya. Bukti kita ini sudah diakhir zaman. Waktu berlalu sangat pantas. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Tahun juga sudah menambahkan angka. Keberkatan waktu hilang barangkali.

Diri juga berkadar langsung telah berubah mengikut waktu. Sekiranya perubahan positif,tahniah. Sekiranya negatif,maka muhasabahlah. Dalam hidup ini,Allah sentiasa memberi peluang untuk kita memilih jalan,samada jalan kesyurga ataupun neraka. Sifir yang mudah tetapi payah untuk dikirakan!

Bila meningkat usia,diri juga sudah semakin tebal dengan sikap dan identiti sendiri. Membina fikrah dan prinsip dalam kehidupan untuk menentukan perjalanan sebuah kehidupan. Ego juga semakin menebal lantaran rasa hamba dalam diri semakin terhakis.

Namun,ada yang harus kita soalkan apabila masa berlalu tanpa kita sedari. Sejauh manakah amalan kita sebagai persediaan di akhirat nanti? Kita terlalu sibuk memuaskan diri dengan kejayaan-kejayaan yang kita impikan. Tetapi kita lupa,apakah Allah redha dan menerima amalan kita.

Bumi Mesir sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian seorang sahabat kita. Perubatan Tanta,tahun 1. Sungguh,kematian itu pasti dan kematian adalah sebaik-baik peringatan untuk kita. Semoga Allahyarham Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan ditempatkan dikalangan para solehin.

Buat kita yang masih hidup,yang masih diberi peluang untuk beribadat,gunakanlah masa yang ada untuk membuat persediaan menghadapi mati. Dunia ini hanyalah persinggahan sementara. Pelabuhan kita untuk mengumpul bekalan untuk belayar semula selepas ini.

Wednesday, 3 March 2010

Perkembangan terbaru

Sudah lama tidak menulis entri. Rasa kekok. Apa apa pun, saya ingin berkongsi sesuatu. Perkembangan terbaru :

1- Sudah selesai peperiksaan tengah tahun. Alhamdulillah.
2-Tahniah kepada Ustaz Hasbul dan Kak Rodzian atas kelahiran bayi perempuan yang sangat comel.





3-Selamat pulang ke Malaysia Kak Salwa dan Aslam. Harap bertemu lagi. InsyaAllah.




4-Saya mengalami ligament injured di lutut semasa hari sukan PCT. Harap dapat sembuh.

5-Risau akan perkembangan kehidupan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Kematian adik Syafia memang tidak dapat diterima. Bunuh membunuh sudah jadi perkara biasa didengari. Bukti zaman jahiliah telah berulang kembali.

6.Selamat mendirikan rumah tangga kepada Cikgu Rizal,guru Matematik Tambahan saya di SBPI Temerloh. Semoga berbahagia hingga ke syurga.Doakanlah anak muridmu ini.

7.Agak muak dengan suasana politik di Malaysia. Kesimpulan yang boleh dibuat,manusia semakin rakus tamakkan dunia,cintakan dunia,takutkan mati!

8.Sahabat saya,Zahratul Amani telah memperkenalkan seorang pendakwah hebat. Nouman Ali Khan. Syukran! Jemputlah search di Youtube untuk mendengar ceramah beliau.

Thursday, 25 February 2010

Thursday, 18 February 2010

Kembali


Akhirnya setelah lama terbengkalai, saya mengambail keputusan untuk mengaktifkan blogspot saya atas sebab tertentu. :)


Diucapkan selamat menghadapi peperiksaan kpd warga Perubatan Tanta semua. Moga kejayaan milik kita bersama.InsyaAllah,Ameen ya Rabb :)


Monday, 13 July 2009

Cuti yang istimewa


Segala pujian bagi Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.Saya telah selamat sampai ke Malaysia pada 2 Julai lepas dengan menaiki pesawat Egypt air.Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah swt.Perasaan takut juga kadang-kadang bertandang kerana saya balik berseorangan dan Alhamdulillah semasa di lapangan terbang saya telah ditemukan dengan Liyana,adik junior semasa di CFS IIUM yang juga merupakan pelajar tahun 2 perubatan Kaherah.

Cuti kali ini sungguh panjang.Lebih daripada 3 bulan.Alhamdulillah.saya tidak pernah merasai cuti sepanjang ini.Tidak seperti orang lain,selepas SPM saya terus masuk belajar di Darul Quran.Tahun lepas pula,dek kerana mengambil peperiksaan ulangan di tahun satu,cuti hanya berbaki sebulan setengah. Ala kulli haal,cuti bukanlah bermakna cuti sepenuhnya.Cuti tersebut hanyalah cuti dari kuliah universiti sahaja.Sedangkan tuntutan menuntut ilmu itu tidak pernah diberikan hari cuti oleh Allah swt.

Selama hampir 2 minggu di rumah ini,saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga.Alhamdulillah atas nikmat keluarga yang Allah berikan.Baiti Jannati.Keluargaku Syurgaku.Berjumpa dengan kakak,adik-adik,mak abah sangat memberikan kesan dalam hati.Alhamdulillah.Segala kesalahan yang saya lakukan dahulu,saya perlu betulkan.Kadang-kadang berkata tanpa memikirkan perasaan orang lain.Mengguris hati orang lain,perlu diubah agar akhlak diri sebagai Muslimah kekal terpelihara.

Selama 2 minggu juga,banyak juga jadual yang dirancang tidak menjadi.Perlu lebih berdisiplin.Saya juga masih mencari-cari program yang boleh saya sertai agar cuti menjadi lebih terisi.Tahniah juga kepada sahabat saya,Nur Izaidah Ishak yang akan melangsungkan perkahwinan pada 18 Julai ni.Maka,pecahlah tradisi dalam Generasi 7 persijilan DQ.Tahniah zed.Moga kekal hingga ke syurga.Ameen ya rabb.:)

Berada dirumah,saya mengharapkan saya dapat meringankan tugas mak abah.Saya cuba untuk melakukan yang terbaik dan memastikan cuti tidaklah menjadi ungkapan seperti ‘perabeh boras je..’ atau ‘menternak badan..’ ataupun ‘menanam anggur’.InsyaAllah.Terlalu banyak yang saya ingin kongsikan tetapi mood untuk menulis masih berada di Mesir.’Tak mahu ikut balik lagi rasanya.:)

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang lulus cemerlang dalam peperiksaan.Kepada sahabat yang akan menghadapi peperiksaan ulangan,teruskan usaha.Saya sentiasa doakan kalian agar tabah dan lulus semua subjek yang diambil.Saya telah merasai keperitan seperti itu tahun lepas.Dan sememangnya saya sentiasa perlukan kata-kata semangat terutamanya dari mak abah.Sahabat-sahabat sekalian,ayuh kita bantu sahabat-sahabat kita. Jika tidak mampu,berdoalah selalu kerana sebagai umat Islam,doa adalah senjata kita yang paling mujarab.InsyaAllah.

Moga dipertemukan dalam entri lain.InsyaAllah.

Wednesday, 3 June 2009

Ikan Bulti kukus 'exam'



Saya nak berkongsi satu resepi yang mudah untuk kita semua yang nak menjimatkan masa di kala musim peperiksaan ini. Selamat mencuba ya!

Bahan-bahan:

Ikan bulti(talapia)

Bawang besar
Cili besar

Limau nipis

Serbuk kunyit

garam

gula


Cara-cara

1.Potongkan semua bahan-bahan di atas mengikut kreativiti sendiri.
2.Sapukan sedikit serbuk kunyit,garam dan gula.(pastikan ikan dikelar)

3.Susun semua bahan-bahan yang dipotong tadi.

4.Perah limau nipis ke atas ikan.

5.Kukus sampai masak.Lebih kurang 20 minit.(boleh juga dibakar)


Anda boleh tinggal kukusan sementara untuk baca buku..hehe =)

Tuesday, 2 June 2009

Bukan sekadar merawat


PELAJAR perubatan perlu bersedia berhadapan dunia pekerjaan kerana tanggungjawab mereka bukan merawat semata-mata. Berhadapan senario semasa mereka perlu sedia meluangkan masa dengan menasihatkan masyarakat mengenai pentingnya mencegah penyakit daripada merawat. Ikuti pandangan Ketua Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Fakulti Perubatan Universiti Malaysia, Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud kepada wartawan Norliza Abdullah.'

[baca sini]


Apabila membaca keratan akhbar online di atas,terasa bebanan menjadi pelajar perubatan bukanlah sekadar belajar untuk merawat sahaja bahkan bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat mengenai kepetingan kesihatan kepada masyarakat awam. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada ukhti Anis Maisarah kerana telah mem'forward'kan link ini.


Hikmah

Hubungan ahli perubatan dan masyarakat amat penting kerana disitu terdapat tuntutan
yang dapat dipenuhi oleh muslim.Menepatilah dengan suruhan Allah swt dalam Alquran:

"..Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa,dan jangan saling bertolongan dalam berbuat dosa dan pelanggaran.Dan bertakwalah kamu kepada Allah,sesungguhnya Allah amat berat siksaNya"[Al-Maaidah,2]

Bukankah saling memperingat mengenai penjagaan kesihatan adalah perkara kebaikan?
Pepatah Arab juga ada mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubat.Maka,daripada dalil ini usahlah kita berasa ragu-ragu dan ‘culas’ untuk terus menyampaikan risalah mengenai kepentingan kesihatan ini.

Dalam fatrah kita sebagai pelajar perubatan khususnya di bumi anbiya’ ini,seharusnya kita mengambil penekanan terhadap penguasaan dalam aspek ilmu perubatan itu sendiri. Tidak lengkap pula rasanya jika kita tidak menguasai ilmu perubatan dalam aspek perundangan Islam yang mana meliputi banyak ruang lingkup terutamanya dalam masalah istinbat hukum.Bahkan banyak hukum hakam dalam perubatan akan disoal oleh pesakit pada masa akan datang.

Oleh itu,saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan perubatan khususnya agar kita sama-sama menguasai seboleh mungkin segala ilmu yang kita pelajari disini. Peperiksaan bukanlah matlamat terakhir bagi kita,tetapi peperiksaan adalah kayu ukur kepada kesungguhan kita.Moga-moga ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada masyarakat.Bukankah sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain?

InsyaAllah,kita buktikan kita boleh! Ameen ya rabb.

Thursday, 28 May 2009

Selamat Pulang sahabatku

Selamat pulang sahabatku..Faten Liyana Samsuddin. Selamat Berjuang!

aisyah tetap mantain walaupun acik2 tgh nangis..=)

unais pun ikut sekali

Aisyah humaira' yg comel ni pun ikut anta acik paten



Monday, 25 May 2009

Andai Mereka Mengerti



Dedikasi khas untuk jiwa-jiwa yang sedang diuji.Diuji dengan kesusahan dan kesedihan yang merentap langkah, tak lupa juga yang diuji dengan virus-virus kemalasan.Virus yang bahayanya saya kira lagi teruk dari H1N1


Andainya mereka mengerti,
Indahnya dunia berbanding perjuangan,
Hanyalah sementara,
Empuknya tilam baldu itu,
Gahnya rumah besar itu,
Ampohnya Waja dan Benz itu,
Manisnya Puan Suri
..dan gagahnya Abang Budiman,
Indahnya gelar tuan, dato' dan profesor,
Kecil berbanding imbalan Tuhan.

Andaikata mereka mahu sedar,
Derita umat tiada pahlawanyya,
Selain pidato di kedai kopi, parlimen,
...kursus motivasi, mahupun kuliah pengajian,
Yang berakhir dengan bicara, demi bicara,
Yang jauh dari mengangkat kecewa,
...merubat luka, atau membanteras gejala,
Kalau tidak kita, siapa lagi?
Kalau tidak sekarang, bila lagi?
Kalau tidak di sini, di mana lagi?

Andai mereka mahu benar-benar percaya,
Bahawa jalan kita ini benar-benar panjang,
Bukan sedar, mengangkat tangan, mendaftar diri
...mahupun memegang jawatan,
Tidak cukup juga menyinsing tangan, memerah keringat,
...berpanas, berembun, berselut, berpergian,
Pengorbanan, keletihan, kecewa dan marah,
...hanya pemula perjalanan,

Andaikata mereka mahu bersaksi,
Bahawa kita ini perlu benar-benar bersedia,
Pelbagai maksiat dengan pelbagai nama,
WTO ke IFC, Miskin Bandar ke HIV, Derita minyak ke OKU,
IPRs ke Liberalisasi,Takbai ke Rumah Putih,
Menanggung amanah bersama ummah,
Lisan,Ilmu, Rohani, Kerja dan Idealismanya,
Bahawa kita perlu benar-benar bersama,
Bukan hanya ratapan di bibir,
Fizikal, hati, akal dan amalnya,
Bahawa kita perlu menesuri jalan ini,
dengan istiqamah dan sabar,
Membina batu-batan ummah satu persatu dengan tekun,
...Penuh seni dan rencana,

Andainya mereka mahu sabar,
Untuk Istiqamah buat seketika lagi,
Mahupun peritnya jalan ini,
ada kuntuman mewangi di hujungnya,

Andaikata mereka bisa memahami,
Yang kupinta bukan untuk diriku,
Namun untuk satu kebersamaan,
Mengangkat Derita Ummat,
........
Hanya andaikata mereka mampu mengerti
dan terus bersama......


Ingin berkongsi sebuah nukilan yang saya dapat ketika Simposium Bring Islam Back(SBIB).Tidak pasti siapa penulisnya, hanya tertulis zamashari@yahoo.com.Kredit untuk penulisnya:) -Nur Hidayah Samsuddin-

Friday, 15 May 2009

Virus H1N1


Gempar sedunia.

Virus 'binatang' ini muncul lagi.

Bahkan telah sampai di Malaysia!

Allah..apakah ini balaMu?

Ampunkan dan selamatkanlah kami.


When natures strikes, human being are so terribly affected and worried, but when human being devastates and destroys nature, no one are being worried for its effect. know with the recent health concern, I think it's nature's way to lessen population, and to discipline human being.. So better be careful with our acts, swine virus is just out there, or who knows nature still working for something to maintain the equilibrium in the ecosystem.

Saturday, 9 May 2009

Selamat Hari Ibu

Bismillah walhamdulillah

Di celah-celah kesibukan (yeke?) nak menghadapi peperiksaan akhir ni, sempatlah juga saya nukilkan sedikit ingatan untuk mak saya.. Memang hari-hari saya dan sepatutnya kita ingat selalu kat ibu bapa kita. Apalah salahnya kita raikan Hari Ibu..

Mak adalah insan yang sangat penting dalam hidup saya. Mak seorang yang bijak dalam kehidupan dan sangat berwawasan tinggi. walaupun pendidikan setakat spm, tapi mak buktikan bahawa mak boleh berjaya malah lebih daripada orang yang berpendidikan tinggi. Saya akui,saya kurang berkomunikasi dengan mak. Tapi,naluri dan hubungan hati kami tak pernah silap.

Terlalu banyak kenangan pahit manis kehidupan kami sekeluarga. Saya masih ingat dikala mak dibuang oleh keluarganya sendiri lantaran ketidakpuasan hati mereka terhadap pembahagian harta pusaka arwah. Namun,Allah Maha Adil.. Allah tunjukkan kebenaran. Akhirnya,mak jualah yang datang kembali untuk memperbaiki keadaan keluarganya yang kucar kacir.. Hanya Allah yang tahu,betapa saya rasa kehilangan pada waktu itu..

Mak sanggup tinggalkan abah dan anak-anak (atas kebenaran)semata-mata untuk membela tok di kampung. Dikala itu, saya yang akan menghadapi PMR,agak tertekan. Saya perlukan mak. Namun,saya pendamkan. Saya marah pada mereka yang buat masalah dan mengambil mak saya.. Namun, Allah Maha Adil.. Segala masalah selesai dengan kepulangan mak dan keputusan PMR saya memberansangkan.

Pada suatu malam,jiran saya berbangsa Cina tanya kepada saya.

Jiran : Kenapa mak lu nangis2 minggu lepas?? Wa tengok dia angkat barang-barang masuk kereta..

Saya : Oo..yaka..saya pun tak tau mak saya nangis..masa tu,saya dok asrama..ada abah saya saja..mak saya nangiskah?? (bertanya utk kepastian)
Jiran: Yala.. wa ingat mak lu gaduh sama bapak lu..wa tak mau kacau la..

Saya : Tak la aunty.. mak saya terpaksa balik Pahang.. kampung dia..nak bukak kedai..ada masalah sikit kedai tu..
Jiran: Oo..itu macamka..wah,jadi bisnesswoman la mak lu ya.. Saya: Macam tu la aunty..hehe

Mak menangis rupanya nak tinggalkan kami..Jarak Kedah dan Pahang waktu tu,rasa macam dekat sangat. Boleh kata,tiap2 minggu kami balik Pahang. Abah akan 'kutip' anak-anak kat asrama sekolah bawak balik pahang. setakat 10 jam dalam kereta tu..biasa dah..=)Abah tak boleh pindah lagi waktu tu.. Bukan senang cikgu nak bertukar. Paling kurang awal tahun depan.

Cukuplah mak sebagai inspirasi saya.Terlalu banyak kisah mak yang menggambarkan mak seorang yang tabah. Mak tak suka bergantung pada orang lain. Mak kuat berusaha untuk berjaya.. Adakah una macam tu?

Selamat Hari Ibu Untuk Mak tercinta.. Anak-anak mak sayang Mak!!



mak lagi tinggi dari abah actually..hehe(murah rezeki)

hari konvo dq 07

majlis khatam quran 07

Sunday, 3 May 2009

Cuaca & Keadaan di Tanta


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah & Maha Pengasihani

Fatrah imtihan di kala ini,memang menguji kekuatan diri.. Dgn cuaca kat Muhafazah Tanta skrg yg berubah2,amat2 lah menguji ketahanan mata ni.. Kalau xkuat, dok bwh cik 'saratoga' la jwbnya..=)
Nak masuk musim pns ni, mendung pulak sejak kebelakangn ni.. Esok mungkin hujan.. Petanda musim sejuk dah nak bertukar.. Allah,sungguh hebat ciptaanMu.. Pada kejadian alam ni,dpt kulihat kebesaranMu ya Allah..

Petang tadi, kak Husna Sani merangkap timbalan pengerusi PCT dtg smpaikan pekeliling keselamatan utk setiap rumah yg Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) keluarkan. Kisahnya,baru2 ni ada kes pecah rumah ikhwah kat Siberbay.. Banyak jugak barang yg hilang..Laptop,handphone,duit. Harapnya Allah beri kekuatan dan kesabaran kpd mangsa2 kejadian.. Tak lama lepas tu, rumah akhawat pulak hampir2 pencuri nak pecah.. Allah,gerun betullah kami ni..huhu. Agaknya lokasi rumah tu terlalu jauh drpd rumah akhwat lain.. Xtau la apa puncanya. Yg pasti skrg ni,smua org dah takut nak keluar brsendirian & terperap dlm rumah je time imtihan ni..

Semoga Allah memelihara keselematan kita setiap masa..Ameen ya Rabb

Jom study menuju tamayyuz!! =)