Sekadar gambar hiasan
Bismillah Walhamdulillah.
Di kala musim peperiksaan ini, perut mulalah meminta-minta untuk diisi. Tatkala itu juga, mulalah terbayangkan macam macam menu. Paling sadis, menu yang tak mampu untuk dibuat dek tiadanya bahan dan bakat.. Aduhai, nasib lah anak rantau.. :)
Tiba tiba saya dapat idea nak buat satu jenis kuih ni. Bahan asas, beras pulut. Selongkar lagi, jumpa gula merah. Haa.. dapat dah satu idea. Kuih Lopes!! :D
(Hidangan untuk 5 orang)
Bahan-bahan :
Beras pulut (anggaran 400 gram)
Pewarna hijau
Kelapa parut (Gus Hind@Mesir)
Gula merah (300 gram)
Garam
Gula
Jom masak..;)
1- Masak beras pulut dengan sedikit pewarna hijau. Tambah sedikit garam.
2-Masak gula merah dengan air. Tambah sedikit gula. Untuk lebih pekat, kurangkan air & vice versa.
3-Bila pulut dah masak, buat bentuk bulat ( saiz acuan gelas biasanya & terpulang bentuk apa sekalipun )
4-Salutkan pulut yang dah dibentuk tadi dengan kelapa parut.
Ok, dah siap ;)
Boleh makan pulut hijau bersalut kelapa parut dengan air gula merah tadi. Selamat mencuba!! ;)
12 comments:
Wahh.. Sedap tu. Boleh tolong buatkan? ;)
kak una~aishh,buat meleleh air liur jahh!huhu~farihah.
9730~
sila hantar bahan kalau nak. beras pulut dah habis kat rumah ni..hehe ;)
farihah~
ala..bukan selalu nak buat mcm tu kan..? :P main2 je..;)
Kt rmh ni pun dah hbs dh beras pulut. xpelah. nnti smpi la kueh tu.. huhu.. ;)
doa2 la nnt sampai ek..hehe ;)
Sentiasa berdoa.. :D
saya sentiasa mengharap... kuih lopez muncul didepan pintu rumah.. :P mnaikkan selera betul!
97, beras pulut ada kat rumah ni :p
Aii 96...apa lagi. calling2 la.. :D
hehe.. xleh masuk campur.. tumpang syafaat blh :D
Alamak.. terlupa nk ambil beras pulut tadi. Nnti kirim kt 9613 ya. :D
Haih..banyak pulak ID yg xdikenali ni. number plak tu. kena siasat ni.. :P
Post a Comment