Duhai hati..
Kau sentiasa akan diuji
Kau sentiasa berbolak balik
Kerana asalmu adalah begitu jua
Duhai hati..
Kau ada dua bisikan
Bisikan kebaikan
Bisikan kejahatan
Duhai hati..
Kau adalah raja
Yang punya kuasa
Mengawal seluruh tenteranya
Duhai hati..
Kau lembut umpama sutera
Usah biar dicalarkan
Dengan hanya secebis serpihan
Duhai hati..
Kau keras umpama batu
Tetapi ingat
Air bisa meluluhkanmu
Duhai hati..
Kau akan sentiasa diuji
Duhai hati..
Kau telah dipandu dengan wahyu
Kau dicerahi dengan akal
Kau diberi pilihan jalan
Duhai hati..
Tabahlah hadapi dugaan
Allah ada bersamamu
Bukan seketika
Bahkan selamanya..
No comments:
Post a Comment