Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Sunday, 24 February 2013

February

Bismillah Walhamdulillah

Its February!! Oh Tuhan.. (macam biasalah). Cepatnya masa berlalu. Ok, kali ini dah skip bulan January punya entry. Dulu kan dah pernah target 2 entry setiap bulan.. hehe. Tapi apa cerita sekarang? :P

First of all, Alhamdulillah 'ala kulli haal. My pregnancy now is almost 23 weeks @ 5 months. Cepatkan? :) Ke hulu ke hilir, kelas, ward, balik Malaysia. It soooooo fast!!

Balik baru ni Alhamdulillah dah settle buat kenduri majlis kami di Pahang & Kelantan. Penat rupanya buat majlis ni.. huhu. Yelah, ditambah dengan pregnant lagi, asyik-asyik duduk je lah bila lepas jumpa tetamu. Bila tetamu datang lagi, bangun balik. Macam tu lah.. hehe. 

Alkisahnya, majlis di Pahang, mak sampai kena pi klinik lah sebab tiba-tiba diserang acute chest pain. Gelabah dah kami semua. Yang bestnya bagi saya, mak saya cakap sakit dada belah kanan. Dalam kepala ni, tak habis-habis suspect jantung. Padahal, kalau jantung symptoms belah kiri banyaknya.. Adohaii.. Panic punya pasal @__^  Celaru habis ilmu medic yang belajar kat sini.. hehe. Alhamdulillah, rupanya chest pain mak tu disebabkan over stressed. Kenduri punya hal. Yang tu tak settle, yang ni tak settle. Last-last tension sampai sakit dada.. Alahai makku sayang. Sampai macam tu sekali.. Lepas ni mak cakap buat kenduri pakai catering je. Tak larat dah buat masak pakat-pakat macam ni.. hehe. Pengalaman mak :D

Kenduri di Kelantan pulak, simple dan cool. tak penat sangat. hehe. Rupanya adat di Kelantan kendurinya sampai malam. Tapi nasiblah kali ni di kenduri kami.. makanan habis sebelum malam menjelma! Hehe.. ramai sangat tu. Alhamdulillah. Tak pelah makan ape pun, janji datang tujuan kenduri tu sampai : Nak hebahkan berita perkahwinan kami.. Terima kasih pada yang sudi datang ye ^__^

Ok, lets move to pregnancy topic. In this mid February, Alhamdulillah I could felt baby's first kicking. Waaaaa.. Macam tak percaya. huhu. terharu. I will be a mom sooner. Nikmat yang Allah kurniakan ni, memang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Suami di kejauhan, bila saya cerita, tak tahu nak explain macam mana rasa baby kicking tu. Paling best, ada satu hari tu, during morning round ward, active sangat baby moving. hehe. Agaknya berdiri sebelah Dr, baby pun ikut belajar sekali. Suami cakap, baby nak jadi Dr kot nanti.. hehe. Jadilah apa-apa pun baby, asalkan bermanfaat untuk umat InsyaAllah :)

Oh ya, hari ni pun, a female Dr sempat lagi bergurau dengan saya. She heard my friend talk to me about wearing a mask in Malay. So she ask what language do we use. After that, my friend told to her, I must wear a mask because I'm pregnant !! She sooooooooo excited and she ask about my pregnancy and my husband either he is here or not. I tell her that my husband is working in Malaysia as a lecturer in Faculty of Quran and guess what?? She ask me to find someone like my husband to her.. haha.adohaiiii.. UBM utk Egyptian pun boleh kan..-__-

Cukup lah setakat ni. Lain kali boleh cerita lagi.. :) 

Thursday, 22 November 2012

Sajak Untukmu..~

Bismillah Walhamdulillah

It almost 3 months we'd married !! Cepatnya masa berlalu.. Alhamdulillah 'ala kulli haal :)

Tiba-tiba malam ni tergerak pula hati nak tulis sajak buat suami. I knew my bahasa is tunggang langgang, tapi I'm pretty sure one day suami akan baca jugak sajak ni. I knew you are super duper busy ustaz, buat you are good a good 'stalker' of mine. hehe :D 

Suamiku
Di saat dikau melafazkan
Satu lafaz janji
Ikatan hidup semati
Ku amat dihantui dengan gelisahnya hati
Benarkah pilihan ini
Benarkah imam ini
Benarkah nakhoda ini
Akan memimpinku sepanjang hayat
Alhamdulilah
Tuhan telah menunjukkan jalanNya
Dikau akhirnya menjadi suamiku

Suamiku
Selama lebih 2 dekad
Ku dikasihi sepenuh hati
Dicurahi kasih dan sayang
Semuanya tidak bertepi
Itulah kasih kedua orang tuaku
Namun dihari perjanjian itu
Dikau datang memberi cintamu
Lantas mereka tanpa gusar melepaskanku

Suamiku
Ku amat bersyukur pada Tuhan
Kerana asbab Tuhanlah kita bertemu
Kerana Tuhanlah jua
Kita ditakdirkan bersatu
Segala puji bagi Allah
Yang Maha Mendengar dan Memahami
Akan isi hati hambaNya
Meminta agar dikurniakan
Pasangan bersama menuju syurgaNya

Suamiku
Hampir sebulan bersamamu
Adalah dunia asing dan baru bagiku
Ku belajar segalanya tentangmu
Ku dimuliakan sebagai ahli baru keluargamu
Ku amat gembira atas kurniaan ini
Segalanya indah apabila dikenang kembali
Diriku yang berbeza denganmu
Semuanya dikau terima tanpa apa syarat
Benarlah cinta itu hadir tanpa syarat
Kita menerima dan memberi
Segala kekurangan dan kelebihan
Tanpa ada rasa sangsi dan keraguan

Suamiku
Hampir dua bulan sudah
Diriku ini berada di rantauan
Dalam usaha menuntut ilmu
Memasang cita-cita
Berbakti untuk masyarakat
Dikaulah pembakar semangatku
Dikala ku kelelahan
Dikala ku dilambung ombak
Agar kembali meneruskan
Perjuangan di medan ilmu ini
Ku sentiasa meminta untuk difahami
Namun ku lupa untuk memahami
Lantas ku belajar 
Apa itu erti memahami
Memahami itu ertinya memberi..
Dan menolak kepentingan diri

Suamiku
Dikau seorang yang sangat hebat padaku
Cita-citamu sentiasa cerah di hadapan
Dikau harungi segala cabaran
Dikau berkorban sehabis daya
Untuk sentiasa cemerlang dan hebat
Dalam arena akademikmu
Benarlah kata pujangga
Syurga itu hebat
Penghuninya juga adalah hebat!
Semoga Allah kurniakan syurga buatmu wahai suamiku

Suamiku
Ku doakan semoga dikau
Menjadi seorang anak yang soleh
Taat pada ummi dan ayahmu
Abang yang penyayang buat adik-adikmu
Semoga dikau menjadi inspirasi
Buat anak-anak muridmu
Semoga dikau menjadi
Seorang mukmin yang soleh
Seorang pelajar yang cemerlang 
Seorang suami mithali
Pembimbing buat diriku dan anak-anak
Semoga dikau menjadi ikutan 
Tauladan buat zuriat kita

Suamiku
Moga segala doa dan harapanmu
Ditunaikan oleh Allah
Semoga dikau menjadi insan hebat
Di dunia mahupun akhirat

Isterimu,
NourelHousna, Tanta 22.11.12