Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts

Thursday, 22 November 2012

Sajak Untukmu..~

Bismillah Walhamdulillah

It almost 3 months we'd married !! Cepatnya masa berlalu.. Alhamdulillah 'ala kulli haal :)

Tiba-tiba malam ni tergerak pula hati nak tulis sajak buat suami. I knew my bahasa is tunggang langgang, tapi I'm pretty sure one day suami akan baca jugak sajak ni. I knew you are super duper busy ustaz, buat you are good a good 'stalker' of mine. hehe :D 

Suamiku
Di saat dikau melafazkan
Satu lafaz janji
Ikatan hidup semati
Ku amat dihantui dengan gelisahnya hati
Benarkah pilihan ini
Benarkah imam ini
Benarkah nakhoda ini
Akan memimpinku sepanjang hayat
Alhamdulilah
Tuhan telah menunjukkan jalanNya
Dikau akhirnya menjadi suamiku

Suamiku
Selama lebih 2 dekad
Ku dikasihi sepenuh hati
Dicurahi kasih dan sayang
Semuanya tidak bertepi
Itulah kasih kedua orang tuaku
Namun dihari perjanjian itu
Dikau datang memberi cintamu
Lantas mereka tanpa gusar melepaskanku

Suamiku
Ku amat bersyukur pada Tuhan
Kerana asbab Tuhanlah kita bertemu
Kerana Tuhanlah jua
Kita ditakdirkan bersatu
Segala puji bagi Allah
Yang Maha Mendengar dan Memahami
Akan isi hati hambaNya
Meminta agar dikurniakan
Pasangan bersama menuju syurgaNya

Suamiku
Hampir sebulan bersamamu
Adalah dunia asing dan baru bagiku
Ku belajar segalanya tentangmu
Ku dimuliakan sebagai ahli baru keluargamu
Ku amat gembira atas kurniaan ini
Segalanya indah apabila dikenang kembali
Diriku yang berbeza denganmu
Semuanya dikau terima tanpa apa syarat
Benarlah cinta itu hadir tanpa syarat
Kita menerima dan memberi
Segala kekurangan dan kelebihan
Tanpa ada rasa sangsi dan keraguan

Suamiku
Hampir dua bulan sudah
Diriku ini berada di rantauan
Dalam usaha menuntut ilmu
Memasang cita-cita
Berbakti untuk masyarakat
Dikaulah pembakar semangatku
Dikala ku kelelahan
Dikala ku dilambung ombak
Agar kembali meneruskan
Perjuangan di medan ilmu ini
Ku sentiasa meminta untuk difahami
Namun ku lupa untuk memahami
Lantas ku belajar 
Apa itu erti memahami
Memahami itu ertinya memberi..
Dan menolak kepentingan diri

Suamiku
Dikau seorang yang sangat hebat padaku
Cita-citamu sentiasa cerah di hadapan
Dikau harungi segala cabaran
Dikau berkorban sehabis daya
Untuk sentiasa cemerlang dan hebat
Dalam arena akademikmu
Benarlah kata pujangga
Syurga itu hebat
Penghuninya juga adalah hebat!
Semoga Allah kurniakan syurga buatmu wahai suamiku

Suamiku
Ku doakan semoga dikau
Menjadi seorang anak yang soleh
Taat pada ummi dan ayahmu
Abang yang penyayang buat adik-adikmu
Semoga dikau menjadi inspirasi
Buat anak-anak muridmu
Semoga dikau menjadi
Seorang mukmin yang soleh
Seorang pelajar yang cemerlang 
Seorang suami mithali
Pembimbing buat diriku dan anak-anak
Semoga dikau menjadi ikutan 
Tauladan buat zuriat kita

Suamiku
Moga segala doa dan harapanmu
Ditunaikan oleh Allah
Semoga dikau menjadi insan hebat
Di dunia mahupun akhirat

Isterimu,
NourelHousna, Tanta 22.11.12

Thursday, 8 March 2012

Anak-anakku..~

Anak-anakku
Ingin ibu khabarkan bahawa
Allah itu Maha Pengasih
Jua lagi Maha Penyayang


Secebis rasa
Anugerah Allah ini
Amat ibu hargai
Agar ibu dapat menyayangi
Jua mengasihi anak-anak
Dengan sepenuh hati


Anak-anakku
Lama sebelum kamu dilahirkan
Ibu cuba mendidik diri ibu
Agar tabiyah ibu ini
Bisa meresap dalam jiwamu
Agar roh perjuangan ini
Akan diteruskan olehmu


Anak-anakku
Dalam hidup yang kian mencabar
Akidah semakin longgar
Ibadah semakin tawar
Akhlak semakin pudar
Hati jua bertambah gusar
Ibu terus jua melangkah
Dengan harapan penuh pasrah


Anak-anakku
Besarlah kamu nanti
Dengan jiwa yang besar
Matlamat yang jelas
Berlembutlah dengan tindakanmu
Namun tegaslah dalam prinsipmu
Jadikan Allah sebagai tujuan hidupmu
Jadikan Rasul sebagai ikutanmu


Anak-anakku
Jadikan ilmu sebagai sahabat karibmu
Kerana dengan ilmu
Bisa menerangi dunia walau tanpa cahaya
Dengan ilmu
Kamu dapat mengenali
Erti hidup yang sebenar


Anak-anakku
Didiklah hati
Agar sentiasa takutkan Allah
Lembutkan hatimu
Dengan zikrullah
Air matamu keranaNya
Adalah jauh lebih baik
Dari dunia dan segala isinya


Anak-anakku
Walau kasih mana sekalipun ibu
Tiadalah terbanding dengan kasihNya
Jika di dunia kita tidak bertemu
Yakinlah pada janjiNya
Disana kita akan bertemu jua


Anak-anakku
Bertaqwalah kamu
Ibu amat menyayangimu
Sepenuh hati ibu
Walau ibu tidak pernah
Bertemu denganmu..


[Ibu to be]