Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 29 November 2011

Pemikir dan Pelaksana~


Bismillah walhamdulillah.


A : "Kamu, B, sila pergi ke kedai buah. Beli seikat pisang."

B : "Baiklah. Saya pergi sekarang."

Si A, memberi arahan kepada B untuk melaksanakan satu tugasan. Maka si B terus menerima dan menjalankan tugasan dengan baik.

_______________________________


Situasi diatas berlaku di antara seorang pemberi arahan dan pelaksana arahan. Pemberi arahan tidak akan mengeluarkan arahan sebelum adanya buah fikiran untuk mengeluarkan arahan tersebut. Ringkasnya, Si A adalah seorang pemikir kepada sesuatu masalah dan bertindak memberi arahan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Si B hanya melaksanakan arahan.

Persoalan.

Tanpa kita sedari, manusia telah diciptakan oleh Allah s.w.t dengan pelbagai karakter. Dalam hal ini, terdapat dua jenis karakter manusia yang berbeza digambarkan melalui situasi di atas.

Seorang berkarakter sebagai seorang pemikir. Seorang berkarakter sebagai seorang pelaksana.

Realiti.

Lazimnya kita akan temui dua jenis karakter ini dalam sebuah persatuan, gerakan dan sebagainya. Kedua-dua karakter ini diibaratkan seperti simbiosis iaitu mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Seorang pemikir tidak mampu untuk melaksanakan sesuatu tanpa adanya pelaksana dan begitulah sebaliknya.

Kerap kali berlaku perbalahan yang timbul daripada golongan pemikir yang mendakwa bahawa golongan pelaksana adalah golongan yang 'malas berfikir'. Benarkah?

Jika benar, apakah tidak perlu adanya golongan pelaksana dalam sesuatu pertubuhan?

Bolehkah dibanggakan dengan ramainya golongan yang mampu berfikir hebat dalam sebuah gerakan tanpa adanya golongan pelaksana agenda yang difikirkan?

Inilah yang perlu diambil beratkan oleh empunya organisasi atau pemimpin teratas. Mereka perlu bijak mengatur dan meletakkan figura-figura yang bertepatan dengan kedudukan dan kemampuan masing-masing. Silap atur langkah, padah menanti untuk jangka masa panjang.

Anda dimana?

Jika anda dianugerahi dengan kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, teruskan usaha anda agar buah fikiran anda memberi manfaat untuk masyarakat dan umat. Dalam masa yang sama anda perlu belajar untuk menjadi pelaksana yang baik kerana kerapkali golongan pemikir dilanda masalah ego yang tinggi lantaran mereka sentiasa diberikan penghormatan yang tinggi dalam sesebuah organisasi.

Jika anda seorang yang berkecenderungan tinggi sebagai seorang pelaksana, teruskan usaha anda tanpa merasakan keraguan dan rendah diri dalam melaksanakan setiap arahan yang diberikan. Namun, anda harus sentiasa menggilap dan melatih akal fikiran untuk sentiasa berfikiran kreatif agar faedahnya boleh menyumbang ke arah kemajuan umat.


Sebenarnya hubungan karakter pemikir dan pelaksana mempunyai nilai yang begitu berharga jika digabungkan dalam keadaan yang betul bahkan boleh menjana sinergi yang hebat. Tiada pihak yang lebih dan kurang malahan kedua-dua golongan ini sememangnya saling memerlukan di antara satu sama lain.


Perlu diingatkan, kita manusia dianugerahkan dengan kelebihan dan keistimewaan sendiri. Oleh itu, setiap kelebihan yang ada mestilah digunakan dan dilorongkan ke arah jalan yang sepatutnya dan tidak boleh disia-siakan begitu sahaja.


Sebagai manusia yang banyak dipertanggungjawabkan dengan pelbagai amanah, kita semestinya pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan. Adakalanya kita perlu untuk menjadi seorang pemikir yang baik dan adakalanya kita perlu untuk menjadi seorang pelaksana yang baik.


Siapa pun kita, itu tidak penting. Sama ada kita mampu untuk menjadi pemikir mahupun pelaksana yang baik, itu bukanlah titik ukurannya. Dalam melaksanakan sesuatu amalan, Allah memandang pada ikhlasnya niat amalan tersebut.

Pemikir dan pelaksana.

Tiada beza.

Bahkan saling memerlukan antara satu sama lain.

Wallahualam.





Monday, 31 October 2011

Seimbas lalu Forensic & Toxicology~



Bismillah walhamdulillah

Hampir sebulan kuliah telah berlalu. Tahun ini, tahun 4 Kuliah Perubatan Universiti Tanta dimulakan dengan round Forensic & Toxicology Medicine. Diikuti dengan ENT, Public Health dan akhir sekali Opthalmology. Alhamdulillah! ^__-

Saya tergerak untuk menulis sesuatu setelah habis satu siri kuliah hari ini. Bermula dengan tajuk Child Abuse (penderaan kanak-kanak) , Pregnancy (hamil), Abortion (pengguguran) Delivery (bersalin) dan Sexual Offences (jenayah seksual).



Child Abuse (penderaan kanak-kanak)

Hati diruntun sedih dan geram apabila ditayangkan pelbagai jenis penderaan yang berlaku terhadap kanak-kanak. Ya, ada kecederaan disebabkan oleh ketidaksengajaan. Itu boleh dimaafkan. Bagaimana dengan hal penderaan? Anak-anak adalah amanah yang sangat berharga daripada Allah swt. Mereka adalah penyeri hidup. Namun, mungkin disebabkan tekanan hidup dan pelbagai masalah yang melanda, anak-anak yang masih kecil dijadikan objek untuk melepaskan geram. Inilah kesilapan yang berlaku. Sadis.

Antara sebab kanak-kanak menjadi mangsa penderaan adalah :

1-Kandungan diluar kemahuan
2-Anak cacat
3-Pendera dipengaruhi dadah dan alkohol
4-Pendera mengalami masalah psykiatri


Antara kes penderaan yang tertinggi dicatatkan adalah melibatkan lecuran dan luka. Ianya adalah kesan dari tamparan, cubitan yang kuat, dan gigitan. Melecur pula disebabkan oleh seterika panas, cairan panas dan cucuhan puntung rokok.





Ada juga kes yang melibatkan retak dan patahnya tulang terutamanya di kepala dan anggota kaki dan tangan. Banyak kecederaan di kepala menunjukkan heamatoma iaitu pendarahan. Selain itu, antara kecederaan serius yang direkodkan adalah melibatkan kecederaan organ-organ dalaman seperti usus, hati dan limpa. Semua kecederaan ini boleh menyebabkan kematian apabila sampai di tahap yang serius.





Antara penderaan lain yang berlaku ke atas kanak-kanak adalah penderaan emosi dan pengabaian penjaga ke atas anak-anak. Ini termasuklah kegagalan untuk menyediakan keperluan kasih sayang, fizikal dan kemahiran komunikasi.


Banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan berlakunya masalah penderaan ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa ini. Usah jadikan mereka tempat untuk dilepaskan segala-galanya. Kanak-kanak adalah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah untuk disayangi dan dididik dengan penuh kasih sayang.

Sekian.

Sunday, 2 October 2011

Kerabu Gargil..~

Bismillah Walhamdulillah

Hari ini saya berkesempatan mencuba resepi baru.. Biasa kita dengar kerabu mangga, taugeh atau pegaga. Tetapi disebabkan tiadanya 'tumbuhan' tersebut di bumi Mesir ini, saya menukarkan 'tumbuhan' tersebut dengan gargil.. ^____^

Gargil?

Gargil sangat popular di Mesir. Biasanya dibuat ulam dan dimakan bersama nasi. Rasanya agak pahit dan kadang kala pedas di akhir kunyahan.. Itulah yang saya rasa. Khasiat?Wallahua'lam.. Namun, jika asalnya pun sudah dari jenis sayuran, mestilah mengandungi vitamin :)

Pada mulanya, saya ingin buat 'ayaq asam' (popular di Kedah). Namun bila terlihat gargil seperti pegaga, jadinya saya potong halus-halus dan masukkan sahaja dalam air asam tersebut. Maka jadilah kerabu secara tidak sengaja :)


Bahan-bahan :

[Hidangan 5 orang]

3 ulas bawang besar
5 biji cili hidup
2 biji tomato
5 biji limau nipis
1 ekor ikan ( Tuna afdhal )
Sedikit belacan
Garam
Gula

Cara-cara :

Rebus ikan sampai masak. Ambil isinya.

Racik separa halus bawang, cili hidup, tomato dan gargil.

Campur dan gaulkan semua bahan dengan isi ikan.

Perah limau nipis dan masukkan secubit belacan.

Sedikit gula dan garam secukup rasa.

[Air boleh ditambah jika campuran terlalu kering]

Siap!! :)

Maaf tiada gambar. Insya Allah menyusul kemudian. Tadi terlupa nak ambil.. :D


Thursday, 22 September 2011

Bokeh..?

Bismillah Walhamdulillah


Today I want to share something. Sharing is caring right? ^__^

I do not know when my interesting in photography began. Maybe last 2 or 3 years ago. When I see something, I'm trying to think about it. So, photos are one of that. A photo sometimes tells us more than a picture. High value and meanings.


Bokeh


One day, when I surfing and searching for a picture, I found Ustaz Azhar Idrus site. "Bokeh Pah Ceroh". Bokeh? What is bokeh? So.. wikipedia answered it. Thanks!



"The term comes from the Japanese word boke (暈け or ボケ), which means "blur" or "haze", or boke-aji (ボケ味), the "blur quality". The Japanese term boke is also used in the sense of a mental haze or senility.The term bokashi (暈かし) is related, meaning intentional blurring or gradation." [source]



1- No bokeh/ blur
2- Synthetic bokeh
3-Gaussian blur



Description

Although difficult to quantify, some lenses enhance overall image quality by producing more subjectively pleasing out-of-focus areas. Good bokeh is especially important for large-aperturelenses, macro lenses, and long telephoto lenses because they are typically used with a shallow depth of field. Bokeh is also important for medium telephoto "portrait lenses" (typically 85–150 mm on 35 mm format) because in portraiture photography, the photographer typically seeks to obtain a shallow depth of field to achieve an out-of-focus background and make the subject stand out.



Bokeh characteristics may be quantified by examining the image's circle of confusion. In out-of-focus areas, each point of light becomes an image of the aperture, generally a more or less round disc. Depending how a lens is corrected for spherical aberration, the disc may be uniformly illuminated, brighter near the edge, or brighter near the center. Lenses that are poorly corrected for spherical aberration will show one kind of disc for out-of-focus points in front of the plane of focus, and a different kind for points behind. This may actually be desirable, as blur circles that are dimmer near the edges produce less-defined shapes which blend smoothly with the surrounding image. Lens manufacturers including Nikon, Minolta, and Sony make lenses designed with specific controls to change the rendering of the out-of-focus areas.

[source]

Lets Bokeh!

May our Bokehs' be benefits for others ^__^

Wednesday, 14 September 2011

Sedikit Ulasan..~







Bismillah Walhamdulillah


Semalam, saya ikut abah ke Bandar Temerloh untuk perbaharui cukai kereta. Selepas selesai, saya minta abah singgah sebentar di kedai buku Al Hidayah. Terlalu banyak buku yang menarik. Tidak kira yang lama atau baru.. terasa ingin beli semua. Tapi apakan daya..^__-

Sebelum membayar buku-buku yang saya ambil, mata saya terpaku pada sebuah buku ini. Tajuknya menarik. "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul" karya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Buku tersebut berbalut kemas dengan plastik. Jadinya, hanya kulit depan dan belakang sahaja yang boleh saya belek sebelum beli. Entah mengapa, saya tidak berfikir panjang untuk membelinya..

Buku ini sangat baik untuk dibaca semua peringkat. Remaja, bakal pengantin, pengantin baru, para suami dan isteri serta ibu bapa sekalipun.. Gaya bahasa yang mudah difahami ditambah pula dengan halusnya nasihat amat-amat menyedarkan diri yang alpa dan leka ini.. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah kerana sentiasa memberi peringatan kepada manusia yang mudah lupa ini.

Buku ini hanya mempunyai 88 muka surat. Namun, isinya cukup padat dengan nasihat yang berguna dan releven untuk diamalkan.

Penulis menceritakan mengenai pengalaman hidup seorang gadis bernama Qani'ah bertemu jodoh dengan pasangannya Dr Muslih.

Sebagai seorang gadis, sejujurnya saya amat kagum dengan ketegasan Qani'ah dalam bab agama. Lemah lembut sikapnya tidak menghalang ketegasan prinsip dalam hatinya.. Subhanallah.. Qani'ah bertegas bahawa cintanya hanya untuk suaminya. Tidak sesekali Qaniah menyerahkan cintanya kepada seorang lelaki sebelum bergelar isteri.


Qani'ah juga ada mengkhabarkan 9 kesan cinta sebelum kahwin. Antaranya ialah :

1- Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
2- Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya.
3- Hati akan terseksa dengan barah rindu.
4- Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
5- Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
6- Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
7- Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
8- Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
9- Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang kepada peribadi zuriat kami pastinya.


Allahu Allah.. cukup jelas perkongsian dan nasihat Qani'ah.


Antara lain nasihat yang dikongsi Qani'ah untuk remaja dalam buku ini ialah :

1- Tegas dengan prinsip diri
2- Meletakkan misi yang jelas dalam hidup
3- Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
4- Mengekang hawa nafsu
5- Mendekati majlis ilmu
6- Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah
7- Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan

Dalam Bab 2, Qani'ah menceritakan kisahnya bertemu dengan Dr Muslih. Qani'ah sangat kagum dengan cara Dr Muslih yang amat menitik beratkan soal agama dalam kehidupan. Qani'ah benar-benar jatuh cinta dengan peribadi Dr Muslih yang pandai menghormati orang tuanya. Pastinya istikharah mendahului dalam setiap keputusan Qani'ah. Berbekalkan beberapa petunjuk dan tenangnya hati, Qani'ah menerima lamaran Dr Muslih walaupun tidak mengenali rupa paras terdahulu.. Subhanallah.

Itulah serba ringkas cerita dalam bab-bab awal mengenai Qani'ah dalam buku ini. Walaupun karakter diri Qani'ah seakan-akan tidak wujud kerana terlalu sempurna di mata manusia seperti kita, namun tidak salah untuk kita mencontohi akhlak mulianya dalam kehidupan. Kita sebagai manusia biasa yang dicipta dengan pelbagai kelemahan, hendaklah sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Sungguhpun kita pernah jatuh di lembah hina, Allah tidak sesekali pernah berpaling dari kita. Allah sentiasa membuka pintu taubat pada hambaNya yang ingin kembali ke jalan yang benar..

Sesungguhnya Allah tidak zalim, melainkan kitalah yang menzalimi diri sendiri.. Astaghfirullahal 'azim.


Wallahua'lam


Tuesday, 13 September 2011

Phuket Trip..~


Bismillah Walhamdulillah

Selamat Hari Raya semua ^__^. Kullu sanah wa antum bikhair :)

Entry kali ini, saya ingin ceritakan sedikit pengalaman mengembara ke Pulau Phuket, Thailand selama 3 hari dua malam. Mesti ramai yang pernah dengar nama pulau ini dan sebahagian besar akan terdetik pandangan negatif kepada orang yang melancong ke sana. Tunggu dulu, apa-apa pun,jom..kembara bersama saya!!




Where is Phuket Island?








Banyak cara untuk ke sana. Antaranya :


~ Flight [ Air Asia banyak trip]

~Star Cruise [ Banyak dari Penang-Phuket]

~Memandu sendiri [ Dari sempadan Malaysia Thailand : Bukit Kayu Hitam(Sadao) - Phuket mengambil masa kira-kira 7 jam perjalanan]

p/s : Insurans kereta, ikut hari & jenis kereta. minima 9 hari. harga : rm20.00 (++). banyak kedai insurans sepanjang highway di Changlun.





First~

Imigresen Bukit Kayu Hitam







Next~ Just drive : Sadao-Phattalung-Trang-Krabi-Phuket









Scenes along the highway~































Kami sampai di Komaree Manson Hotel hampir jam 7.30 malam. Perbezaan waktu adalah satu jam. Thailand lewat satu jam dari Malaysia. Kami terus check in di Komaree Manson Hotel. Satu satunya hotel pemiliknya adalah beragama Islam. Dan lebih bertuah, seorang pekerja (tour agent) di hotel tersebut boleh bertutur Bahasa Melayu loghat Pattani.

Dalam keadaan yang agak letih, kami keluar makan. Tidaklah susah mana untuk mencari makanan halal. Lebih mudah jika mencari gerai-gerai di tepi jalan. Pastikan ada sticker halal. Banyak juga peniaga makanan yang menutup aurat.. Alhamdulillah ^__^

Sebelum pulang hotel, sempat kami jalan-jalan sekitar gerai-gerai sepanjang jalan di Pekan Patong. Terlalu banyak cenderahati, baju2 untuk bersiar di pantai dan macam-macam lagi. Dan semestinya, 'ayam-ayam sakit' menawarkan khidmat di tepi-tepi jalan.. Astaghfirullah..@__@
Kota ini menjadi seolah-olah Las Vegas apabila terbenamnya matahari. Penuh dengan konsert-konsert dan bar.. Dan semestinya pelancong berkulit putih memenuhi ruang disini.









Day 2~

Bermulalah kembara kami. Seawal jam 8 pagi, kami keluar mencari sarapan. Pakcik saya bersungguh-sungguh mahu kami mencuba menu "Pulut Ayam". Memang sedap. Pulut yang dikukus (agaknya) dimakan bersama ayam gorang berempah dan bawang goreng. Simple! Menu lain antaranya Nasi Kuning dan Nasi Ayam. Untuk air, kami tak tahu nak minta macam mana.. Lastly, hanya minum air masak setelah setiap orang diberikan cawan berisi ais.

Saya memang puji cara hidangan makanan disana. Setiap gerai yang kami singgah, pasti ada ulam ulaman yang dihidangkan. Ulam kan bagus untuk kesihatan..^__-







Kami meneruskan perjalanan dengan kereta meronda Pulau Phuket. Bermula dari Patong Beach kami menuju ke Koran Beach dan akhir sekali ke Kata Beach. Tak sempat habis juga satu pulau. Hanya satu per tiga sahaja saya kira.. Dan pada tengah hari, kami membeli belah di Old Town Phuket. Tempat jualan tersebut teletak di sepanjang jalan di tepi pantai.



















Next~

Kami berpeluang menunggang (?) gajah. Wah! Pengalaman pertama naik gajah.. :)

Serius, sangat takut. Adik saya yang kecil memang meraung dah takut. Tapi lama-lama dia pulak yang suka lebih..







Emak pula bila berjumpa dengan orkid.. memang tak lepas! Sangat murah harganya jika dibanding di Malaysia. Average harga satu pasu antara RM5-RM10 sahaja.




Kami pulang ke hotel dan keluar makan malam. Sempat juga melihat pekan Patong dari dalam kereta.. Terlalu banyak pusat urut dan spa.. Dan semestinya servis **** tersedia. hmm..



Next~

Kami check out hotel dan bersarapan. Kami meronda lagi melihat pekan-pekan yang ada. Setelah puas, kami pun berangkat pulang.. Kami tiba di Kedah jam 8.30 malam setelah hampir 10 jam perjalanan dari Pulau Phuket. Walau letih, tapi puas :)

Fakta ~

Duit : RM 1 lebih kurang 10 Baht

Jambatan Sarasin : Jambatan yang memisahkan Pulau Phuket dan tanah besarnya

Highway : Tiada gangguan dari polis trafik seperti Malaysia. Bebas memotong di lorong kiri dan kanan.

Kenderaan : Kebanyakan dari jenis Toyota Hilux dan Fortuner. 80% barangkali.






Kami sempat singgah sebentar di Hat Yai. Bandarnya sangat penuh dengan lorong-lorong kecil dan dipenuhi dengan gerai makanan. Ramai juga pelancong dari Malaysia. Biasalah..sempadan. Tidaklah jauh mana dengan Malaysia.







Setakat ini sahaja..Wallahua'lam ^__-



"Berjalan..bermusafirlah..melihat kebesaran Tuhan yang menciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaanNya.."

Saturday, 27 August 2011

Bubur Lambuk Gombak..~

Daun bawang & Lobak masin

Sup daging


Bubur lambuk


Bismillah Walhamdulillah

Akhirnya, Ramadhan akan pergi jua. Sebulan berlalu tidak terasa.. Allahu rabbi, cepatnya masa berlalu. Semoga kita tidak menjadi hamba Ramadhan.

Semalam, saya teringin nak makan bubur lambuk. Bila diutarakan pada super chef@ Mak, mak bagi cadangan untuk buat bubur lambuk Gombak. Haa? Kenapa mesti ada nama Gombak. Jom tengok sama-sama resepi ^__^


Bahan-bahan :

Beras
Halia
Jintan manis
Udang kering
Lobak merah
Kentang
Daging
Bawang merah & putih
Sub bunjut
Garam


Step 1 :

Rebus daging (untuk sup dan sedikit hirisan dalam bubur)
Rebus beras dengan air ( nisbah 1 beras : 5 air)

Step 2 :

Blend jintan manis dengan sedikit air sampai halus
Blend udang kering separa halus

Step 3:

Setelah nampak beras agak mengembang, masukkan lobak merah dan kentang yang telah didadu.
Masukkan halia,jintan manis dan udang kering blended.
Garam mengikut keperluan.

Step 4:

Masukkan sedikit air rebusan daging dalam bubur. Hiris nipis sedikit daging dan masukkan dalam bubur. Biarkan bubur mereneh dengan api perlahan sehingga nasi betul-betul separa hancur. [ Kalau nampak kering, tambahlah air rebusan daging tadi]

Step 5:

Buat sup daging. Masukkan sup bunjut. Tumiskan bawang secara asing dan masukkan dalam sup. Tambah garam sedikit.


Dah siap! Senang kan? :D

Boleh hias bubur dengan daun sup, lobak masin dan bawang goreng. Dan jangan lupa, sup daging dimakan dengan bubur. Selamat mencuba!! :)

Ops, p/s~ Bahan-bahan tiada sukatan. Ikut suka. Asalkan masak dengan penuh KASIH SAYANG ye ;)

Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan ini..~


Bismillah Walhamdulillah

Sudah hampir tiga minggu saya berada dirumah. Rutin harian lebih kurang sama. Cuma adakalanya sesekali saya keluar ke bandar menyelesaikan urusan urusan yang sepatutnya.

Rindu

Jika ditanya adakah saya rindu? Ya! Saya rindu. Rindu pada Tanta. Saya rindukan suasana Ramadhan di sana. Lebih lebih lagi pada sahabat-sahabat disana. Apa khabar lah mereka disana.. Mereka adalah sahabat yang tidak putus mengingatkan diri yang lalai ini agar segera kembali mengingati Allah.. Sungguh, antara nikmat yang terbesar dalam hidup saya adalah dikurniakan sahabat sahabat yang beriman dan mereka membantu menjaga iman saya.. Alhamdulillah

Apa ada pada Ramadhan?

Semakin meningkat usia, semakin saya rasakan kedatangan Ramadhan adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Tidak sama penghayatan saya pada Ramadhan ketika saya masih kanak -kanak, remaja dan ketika memasuki alam pra dewasa ini.

Tahun ini, tidaklah bazar Ramadhan menjadi tumpuan utama saya. Bagi saya, berbuka puasa ala kadar adalah terbaik. Lebih 'ringan' untuk berterawih. Saya lebih selesa jika abah sahaja yang pergi membeli juadah. Dengan hanya dua tiga jenis kuih, itu sudah mencukupi. Mak pula, biasalah.. suka memasak. Ada sahaja menu istimewa di rumah. Sehinggakan dapur adalah tempat asing bagi saya ketika bercuti ini. Ala kulli haal, Alhamdulillah atas segala rezeki yang Allah kurniakan.

Bulan Ramadhan ini, Allah janjikan pelbagai keistimewaan. Bulan ini, adalah peluang terbaik untuk kita merehatkan sedikit sistem tubuh. Namun, berlainan pula untuk rohani. Ramadhan menyediakan peluang yang amat luas untuk 'mengenyangkan' rohani. Masakan tidak, bermula dengan sahur, berpuasa, tadarus di siang hari dan dilengkapi dengan terawih di malam hari. Amalan-amalan tersebut berupaya mengurangkan kita dari terjebak melakukan 'dosa harian' sebelum ini. Tatkala menanti subuh selepas sahur, gunakanlah peluang tersebut untuk bertahajud. Indah bukan? Tepuk dada, tanyalah iman kita.. Antara mahu atau tidak sahaja.

Semoga selepas Ramadhan kali ini, kita berjaya menjadi insan yang terhapus dosa-dosa yang lalu..InsyaAllah

Kematian

Banyak berita kematian yang menyapa di telinga sebelum Ramadhan kali ini.. Antaranya ialah tokoh pejuang Islam yang saya kagumi dari dahulu lagi iaitu Allahyarhamah Dr Lo' Lo'. Saya selalu mengikuti perkembangan beliau. Bermula dari blog, facebook dan twitter beliau di facebook. Beliau adalah doktor perubatan dan mampu untuk bergiat aktif dalam perjuangan. Di situlah inspirasi saya tercetus. Saya yakin bahawa kehilangan beliau akan melahirkan lebih ramai lagi insan yang akan menyambung perjuangan ini..InsyaAllah

Takziah untuk sahabat saya Madeehah Rasid yang kehilangan adiknya sehari sebelum Ramadhan.. Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan para solehin.

Sungguh, kematian mengingatkan kita yang alpa ini supaya kembali mengingati hakikat kejadian diri. Mati itu pasti dan tidak diketahui bila pula giliran kita..

Perkahwinan

Sedar tidak sedar, ramai sahabat saya telah membina masjid dan tidak lama lagi akan menyusul pula beberapa pasangan lagi. Tahniah! Barakallahulakuma wajama'a bainakuma fi khair :)

Nurussolehah & Naazir
Mardiati & Yussamir
Munirah Rasyid (bakal..)
Kak Liyana (bakal..)


Juga kepada yang telah selamat memperolehi cahaya mata penyeri keluarga. Semoga anak kalian menjadi mujahid soleh insyaAllah :)


Wan Sufiah & Ust Juzaili
Izaidah
Kak Bahiyah & Ust Nazir

Harapan

Semoga Ramadhan kali ini, kita dapat hargai sebaiknya. Mungkin kita tidak akan berjumpa lagi di masa akan datang. Ramadhan akan berlalu seperti biasa, cuma kita sahaja yang memilih untuk menjadi 'biasa' atau 'luar biasa' pada Ramadhan ini..

Wallahualam

@Felda Bukit Mendi



Monday, 25 July 2011

PadaMu..~




Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satupun guru mampu menjawab
Hanya padaMu kubertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karena luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku
Rahsia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Lagu asal : Krisdayanti [Menanti Cinta]

Saturday, 16 July 2011

Transit Dunia~

Bismillah Walhamdulillah


Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana saya telah tamat menghadapi peperiksaan (dan result sebenarnya masih belum keluar).

Tatkala entri ini ditulis, saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain. Transit selama 8 jam untuk meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia. Masih berbaki 30 minit sebelum check in dan harapnya laptop mampu bertahan untuk saya nukilkan idea disini.

Pelbagai keadaan penumpang yang transit disini. Ada yang tidur di atas lantai. Ada yang anak kecilnya menangis dan meraung. Ada yang kelihatannya begitu fokus dengan laptop lantaran free wifi disini (sayalah tu).

Kepelbagaian ragam penumpang disini, mengingatkan saya akan perihal hidup kita sendiri. Dunia hanyalah tempat transit sebelum kita menuju ke negeri kekal abadi nanti. Di dunia, manusia dihidupkan dengan pelbagai watak dan gaya. Semuanya harus kita fikir dan renungkan sedalamnya mengenai hikmah pada setiap watak yang Allah jadikan.

Ada yang kaya.

Ada yang kemas.

Ada yang sihat.

Ada yang kerdil.

Tidak lupa juga, sememangnya ada yang miskin, kurang bergaya, kurang sihat dan terlebih saiz badannya.

Pelbagai gaya dan watak bukan?

Transit di dunia ini sebenarnya mengajar kita untuk membuat pilihan. Saya teringat kata-kata daripada seorang sahabat saya mengenai pilihan dalam hidup ini. Katanya :

"Actually we have no choice even many choices had been given"

Kita diberi pilihan untuk beramal dengan kebaikan lantaran dengan ilmu yang diperoleh ataupun beramal dengan kejahatan lantaran nafsu yang menjadi tukang pandu.

Itulah yang dikatakan kita tidak mempunyai pilihan. Antara pilihan buruk dan baik, semestinya baik yang mesti dipilih. Antara syurga dan neraka, semestinya syurga yang menjadi pilihan.

Semoga dunia ini hanyalah medan transit kita. Bukan tujuan hidup kita. Tempat transit inilah medan untuk kita beramal sebanyak-banyaknya..

Wallahualam

@Bahrain IA



Saturday, 25 June 2011

Berusahalah untuk memahami..~


Bismillah Walhamdulillah.

Entah di mana dan ke mana mood menulis saya menghilang sejak sekian lama. Terlalu banyak isu dalam kepala sebenarnya, namun tidak dapat diluahkan. Disorganized. Scattered. Namun, setiap manusia ada caranya yang tersendiri bagaimana dan di mana setiap fikiran dan perasaan itu diluahkan.

Akhir-akhir ini, saya dapat belajar sesuatu yang baru.

Tentang tabiat manusia.

Fitrahnya, kita suka untuk DIFAHAMI dan selalu diberi perhatian. Ibarat anak kecil. Jika si ibu buat dek sahaja, anak itu akan buat sesuatu agar si ibu memberi perhatian kepadanya. Begitu juga sebenarnya pada kita yang semakin dewasa ini. Namun caranya sahaja yang berlainan.

Kita suka jika kita sering diberi perhatian.

Kita suka jika kita sering dilayan, ditanya khabar selalu, ditanya tentang apa jua berkaitan keadaan diri dan sebagainya. Itu fitrah.

Namun, apa yang saya ingin kongsikan ialah bagaimana pula sikap kita yang tidak mahu untuk MEMAHAMI sahabat lain?

Kita tidak selesa untuk meluangkan masa untuk sama-sama memahami sahabat kita kerana takutkan masa yang tidak mencukupi. Mungkin keadaan tersebut akan mengurangkan waktunya untuk menuntut ilmu..Mungkin juga keadaan tersebut akan memeningkan kepala sendiri!

Proses memahami seorang sahabat biasanya memakan masa yang panjang. Bukanlah sebulan dua. Bahkan bertahun lamanya.. Bermula pada saat pertemuan sehinggalah mata tertutup apabila ajal menjemput. Kita masih dalam proses memahami sahabat tersebut.

Dalam martabat ukhuwah, paling kurang sikap kita pada sahabat yang lain adalah berlapang dada dan boleh juga diertikan berbaik sangka. Bukankah indah apa yang Islam ajarkan?

Seringkali kita bersangka buruk sekiranya sahabat kita bersikap dingin ataupun lain daripada yang biasa. Pelbagai persoalan dan pertanyaan yang tiada jawapan seringkali hadir berlegar-legar dalam kepala.

Disinilah pentingnya untuk kita menjadi pemerhati yang baik. Perhatikan keadaannya dan keadaan sekelilingnya. Boleh jadi penyebab kepada berlakunya perubahan tersebut adalah disebabkan faktor luaran. Boleh jadi juga perubahan sikapnya berpunca daripada faktor dalaman.

Usah takut untuk meluangkan masa untuk sahabat kita kerana Allah akan mengantikan waktu yang diluangkan tersebut dengan waktu yang lebih baik.

Bertindaklah untuk memahami sahabat kita itu dengan jalan yang paling berhikmah.

Teringat kata-kata seorang sahabat saya. Hikmah itu bukanlah bermaksud lembut. Hikmah itu adalah cara yang paling sesuai mengikut keadaan. Jika keras itu perlu, maka cara keraslah digunakan. Jika lembut itu perlu, maka lembutlah yang diperlukan. Dan bersederhana itu adalah yang terbaik.

Fahamilah sahabatmu tanpa syarat.

Dalam proses memahami, kadang kala kita akan terguris dengan sikapnya mahupun kata-katanya. Kadang kala juga perasaan itu membuatkan proses untuk memahami sahabat kita terbantut begitu sahaja. Disitulah berlakunya pertembungan pada niat yang ada. Ikhlaskah kita dalam pekerjaan kita? Dimana keikhlasan yang telah kita pasakkan pada awalnya?

Apa jua cara dan usaha kita, jika kita ikhlas, yakinlah akan jalan dan penyelesaian di akhirnya.

Letakkanlah ikhlas kerana Allah dalam cuba memahami sahabat kita.

Wallahu'alam



Friday, 24 June 2011

CAN I BORROW RM 25 ? ~


A woman came home from work late, tired and irritated, to find her 5-year old son waiting for her at the door.

SON: ‘Mummy, may I ask you a question?’

MUM: ‘Yeah sure, what it is?’ replied the woman.

SON: ‘Mummy, how much do you make an hour?’

MUM: ‘That’s none of your business. Why do you ask such a thing?’ the woman said angrily.

SON: ‘I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?’

MUM: ‘If you must know, I make RM 50 an hour.’

SON: ‘Oh,’ the little boy replied, with his head down.

SON: ‘Mummy, may I please borrow RM 25?’

The mother was furious, ‘If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don’t work hard everyday for such childish frivolities.’

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The woman sat down and started to get even angrier about the little boy’s questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the woman had calmed down, and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that RM 25 and he really didn’t ask for money very often . The woman went to the door of the little boy’s room and opened the door.

‘Are you asleep, son?’ She asked.

‘No Mummy, I’m awake,’ replied the boy.

‘I’ve been thinking, maybe I was too hard on you earlier’ said the woman. ‘It’s been a long day and I took out my aggravation on you. Here’s the RM 25 you asked for.’

The little boy sat straight up, smiling. ‘Oh, thank you Mummy!’ he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his mother.

‘Why do you want more money if you already have some?’ the mother grumbled.

‘Because I didn’t have enough, but now I do,’ the little boy replied.

‘Mummy, I have RM 50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.’ 50 worth of your time with someone you love.

The mother was crushed. She put his arms around her little son, and she begged for his forgiveness.

It’s just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that RM

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


[Article from Al Hikmah Group]

Such a touched story..O Allah, please grant us strength..ameen

Sunday, 19 June 2011

Duhai Hati..~


Duhai hati..
Kau sentiasa akan diuji
Kau sentiasa berbolak balik
Kerana asalmu adalah begitu jua

Duhai hati..
Kau ada dua bisikan
Bisikan kebaikan
Bisikan kejahatan

Duhai hati..
Kau adalah raja
Yang punya kuasa
Mengawal seluruh tenteranya

Duhai hati..
Kau lembut umpama sutera
Usah biar dicalarkan
Dengan hanya secebis serpihan

Duhai hati..
Kau keras umpama batu
Tetapi ingat
Air bisa meluluhkanmu

Duhai hati..
Kau akan sentiasa diuji

Duhai hati..
Kau telah dipandu dengan wahyu
Kau dicerahi dengan akal
Kau diberi pilihan jalan

Duhai hati..
Tabahlah hadapi dugaan
Allah ada bersamamu
Bukan seketika
Bahkan selamanya..

Tuesday, 31 May 2011

Kuih Lopes~

Sekadar gambar hiasan



Bismillah Walhamdulillah.

Di kala musim peperiksaan ini, perut mulalah meminta-minta untuk diisi. Tatkala itu juga, mulalah terbayangkan macam macam menu. Paling sadis, menu yang tak mampu untuk dibuat dek tiadanya bahan dan bakat.. Aduhai, nasib lah anak rantau.. :)

Tiba tiba saya dapat idea nak buat satu jenis kuih ni. Bahan asas, beras pulut. Selongkar lagi, jumpa gula merah. Haa.. dapat dah satu idea. Kuih Lopes!! :D

(Hidangan untuk 5 orang)

Bahan-bahan :

Beras pulut (anggaran 400 gram)

Pewarna hijau

Kelapa parut (Gus Hind@Mesir)

Gula merah (300 gram)

Garam

Gula


Jom masak..;)

1- Masak beras pulut dengan sedikit pewarna hijau. Tambah sedikit garam.

2-Masak gula merah dengan air. Tambah sedikit gula. Untuk lebih pekat, kurangkan air & vice versa.

3-Bila pulut dah masak, buat bentuk bulat ( saiz acuan gelas biasanya & terpulang bentuk apa sekalipun )

4-Salutkan pulut yang dah dibentuk tadi dengan kelapa parut.


Ok, dah siap ;)

Boleh makan pulut hijau bersalut kelapa parut dengan air gula merah tadi. Selamat mencuba!! ;)




Wednesday, 11 May 2011

Kerana insan itu bernama Emak~


Bismillah Walhamdulillah

Entah mengapa hari ini saya terdetik untuk menulis mengenai emak saya. Tiada perkataan mampu untuk diungkapkan betapa saya amat menyayangi emak saya. Kasih dan sayang yang dicurahkan adalah tanpa syarat. Tanpa sekelumit pintaan balasan..

Begitu besar pengorbanan emak. Bermula dengan susahnya mengandung dan melahirkan, diteruskan dengan mendidik. Semuanya melalui proses yang bukan mudah. Proses yang memakan masa yang lama, menuntut pengorbanan, air mata dan sebagainya..

Dalam kehidupan saya, emak adalah insan yang sangat besar peranannya. Saya mengakui, bila memasuki usia awal 20-an ini saya baru menjadi 'amat rapat' jika dibandingkan dengan dahulu.. Mungkin sewaktu peringkat sekolah, saya lebih suka berkawan.. Namun, usia sekarang ini, saya lebih suka untuk berkongsi segala-galanya dengan emak.

Teringat suatu ketika dahulu, dalam kemelut kewangan, emak menjadi 'superwoman' dalam keluarga. Membantu abah mencari rezeki. Hujung minggu turun ke bendang menanam padi. 4 kerja dalam satu masa.. Saya pada waktu itu berada di sekolah menengah, menjadikan kesusahan keluarga sebagai motivasi. Apa yang saya tahu, saya mesti belajar sungguh-sungguh untuk menggembirakan hati mak dan abah. Alhamdulillah, walaupun keputusan tidak segemilang orang lain, sekurang-kurangnya mak abah mampu tersenyum..

Sehingga kini, emak masih bertungkus lumus membantu orang lain dalam hidupnya. Walaupun emak seorang anak perempuan, tanggungjawab emak kepada keluarganya masih diteruskan.. Saya juga bertuah kerana abah seorang yang sangat memahami. Teringat kenangan pada tahun 2003 dan 2004. Tahun yang paling banyak saya tumpahkan air mata (tahun ni pun apa kurangnya).. Saya marah kepada 'mereka' yang memisahkan kami anak beranak. Saya perlukan emak dikala ingin menghadapi PMR.

Tapi apakan daya, jarak Kedah-Pahang membataskan kami. Hampir setiap minggu abah 'memungut' anak-anak di asrama dan berulang alik Kedah-Pahang. Alah bisa tegal biasa. Perjalanan sejauh 6 hingga 10 jam adalah biasa. Ponteng kelas sehari adalah biasa. Abah menguruskan hidup sendiri tanpa emak sepanjang 6 bulan.. Adik yang kecil diangkut sama ke sekolah lantaran tidak jumpa pengasuh.. Sering kali pulangnya kami bercuti di hujung minggu hanya bertemankan rumah yang perlu dibersihkan..Sungguh, menitis air mata bila teringatkan kembali kenangan mengguris jiwa itu.

Namun, ada hikmahnya. Selepas peristiwa itu, kami sekeluarga dapat bina kembali kebahagiaan. Hinggalah sekarang.. Alhamdulillah. Syukur padamu ya Allah kerana sentiasa membantu keluarga ini..

Setiap keluarga, ada kisahnya yang tersendiri. Ada zaman bahagia, ada zaman duka dan ada zaman tragisnya tersendiri. Namun, semuanya terpulang pada kita untuk menilai dengan mata hati. Ambil yang jernih dan buang yang keruh. Pengalaman yang baik, jadikan ikutan dan yang buruk jadikan sempadan.

Hargailah emak, ummi, ibu, mama, mummy dan seangkatan dengannya selagimana mereka masih ada. Jangan esok bila sudah tiada barulah kita menyesal.. Bukan kah kita bakal menyayangi anak-anak kita suatu hari nanti sebagaimana mereka menyayangi kita?

Friday, 29 April 2011

Ten-Ten [10:10]~


Bismillah Walhamdulillah~

Last two days, I got opportunity to go to Maktabah Andalus. I tried to find something good presents for my ex-sc mates. [ cah+jannah+diya+andi+ana+miya] ^_^

When I arrived, the shops were closed since that time they performed Solat Zohor. As always, congregational. Masya Allah! the good deeds that we have to follow consistantly.


While waiting the shops open, I kept staring at the clocks on the wall. Mostly showed the same time : 10.10. Actually, this phenomena always keep crossing in my mind since I was in primary school. But until now, I still couldn't get the absolutely answer. What the significance of the 10.10? Is it controlled by someone or what?

When I turn home, I did search in Mr. Google.


Here what I got~


It has been suggested that the 10:10 position is used because it resembles a smile.

"I too have heard the 'smile' theory, which makes some sense from the emotional marketing perspective. Equally likely is the fact that most manufacturer's trademarks are just above the center pipe, and having the hands at 10:10 causes your eye to naturally follow to the trough, thus bringing your view right to the trademark." - Tom Frank


2- Time of Abraham Lincoln's death

U.S. President Abraham Lincoln died at 7:22 a.m. on April 15, 1865, although he was shot at 10:15 p.m. on April 14, 1865. Although this has been suggested, I doubt that the position of the hands commemorates the time of Lincoln's assassination or death.



1) Symmetrical Look: When the watch is at 10:10 we get a vertical symmetry in the face of the clock. But we get the same with 9:45 or8:20 or some other time. Then why is it 10:10 ?

2) Smiley Look: When we look at a watch at 10:10, we see as if the watch is smiling. It is better to have a smiling face, rather than having a crying face when the time is at 8:20. Well that is one good reason, since it enlightens peoples mind while looking at the ad.

3) Victory: When the clock is at 10:10, the hands are similar to the letter "v" which symbolises victory. May not be the actual reason, but we can say this as one of the reasons.

4) Abraham Lincoln: Many say that it is due to Abraham Lincoln died at that time and so the watches are showing 10:10. But some say that, Lincoln is shot at night at around 10:15, and died in the next day morning at around 7:22. So this ain't the correct the reason.

5) Visibility: When the hands are at 10:10, we have the makers name and other details (if any) clearly visible when they are placed at above or below the center.

6) First Watch: Some say that first watch is made/completed at that time. But why are most companies adopting it ? and in fact clocks are been around for many 100s of years. So this aint the reason.

7) Hiroshima and Nagasaki Attack: Few say, it is because during that time, first atomic bomb was used and in remembrance of all the victimes, all unused clocks or the clocks which are presented in show-cases have the same time of 10:10. But it seems the practise of 10:10 has been in there from 1920s. So I doubt this also.




What a surprise!! Mostly the answers I found, because it resembles a smiling face. I got no idea then..:D




Thursday, 21 April 2011

Jalan PulangMu~



Serik dan perit
Pilu menghiris di jiwa
Tatkala aku mencari cari
Sinar cahayaMu
Ya Ilahi..

Dikala ku tenggelam
Dalam fananya dunia
Dalam tipu daya
Dalam gelutnya kerja
Kau titipkan peringatan..

PeringatanMu
Peringatan demi peringatan
Kadang kala ku nafikan
Ampunilah diri ini Ya Allah..
Kerasnya hati ini
Susahnya menerima tarbiyahMu
Lantaran kepalsuan dunia yang dicari..

Ya Allah
Ku dipersimpangan
Memerlukan secebis kekuatan
Untuk terus berlari
Menggapai maghfirahMu
Mencari redhaMu..

Terlalu berat
Untukku hadapi dugaan ini
Namun ku yakin
Ini adalah yang terbaik
Ujian yang terbaik
Dalam mendidik jiwaku
Agar terus belajar
Dan mencari erti sebenar
Tugasku sebagai hambaMu..

Ya Allah
Ku yakin dengan janjiMu
Kerana Kau tidak pernah
Memungkiri janjiMu..
Bantulah aku
Mencari jalan pulang..