Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Monday 22 November 2010

Adik Sofiyatul Ulya~


Hiba hati melihat anak kecil sedemikian. Mukanya menggambarkan penderitaan yang ditanggung.

Itulah adik Sofiyatul Ulya Mohd Faizol. Sofiya disahkan mengidap penyakit pneumonia (jangkitan pada peparu). X ray yang dikeluarkan menunjukkan tompokan kelabu pada peparu kanannya.

Kronologi

20/11/10

10.30 am
Tiba di Hospital Universiti Tanta. Saya yang pada mulanya sampai terlebih dahulu mencari Jabatan Pembedahan Kanak-kanak. Sesat di jabatan O & G (sakit puan). Puas bertanya siapakah Dr Isam yang dimaksudkan. Alhamdulillah, Najwa dahulu yang menjumpai doktor tersebut walaupun tiba lebih lewat.

Pengalaman melalu Jabatan O & G,memang tidak dapat dilupakan. Kebetulan saya sampai, terdapat seorang pekerja membuang sampah. Dalamnya penuh sampah berdarah. Kembang tekak kerana bau yang tidak menyenangkan. (Oh Tuhan..macam mana nak jadi Dr ni :D)

Sofiya mengalami batuk yang berpanjangan. Banyak cecair/lendiran yang keluar dari mulutnya. Sofiya juga demam. 39'C. Mukanya agak pucat. Kami bimbang. Umminya kadang kala mengeluarkan air mata.. Sayunya hati.

Kes Sofiya sebenarnya telah bertukar pihak. Doktor yang sepatutnya mengawasi, telah memberikan kes ini kepada Dr Muhammad Khidr. Kami hanya mengikut sahaja jururawat yang mengiringi. Terlalu banyak jabatan kami pergi. Ada yang melayan kami sekadar sahaja. Ada yang seolah-olah tidak mahu menerima kedatangan kami. Namun, Alhamdulillah, di Jabatan Paedatrik, kami diterima.

Dr yang bertugas membelek laporan kesihatan dan X ray yang ada. Sofiya diperiksa lagi keadaan jantungnya. Agak lemah. Dr Halah memberitahu Sofiya sepatutnya dimasukkan ke ICU (Intensive Care Unit). Tetapi malangnya, ICU di situ sudah penuh. Dengan hampanya,kami dibawa pulang ke Jabatan Pembedahan Kanak-kanak. Saya telah meninggalkan nombor telefon pada Dr Halah. Mudah-mudahan ada tempat kosong nanti.

Sofiya makin tenat. Kemuncaknya apabila air susu keluar mencurah dari hidung apabila menyusu. Jururawat yang bertugas memanggil doktor. Dr Muhammad terus mengarahkan Sofiya tidak boleh disusukan. Akhirnya, tangan mungilnya dicucuk canula jua. Intravenous Paediment fluid menggantikan susu umminya.Vein susah untuk dicari kerana agak kecil. Banyak tempat dicucuk dan dikeluarkan semula. (Agak sadis jururawat disini..hmm)

Sofiya diberikan bantuan oksigen (nebulizer). Ummi dan abinya pulang sebentar untuk membawa pakaian dan makanan lantaran untuk bermalam di hospital. Sangat menyedihkan apabila sampai satu tahap,Sofiya menangis tanpa suara..Penderitaan yang ditanggung bukanlah sedikit.

Ramai yang datang ziarah Sofiya sejurus lepas asar sehinggalah malam. Lebih kurang jam 10 pm, saya mendapat panggilan dari Dr Halah. Beliau memberitahu ada tempat kosong di ICU. Alhamdulillah!! Saya malu sendiri kerana bersangka buruk sebelum ini. Tidak yakin akan adanya tempat kosong di ICU lantaran Sofiya bukanlah anak Mesir.

Sofiya terus dibawa ke Jabatan Paedatrik. Di ICU,kelengkapan perubatan agak memuaskan. Tidak seperti di wad biasa tadi. Alhamdulillah.

Pemeriksaan awal menunjukkan oksigen dalam darahnya kurang. Sebab itulah Sofiya agak pucat. Saya puas hati dengan layanan dan jagaan di ICU.

Kami pulang lebih kurang jam 12 malam.

Semoga Sofiyatul Ulya terus kuat dan kembali sihat seperti biasa.Sama-sama kita doakan.. :)

Monday 15 November 2010

Kullu Sanah Wa Antum Bikhair~


Bismillah Walhamdulillah


Sedar tak sedar, esok adalah 10 Zulhijjah. Ummat Islam di Mesir ini akan menyambut Hari Raya Al-Adha. Ini bermakna, ini adalah kali ke 4 saya menyambut AidilAdha di Mesir.

Beraya diperantauan tidaklah sama dengan beraya di kampung. Tiada keluarga disisi. Yang ada,hanyalah sahabat-sahabat. Namun, jarak jauh bukanlah menjadi pemisah antara saya dan keluarga. Teknologi sentiasa memudahkan :D

Esok, akan berlakulah pertumpahan darah dari sembelihan binatang korban disini. Seronok melihat kerjasama pelajar-pelajar disini sama-sama bergotong royong menyembelih,melapah dan sebagainya.


Kepada semua, Selamat Hari Raya Al-Adha. Moga peristiwa korban menjadi inspirasi untuk kita supaya sentiasa berkorban apa sahaja demi Islam yang dicintai.



Monday 8 November 2010

Sabar Itu Indah~


Bismillah Walhamdulillah.

Mata sudah mengantuk. Tapi saya gagahkan juga untuk menulis sesuatu.

Sabar. Frasa yang biasa kita tulis dan dengar. Tetapi agar luar biasa untuk konsisten melaksanakannya. Amat payah.

Pernahkah sahabat-sahabat diuji sehinggakan sampai di satu tahap kalian berasa putus asa dan kecewa? Gagal dalam peperiksaan, disakiti rakan, susah nak berubah, dan macam-macam lagi. Itu adalah contoh ujian-ujian yang saya hadapi. Kalau kalian tiada masalah, tak normal tu :D

Sabar.

Apa yang ada pada sabar?

Sabar sangat dituntut dalam banyak perkara. Terutamanya apabila berhadapan dengan situasi yang mencabar. Seperti seorang doktor yang sedang melakukan pembedahan, adalah tidak mustahil untuk berdiri selama 10 jam. Malah berbelas-belas jam untuk satu2 pembedahan yang kritikal. Tapi kuncinya sabar. Jika tergopoh gapah, mautlah yang dicari untuk pesakit. Bahkan, karier juga akan musnah.

Begitu juga kita. Sabar sangatlah dituntut dalam melakukan sesuatu seperti membuat keputusan, menahan perasaan dan sebagainya. Dan paling penting, tujuan sabar itu hendaklah jelas. Bolehkah kita bersabar apabila maksiat dihadapan mata? Kalian tahu jawapannnya.

Tujuan sabar adalah untuk mendekatkan diri pada Allah. Terlalu banyak ayat dalam Al-Quran yang menyebut tentang sabar.

Allah beri ujian, untuk lihat sejauh mana sabarnya kita. Ujian tanda Allah sayang. Jadi, senyumlah tatkala sedang bersabar. Jika tiada kesabaran dalam meniti ujian, hilanglah nikmat kemanisan ujian. Jadi, berusahalah mencari Allah dalam sabar itu. Ada petanda Allah kurniakan ujian supaya kita kembali,bersabar dan merintih pada Allah. Bukankah Allah pencipta kita? Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Indahkah sabar?

Ya. Jika kena pada caranya. Sabar yang mendorong kita ke jalan yang benar. Sabar yang dapat memberi kekuatan rohani untuk lebih maju di masa akan datang.

Peritkah sabar?

Ya. Tetapi pulangannya cukup berharga. Usah berasa susah dan rugi untuk bersabar. Allah telah janjikan pelbagai kenikmatan untuk hambaNya yang bersabar. Ragu lagikah kita pada apa yang telah Allah janjikan??

Akhir sekali, semoga ayat ini menjadi penawar untuk kita yang sedang menghadapi ujian. Moga sabar itu indah~

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah AlBaqarah : 286)