Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 23 September 2008

Jalan-jalan lagi..=)

mastura, me n solehah (uia pj)

bersama sahabat-sahabat tersayang..=)


bersama syarifahzahidah..(dq)



Alhamdulillah..minggu lepas saya telah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama adik dan sahabat-sahabat saya di KL. Hari Jumaat saya pergi Darul Quran dan bermalam disana dan hari Sabtu saya menuju ke UIA Petaling jaya dan bermalam disana juga. Alhamdulillah..terubat rindu apabila sampai di Darul Quran bumi barakah walaupun banyak juga kerenahnya untuk bermalam disana. Apa-apa pun.. Alhamdulillah..selamat sampai..=)

Tuesday 16 September 2008

Selamat Pulang


Assalamualikum.. Alhamdulillah,segala puji kepada Allah dirafa'kan atas kurniaan yang tidak terhitung. Saya telah selamat sampai Malaysia pada 13 September 2008 pada jam 9.40 pagi. Pulang bersama 8 orang rakan-rakan yang lain.. Kepada sahabat-sahabat di Tanta, selamat meneruskan perjuangan berpuasa disana.. Cuti yang singkat ini selama sebulan setengah akan saya cuba manfaatkan sebaik-baiknya. Moga-moga kepulangan saya adalah kepulangan yang dapat memberikan 'sesuatu' yang berharga untuk keluarga saya khususnya. Beberapa hari berada disini saya diserang penyakit mata mesir..=) susah melelapkan mata waktu tidur Malaysia. Selamat bercuti kepada semua.. Namun bukanlah cuti yang sebenar-benarnya. Kita masih banyak tugasan yang perlu dikerjakan sebaik mungkin. Cuti dan rehat yang sebenar-benarnya ialah selepas mati nanti. Kehidupan yang ada adalah medan untuk kita menabur khidmat..InsyaAllah..=)

Wednesday 3 September 2008

Jalan-jalan tambah Ilmu..=)

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama saya tidak menjengah ke ruangan blog saya, hari ini saya berpeluang untuk terus berceloteh..=) Anda mahu baca? Silakan..jika tidak,bolehlah berpindah ke halaman lain..=)
Hari ini saya pulang ke rumah saya di Tanta setelah seminggu lebih merantau ke tempat lain..bermula 3 hari di Kaherah seterusnya 4 hari di Iskandariah. Tentunya pengalaman yang amat berharga bagi saya. Tapi sayangnya saya tidak dapat mengabadikan kenangan-kenangan kerana ketiadaan kamera..Tapi tidak mengapa,bakal menyusul selepas ini..=) InsyaAllah.

Tahun ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa di perantauan. Berpuasa di bumi anbiya',ardhil kinanah..tempat impian saya semenjak dibangku persekolahan lagi. Alhamdulillah..setelah pelbagai ujian dan cabaran ditempuhi dan tentunya takdir Allah telah menetapkan bahawa saya diberi kesempatan ini. Saya amat-amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu Suriati, Suziana, Atie, Hasarus dan Hamidah.. Saya mengenali mereka di IKIP,Kuantan selama seminggu sebelum saya 'terkeluar'..Merekalah teman saya semasa 'menghabiskan' masa di rumah anak-anak Pahang di dataran Haiyu Asyir,Kaherah. Mereka sanggup berpanas menunggu bas selama satu jam menunggu bas untuk ke Hussein iaitu tempat tumpuan para pelancong membeli belah. Terima kasih..jangan serik bawa saya lagi ke sana..=) Banyak la juga saya memborong di sana..Antaranya minyak wangi, cincin kayu kokka, kompang turkey ( kawan pesan..=) dan macam macam lagi. Tidak cukup sepetang berjalan disana.

Setelah 3 hari di Kaherah, saya mengikut sahabat-sahabat saya pulang ke Iskandariah. Mereka adalah pelajar tahun 2 Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah. Mereka amat-amat baik sehinggakan saya dimarahi kerana masuk ke dapur..=) Bertuah badan kalau tinggal dengan mereka sebulan..hehe. Dalam perjalanan ke Iskandariah menaiki keretapi mukayyaf ( berhawa dingin), begitu banyak pemandangan yang mengingatkan pada kampung halaman saya di Kedah. Begitu banyak kawasan pertanian yang menghijau.. Teringat matapelajaran Geografi dahulu yang mengatakan sistem tanaman bergilir adalah untuk menyuburkan tanah. Pokok padi bersebelahan dengan pokok jagung dan beberapa tanaman lain..( saya tak kenal tanaman apa..=)
Ditambah pula dengan sistem pengairan tanaman yang ada, benar-benar mengingatkan saya pada kampung.. Sabarlah duhai hati. Sedikit saja lagi..=) Ada anak-anak arab mandi sungai..Teringat peristiwa saya mandi sungai di kampung waktu kecil dulu. Gelang tangan saya terbenam dalam lumpur kerana saya berusaha mencari kepah.. Sudahnya, saya takut untuk balik ke rumah kerana takutkan arwah tok wan saya marah..=)


Kampung Pulau Ka'in,Tunjang,Jitra


Hari pertama sampai di Iskandariah, saya menginap di rumah Atie. Begitu jua yang lain. Meraikan kedatangan saya..Alhamdulillah, dikurniakan sahabat sebaik mereka. Keesokannya saya dibawa ke Universiti Azhar cawangan Iskandariah ( perempuan sahaja).. Kebetulan mereka ada urusan di sana. Hari pertama puasa Ramadhan disini, saya hanya banyak 'beristirehat' dalam rumah. Namun begitu, masyarakat disini tidak henti-henti memasang alunan bacaan Al-Quran. Saya juga dibawa ke Fathalla.. Lebih kurang pasar raya Giant di Malaysia. Jika dibandingkan dengan Fathalla di Tanta, sangatlah jauh beza saiznya.. Sudahnya, saya memborong barang-barang kering disana untuk dibawa pulang ke Malaysia..=) Masih banyak tempat yang belum dikunjungi lantaran masa yang tidak mengizinkan..InsyaAllah lain kali pula.

Saya juga berpeluang menunaikan solat terawih di masjid. Disana, tiada selawat mendayu-dayu seperti di Malaysia. Suasana agak berbeza..Namun,bacaan imam amatlah jelas dan menusuk kalbu..Alhamdulillah. Hari pertama solat terawih, saya solat bersebelahan seorang wanita yang membawa anak kecilnya sekali. Kadang kala anaknya menarik tudung saya sewaktu sedang sujud. Namun, saya terasa sebak seketika bilamana si ibu sanggup mendukung anaknya sujud bersamanya ketika anaknya menangis.. Menggambarkan bahawa si ibu sanggup buat apa saja untuk beribadat hatta anak menangis kuat sekalipun. Terasa sebak dalam solat saya. Saya? Entah sanggupkah berkorban sebegitu..wallahua'lam

Bersambung..=)