Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 12 April 2012

Bukan Niatku..~

Janji ku
Disuatu ketika
Bahawa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa 
Cuba memalingku dari jalan bahagia
 

Ternyatalah perjalanan ini 

Tidak semudah yang ku tafsirkan 

Jalannya berliku
 
Turunnya berliku
 
Jika tersilap langkah
 
Menyesal sesal selamanya
 

Kasih andai cinta yang kusemai
 
Rapuh menanti ditewas dugaan
 
Maafkan aku
 
Kiranya tak tertanggung

Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku 
Yang tiada berdaya

Kerana bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yag kusemai 
Rapuh menanti ditewas dugaan
 
Maafkan aku
 

Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan 
Mungkinkah ada pengampunan dariMu

Kembalikan fitrah kehambaanku 
Hinanya aku
 

Merayu kepadaMu 
Setelah kering dosa yang kulakukan
 

Maafkan aku 
Yang tiada berdaya
 
Kerana bukan niatku untuk melakukannya





[Bukan Niatku-Devotees]

Monday 9 April 2012

Bagaimana Kita dan Masa..~

Bismillah Walhamdulillah

Akhirnya, ada juga coretan disini setelah sebulan lebih saya bercuti dek kerana laptop saya bermasalah. Ini pun, tumpang laptop kawan..^__^

Sejak kebelakangan ini, saya banyak kali mendengar tazkirah yang dikaitkan dengan masa. Lebih tepat lagi, tazkirah yang menghuraikan Surah Al-Asr.

Allah telah bersumpah sesungguhnya manusia sememangnya akan menjadi  golongan yang rugi. Rugi di dunia juga rugi di akhirat. Melainkan :

1- Golongan yang beriman
2-Golongan yang beramal soleh
3-Golongan yang berpesan-pesan kepada kebenaran
4-Golongan yang berpesan-pesan dengan kesabaran

Jadi, kita dimana? T__T

Diri kita sendiri tahu di mana kedudukan kita. Semoga Allah golongi kita dalam golongan yang keempat-empat diatas. Ameen.

Semakin berlalunya masa, semakin banyak pengalaman yang kita harungi dan rasai. Sepanjang permukiman saya di Mesir yang hampir memasuki 5 tahun ini, banyak pengalaman yang saya perolehi. Segala suka duka, pahit manis bersama sahabat-sahabat di sini, sememangnya akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati.

Peredaran masa sebenarnya mengajar kita banyak perkara. Seringkali masalah dan dugaan yang menimpa, akan memberi kesan yang cukup hebat jika tidak ditangani dengan baik.

Sewaktu kecil, pandangan kasar saya pada kehidupan ini adalah hidup untuk mencari bekalan di hari tua. Bermula dengan belajar di sekolah, universiti, bekerja, berkeluarga dan akhirnya bersenang-lenang bersama cucu cicit di hari tua. Itu pandangan saya sewaktu dulu. @__@

Namun, setelah diberi peluang oleh Allah untuk memahami apakah tujuan kita dihidupkan, persepsi tersebut kian berubah sedikit demi sedikit. Kita dihidupkan oleh Allah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri sepenuh masa kepada Allah. Jadi, apakah belajar dan bekerja dikira sebagai pengabdian kepada Allah?

Ya. Jika setiap perkara baik diniatkan kerana Allah, ianya akan menjadi ibadat. Dan semestinya ibadat wajib tidak ditinggalkan.. :)

Jadi, apa-apa yang kita lakukan hari ini sebenarnya adalah untuk mencari bekalan di akhirat nanti. Dunia juga perlu, namun ia bukanlah matlamat akhir. Matlamat kita mencari dunia ini, adalah sebagai tempat mencari bekalan sebanyak-banyaknya untuk dibawa ke akhirat nanti.

Dalam hidup ini, kita akan dibentangkan dengan pelbagai ujian dan cubaan. Seringkali kita inginkan indahnya perjalanan hidup ini sepi dan sunyi tanpa ujian dan hanya dipenuhi dengan kegembiraan. Namun lupakah kita bahawa jalan ke syurga itu susah dan penuh dengan rintangan? Adakah mudah untuk kita sebagai hambaNya melangkah ke syurga tanpa melakukan apa-apa pengorbanan?

Kembali kepada masa.. Dalam seharian, berapa sangatlah minit kita peruntukkan untuk Allah. Selainnya, kita banyak habiskan kepada perkara-perkara dunia. Jika bukan kerana rahmat Allah yang menjadi penyebab untuk kita layak menghuni syurgaNya, agaknya amalan kita ini tiada nilai disisiNya. Sudahlah berapa minit sahaja dalam sehari, belum dikira mengenai niat dan salahnya cara beribadah..Allahu Allah..

Masa yang berlalu juga, sebenarnya mengajar kita untuk lebih serius dalam kehidupan. Jika diwaktu kecil, kita bebas bersuka ria tanpa ada tanggungjawab untuk difikirkan dan dilaksanakan. Apabila semakin dewasa, kita semakin dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Namun disana, adanya kasih sayang yang kian bertambah untuk mengiringi tanggungjawab yang diberikan. Bukankah Nabi berdakwah dengan kasih sayang dalam melaksanakan tanggungjawabnya?

Dalam kehidupan, kita banyak membuat perancangan demi perancangan. Setiap perancangan yang dilakukan, akhirnya akan kembali kepada tuan perancang kita iaitu Allah. Jadi, sebagai peringatan untuk kita yang mudah lupa ini, sentiasalah berdoa supaya Allah membesarkan jiwa kita untuk menghadapi ujian yang Allah berikan. Ujian datangnya dari Allah, maka Allah jualah yang akan membantu kita menyelesaikannya. Salahnya kita apabila ditimpa ujian, bukan Allah yang menjadi tempat mengadu terutama kita.. Apakah manusia yang lemah kudratnya dapat menyelesaikan masalah?

Allah jualah tempat kita mengadu.

Allah jualah tempat kita bergantung.

Allah jualah tujuan masa yang dikurniakan untuk kita luangkan sepenuhnya.

Wallahualam