Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 19 April 2013

Sahabatku Demam..~

Bismillah Walhamdulillah

Bertemu lagi hari Jumaat dengan keizinan Allah yang indah ini. Minggu ni kemungkinan besar adalah minggu terakhir dalam musim bunga (spring) sebelum musim panas menjelma. Saya sangat suka keadaan seperti ini sebab ianya agak sejuk dan tidak terlalu panas. Maklumlah badan sentiasa panas disebabkan hyperdynamic state due to pregnancy.

Disebabkan pertukaran musim ni, ramai pulak yang jatuh sakit.. termasuklah ahli baitku sendiri, Ili Ab halim. Bermula dengan batuk. Semakin hari semakin teruk. Kemudian semalam dah separuh demam dan ditambah balik rumah waktu malam yang sejuk lantaran menemani saya ke klinik untuk regular check up, hari ini Ili dah mula demam teruk.. sedihnya rasa. Tapi, inilah peluang untuk saya belajar jadi nurse untuk Ili. Praktis siap-siap untuk jadi nurse pada anak sendiri nanti.. Tak dapat bayang nanti kalau anak kecil yang demam.. 

Sekali lagi terima kasih pada BabyCenter atas maklumat yang baik mengenai demam pada anak kecil.. Semoga bermanfaat !! 

Syafakillah Ili Ab Halim. Get well soon :)



                                                
  Ini bukan Ili.. gambar hiasan je :D

Monday, 18 March 2013

Tips Dalam Hubungan





Bismillah Walhamdulillah

Dalam meniti kehidupan seharian, kita tidak lepas daripada berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Bermula daripada insan yang paling kita percaya seperti pasangan dan ibu bapa, sahabat, kawan sekelas sehinggalah kepada pekerja kantin sekalipun. 

Membina hubungan bukanlah perkara mudah kerana ianya adalah subjek yang tidak diajar dalam kelas mahupun kuliah. Ia adalah ilmu yang hadir tanpa kita cari namun kerana sikap kita yang mengambil mudah dalam penjagaan hubungan, ianya sering membuat kita kecewa dan pasti mengganggu perjalanan kehidupan seharian hidup kita.

Saya bukanlah insan yang terbaik untuk mengulas atau memberi nasihat dalam bab membina perhubungan ini. Namun, atas sedikit pengalaman yang Allah kurniakan sepanjang usia 25 tahun ini, saya ingin kongsikan beberapa tips dalam menjaga hubungan sesama kita. Sama ada dengan pasangan, sahabat mahupun ibu bapa sendiri.


(Mereka = Pasangan suami/isteri, ibu bapa, saudara,sahabat, kawan & sebagainya) 


Niat

Apakah tujuan sebenar kita dalam membina hubungan? Apakah yang kita cari dalam hubungan? Ingatlah bahawa, niat yang kita pasakkan pada awalnya sesungguhnya akan terzahir jua walau cepat mahupun lambat. Ada yang bersahabat disebabkan ingin mengisi masa lapang. Ada yang membantu ibu bapa kerana inginkan pertolongan. Bahkan ada yang bernikah semata-mata kerana inginkan pasangan yang handsome atau comel!  

Inilah titik yang paling penting untuk kita bermuhasabah. Hubungan yang berkekalan sebenarnya adalah hubungan yang dibina kerana Allah. Bersahabat kerana Allah. Menyayangi ibu bapa dan pasangan kerana Allah. Juga berbuat baik pada tukang sapu sampah jua adalah kerana Allah. Bukankah Allah menyuruh kita sentiasa berbuat kebaikan? Jom kita muhasabah niat kita. Masih ada masa untuk kita perbetulkan.


Tidak mengharap balasan

Tidak dinafikan kita sebagai manusia biasa, sentiasa mengharapkan kasih sayang, tumpuan dan juga perhatian daripada orang lain. Anak-anak sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada ibu bapa. Begitu juga dengan suami isteri. Sahabat pula sentiasa perlukan sahabatnya dalam apa jua keadaan. Begitulah hakikat kita manusia. Namun, yang membezakan manusia biasa dengan manusia luar biasa adalah peranannya dalam hubungan tersebut sama ada lebih banyak memberi atau lebih banyak menerima. 

Hukum alam itu mudah. What you give, you get back. Lebih banyak kita memberi, banyak jualah yang akan kita perolehi. Namun mesti diingat juga, memberi bukanlah kerana inginkan balasan. Kita memberi kerana ia adalah suruhan daripada Allah Taala dan sebarang ganjaran hanya kita harapkan pada Allah sahaja. 

  
Proaktif

Orang yang berjaya adalah orang yang proaktif. Setuju? Proaktif dalam hubungan adalah sentiasa peka dan cepat membuat sebarang tindakan baik  terhadap apa-apa yang berlaku dalam hubungan. Sikap proaktif akan menjadikan hubungan tidak hambar dan sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara baru. Contohnya, setelah lama tidak berhubung dengan ibu, apa kata kita menghubunginya dan mengucapkan rindu padanya. Bagi sesetengah orang, mengucapkan rindu pada ibunya sendiri adalah luar biasa. Bukankah itu perkara baru yang positif? 

Mulakan perkara kebaikan dengan diri sendiri dahulu. Usahlah menunggu orang lain memulakannya. Sebenarnya, jika manusia dikelilingi dengan kebaikan setiap hari, perkara tersebut akan lebih mudah untuk diserap berbanding dengan bebelan mahupun teguran yang keras. Bukankah Nabi kita menyeru agar kita berakhlak baik? Qudwah yang baik akan memberi kesan pada orang-orang disekeliling kita.

Bersambung..

Sunday, 24 February 2013

February

Bismillah Walhamdulillah

Its February!! Oh Tuhan.. (macam biasalah). Cepatnya masa berlalu. Ok, kali ini dah skip bulan January punya entry. Dulu kan dah pernah target 2 entry setiap bulan.. hehe. Tapi apa cerita sekarang? :P

First of all, Alhamdulillah 'ala kulli haal. My pregnancy now is almost 23 weeks @ 5 months. Cepatkan? :) Ke hulu ke hilir, kelas, ward, balik Malaysia. It soooooo fast!!

Balik baru ni Alhamdulillah dah settle buat kenduri majlis kami di Pahang & Kelantan. Penat rupanya buat majlis ni.. huhu. Yelah, ditambah dengan pregnant lagi, asyik-asyik duduk je lah bila lepas jumpa tetamu. Bila tetamu datang lagi, bangun balik. Macam tu lah.. hehe. 

Alkisahnya, majlis di Pahang, mak sampai kena pi klinik lah sebab tiba-tiba diserang acute chest pain. Gelabah dah kami semua. Yang bestnya bagi saya, mak saya cakap sakit dada belah kanan. Dalam kepala ni, tak habis-habis suspect jantung. Padahal, kalau jantung symptoms belah kiri banyaknya.. Adohaii.. Panic punya pasal @__^  Celaru habis ilmu medic yang belajar kat sini.. hehe. Alhamdulillah, rupanya chest pain mak tu disebabkan over stressed. Kenduri punya hal. Yang tu tak settle, yang ni tak settle. Last-last tension sampai sakit dada.. Alahai makku sayang. Sampai macam tu sekali.. Lepas ni mak cakap buat kenduri pakai catering je. Tak larat dah buat masak pakat-pakat macam ni.. hehe. Pengalaman mak :D

Kenduri di Kelantan pulak, simple dan cool. tak penat sangat. hehe. Rupanya adat di Kelantan kendurinya sampai malam. Tapi nasiblah kali ni di kenduri kami.. makanan habis sebelum malam menjelma! Hehe.. ramai sangat tu. Alhamdulillah. Tak pelah makan ape pun, janji datang tujuan kenduri tu sampai : Nak hebahkan berita perkahwinan kami.. Terima kasih pada yang sudi datang ye ^__^

Ok, lets move to pregnancy topic. In this mid February, Alhamdulillah I could felt baby's first kicking. Waaaaa.. Macam tak percaya. huhu. terharu. I will be a mom sooner. Nikmat yang Allah kurniakan ni, memang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Suami di kejauhan, bila saya cerita, tak tahu nak explain macam mana rasa baby kicking tu. Paling best, ada satu hari tu, during morning round ward, active sangat baby moving. hehe. Agaknya berdiri sebelah Dr, baby pun ikut belajar sekali. Suami cakap, baby nak jadi Dr kot nanti.. hehe. Jadilah apa-apa pun baby, asalkan bermanfaat untuk umat InsyaAllah :)

Oh ya, hari ni pun, a female Dr sempat lagi bergurau dengan saya. She heard my friend talk to me about wearing a mask in Malay. So she ask what language do we use. After that, my friend told to her, I must wear a mask because I'm pregnant !! She sooooooooo excited and she ask about my pregnancy and my husband either he is here or not. I tell her that my husband is working in Malaysia as a lecturer in Faculty of Quran and guess what?? She ask me to find someone like my husband to her.. haha.adohaiiii.. UBM utk Egyptian pun boleh kan..-__-

Cukup lah setakat ni. Lain kali boleh cerita lagi.. :)