Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 1 March 2011

Usah Jemu..~


Bismillah Walhamdulillah.

Berbicara mengenai kebaikan, pasti semua orang berasa tertarik ke arah kebaikan dan apa-apa sahaja yang baik. Kerana baik dan kebaikan itu adalah fitrah kita. Fitrah manusia.

Tanpa kita sedar, kita berasa suka dan mudah untuk menerima huluran bantuan dan kebaikan dari insan lain.. Namun, hakikatnya, kita sendiri susah untuk memulakannya. Tangan yang menghulurkan, lebih baik dari tangan yang menerima. Tangan yang menghulurkan mawar, akan terlebih dahulu mendapat wangi mawar tersebut..

Saya ingin berkongsi satu kisah. Kisah di Jeddah baru baru ini.

Ketika dalam proses evakuasi, kami ditempatkan sementara di tempat penginapan Tabung Haji, Madinatul Hujjaj. Dalam cuaca yang panas, saya mengalami sedikit kejutan perubahan cuaca disana. Dari sejuk bertukar ke panas. Berasa sungguh malas untuk keluar semata-mata untuk membeli nombor baru sementara disana.

Sungguh saya harapkan ada seseorang yang ingin keluar dan saya kirimkan padanya sahaja. Alhamdulillah, pertemuan tanpa diduga, membuahkan hasil. Tanpa segan silu, saya meminta tolong Kak Akmaizan, salah seorang barisan Hewi PMRAM, membelikan nombor baru. Alang alang mahu keluar katanya. Setinggi tinggi penghargaan untuk Kak Akma.

Keadaan dalam surau tempat kami menginap agak sesak. Port electric tidak pernah kosong. Sentiasa penuh bahkan ada giliran.

Pada petang itu, saya melihat Kak Akma mundar mandir ke hulu hilir membawa handphone dan chargernya. Barangkali mencari port electric. Kebetulan pada waktu itu, adalah giliran saya menggunakan salah satu port tersebut. Jadi, saya segera menegurnya. Sungguh, beliau berhajat sedemikian. Tanpa ragu, saya memberikan ruang giliran saya untuk beliau menggunakannya. Saya yakin, beliau akan guna handphone tersebut untuk kebaikan. InsyaAllah. Tidak rugi sedikit pun bahkan membantu menunaikan hajat seseorang, itu adalah yang lebih baik.

What you give, you get back.

Mudah bukan?

Tetapi untuk memulakan memberi, itu yang susah. Namun bukan mustahil.

Bukanlah kita memberi untuk dibalasi, tetapi sebenarnya setiap kebaikan yang kita lakukan, ada nilainya. Ada balasannya. Kalau bukan hari ini, mungkin esok. Mungkin minggu hadapan. Mungkin juga tahun-tahun akan datang.

Kebaikan yang dihulurkan mestilah semata-mata kerana Allah. Itu adalah yang terbaik. Usah jemu menabur kebaikan sesama kita.. Mudah-mudahan kebaikan yang ditaburkan, dikira sebagai asbab rahmat untuk membolehkan kita melangkah ke syurga Allah yang terlalu penuh dengan nikmat.. InsyaAllah.

Usah jemu memberi kebaikan.

Nurul Husna Abu Bakar,
Felda Bukit Mendi,
Triang, Pahang




2 comments:

LC & HP said...

Good entry.


Note: If you want anything, anytime, just ask me. :D

NourelHousna said...

ok..thanx for visit :D