Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 31 October 2011

Seimbas lalu Forensic & Toxicology~



Bismillah walhamdulillah

Hampir sebulan kuliah telah berlalu. Tahun ini, tahun 4 Kuliah Perubatan Universiti Tanta dimulakan dengan round Forensic & Toxicology Medicine. Diikuti dengan ENT, Public Health dan akhir sekali Opthalmology. Alhamdulillah! ^__-

Saya tergerak untuk menulis sesuatu setelah habis satu siri kuliah hari ini. Bermula dengan tajuk Child Abuse (penderaan kanak-kanak) , Pregnancy (hamil), Abortion (pengguguran) Delivery (bersalin) dan Sexual Offences (jenayah seksual).



Child Abuse (penderaan kanak-kanak)

Hati diruntun sedih dan geram apabila ditayangkan pelbagai jenis penderaan yang berlaku terhadap kanak-kanak. Ya, ada kecederaan disebabkan oleh ketidaksengajaan. Itu boleh dimaafkan. Bagaimana dengan hal penderaan? Anak-anak adalah amanah yang sangat berharga daripada Allah swt. Mereka adalah penyeri hidup. Namun, mungkin disebabkan tekanan hidup dan pelbagai masalah yang melanda, anak-anak yang masih kecil dijadikan objek untuk melepaskan geram. Inilah kesilapan yang berlaku. Sadis.

Antara sebab kanak-kanak menjadi mangsa penderaan adalah :

1-Kandungan diluar kemahuan
2-Anak cacat
3-Pendera dipengaruhi dadah dan alkohol
4-Pendera mengalami masalah psykiatri


Antara kes penderaan yang tertinggi dicatatkan adalah melibatkan lecuran dan luka. Ianya adalah kesan dari tamparan, cubitan yang kuat, dan gigitan. Melecur pula disebabkan oleh seterika panas, cairan panas dan cucuhan puntung rokok.





Ada juga kes yang melibatkan retak dan patahnya tulang terutamanya di kepala dan anggota kaki dan tangan. Banyak kecederaan di kepala menunjukkan heamatoma iaitu pendarahan. Selain itu, antara kecederaan serius yang direkodkan adalah melibatkan kecederaan organ-organ dalaman seperti usus, hati dan limpa. Semua kecederaan ini boleh menyebabkan kematian apabila sampai di tahap yang serius.





Antara penderaan lain yang berlaku ke atas kanak-kanak adalah penderaan emosi dan pengabaian penjaga ke atas anak-anak. Ini termasuklah kegagalan untuk menyediakan keperluan kasih sayang, fizikal dan kemahiran komunikasi.


Banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan berlakunya masalah penderaan ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa ini. Usah jadikan mereka tempat untuk dilepaskan segala-galanya. Kanak-kanak adalah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah untuk disayangi dan dididik dengan penuh kasih sayang.

Sekian.

Sunday, 2 October 2011

Kerabu Gargil..~

Bismillah Walhamdulillah

Hari ini saya berkesempatan mencuba resepi baru.. Biasa kita dengar kerabu mangga, taugeh atau pegaga. Tetapi disebabkan tiadanya 'tumbuhan' tersebut di bumi Mesir ini, saya menukarkan 'tumbuhan' tersebut dengan gargil.. ^____^

Gargil?

Gargil sangat popular di Mesir. Biasanya dibuat ulam dan dimakan bersama nasi. Rasanya agak pahit dan kadang kala pedas di akhir kunyahan.. Itulah yang saya rasa. Khasiat?Wallahua'lam.. Namun, jika asalnya pun sudah dari jenis sayuran, mestilah mengandungi vitamin :)

Pada mulanya, saya ingin buat 'ayaq asam' (popular di Kedah). Namun bila terlihat gargil seperti pegaga, jadinya saya potong halus-halus dan masukkan sahaja dalam air asam tersebut. Maka jadilah kerabu secara tidak sengaja :)


Bahan-bahan :

[Hidangan 5 orang]

3 ulas bawang besar
5 biji cili hidup
2 biji tomato
5 biji limau nipis
1 ekor ikan ( Tuna afdhal )
Sedikit belacan
Garam
Gula

Cara-cara :

Rebus ikan sampai masak. Ambil isinya.

Racik separa halus bawang, cili hidup, tomato dan gargil.

Campur dan gaulkan semua bahan dengan isi ikan.

Perah limau nipis dan masukkan secubit belacan.

Sedikit gula dan garam secukup rasa.

[Air boleh ditambah jika campuran terlalu kering]

Siap!! :)

Maaf tiada gambar. Insya Allah menyusul kemudian. Tadi terlupa nak ambil.. :D