Hari ini saya berkesempatan mencuba resepi baru.. Biasa kita dengar kerabu mangga, taugeh atau pegaga. Tetapi disebabkan tiadanya 'tumbuhan' tersebut di bumi Mesir ini, saya menukarkan 'tumbuhan' tersebut dengan gargil.. ^____^
Gargil?
Gargil sangat popular di Mesir. Biasanya dibuat ulam dan dimakan bersama nasi. Rasanya agak pahit dan kadang kala pedas di akhir kunyahan.. Itulah yang saya rasa. Khasiat?Wallahua'lam.. Namun, jika asalnya pun sudah dari jenis sayuran, mestilah mengandungi vitamin :)
Pada mulanya, saya ingin buat 'ayaq asam' (popular di Kedah). Namun bila terlihat gargil seperti pegaga, jadinya saya potong halus-halus dan masukkan sahaja dalam air asam tersebut. Maka jadilah kerabu secara tidak sengaja :)
Bahan-bahan :
[Hidangan 5 orang]
3 ulas bawang besar
5 biji cili hidup
2 biji tomato
5 biji limau nipis
1 ekor ikan ( Tuna afdhal )
Sedikit belacan
Garam
Gula
Cara-cara :
Rebus ikan sampai masak. Ambil isinya.
Racik separa halus bawang, cili hidup, tomato dan gargil.
Campur dan gaulkan semua bahan dengan isi ikan.
Perah limau nipis dan masukkan secubit belacan.
Sedikit gula dan garam secukup rasa.
[Air boleh ditambah jika campuran terlalu kering]
Siap!! :)
Maaf tiada gambar. Insya Allah menyusul kemudian. Tadi terlupa nak ambil.. :D
2 comments:
jazakillah khair~ sedaaaaaaaaaappppppp sgttt
Promot diri sendiri
http://petaijeruk.blogspot.com/2009/08/salad-roket.html
Post a Comment