Bismillah Walhamdulillah
Tatkala mata semakin terasa berat, saya gagahi jua untuk menulis. Menulis untuk kepuasan sendiri. ^__^
2012. Ya. Itulah tahun baru. Begitu pantas masa berlalu. Sesiapa sahaja akan mengucapkan perkara yang sama. Cepatnya masa berlalu.
Sepanjang hidup saya selama 23 tahun ini [bakal masuk 24 tidak lama lagi], banyak perkara baru yang saya belajar. Dan sememangnya, proses pembentukan diri sentiasa berlaku. Perubahan demi perubahan cukup dirasai. Alhamdulillah.
Kasih sayang
Insan yang paling banyak mengajar saya erti kasih sayang tidak lain tidak bukan adalah keluarga saya terutamanya Mak. Sungguh, saya teringkatkan kata-kata mak :
"Kasih sayang itu bukan seperti roti. Sekali dimakan, ia akan habis. Kasih sayang itu ibarat air. Semakin dicurah, semakin jauh ia pergi.."
Mak banyak mengajar saya bagaimana untuk sabar. Dan diakhirnya, pasti mak akan ingatkan pada Allah SWT.
Ya Allah, mak sungguh hebat. Dari mana tarbiyah mak dapat, saya tidak tahu. Namun, itulah naluri seorang ibu. Ibu sesiapapun adalah hebat!
Tawakal
Tawakal tidaklah semudah yang disangka. Kita sebagai manusia, sentiasa inginkan apa yang kita rasa perlu dan baik untuk kita. Namun kita terlupa untuk berserah akan segala-galanya pada Allah. Allah berhak untuk memberi apa yang terbaik untuk kita. Ya, sangat susah untuk sampai pada tawakal yang sebenarnya. Namun, manisnya bila kita bertawakal adalah sangat terasa bahagia dihati. Kebahagiaan apakah yang lebih manis selain mendapat apa yang Allah redha?
Bersambung lagi..^__-
2 comments:
terbaik la along,sama cam mak along,hehe
Alhamdulillah,terasa 'segar' dan 'sedar' diri ini atas tulisan anda... terima kasih.
Post a Comment