Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 8 March 2012

Anak-anakku..~

Anak-anakku
Ingin ibu khabarkan bahawa
Allah itu Maha Pengasih
Jua lagi Maha Penyayang


Secebis rasa
Anugerah Allah ini
Amat ibu hargai
Agar ibu dapat menyayangi
Jua mengasihi anak-anak
Dengan sepenuh hati


Anak-anakku
Lama sebelum kamu dilahirkan
Ibu cuba mendidik diri ibu
Agar tabiyah ibu ini
Bisa meresap dalam jiwamu
Agar roh perjuangan ini
Akan diteruskan olehmu


Anak-anakku
Dalam hidup yang kian mencabar
Akidah semakin longgar
Ibadah semakin tawar
Akhlak semakin pudar
Hati jua bertambah gusar
Ibu terus jua melangkah
Dengan harapan penuh pasrah


Anak-anakku
Besarlah kamu nanti
Dengan jiwa yang besar
Matlamat yang jelas
Berlembutlah dengan tindakanmu
Namun tegaslah dalam prinsipmu
Jadikan Allah sebagai tujuan hidupmu
Jadikan Rasul sebagai ikutanmu


Anak-anakku
Jadikan ilmu sebagai sahabat karibmu
Kerana dengan ilmu
Bisa menerangi dunia walau tanpa cahaya
Dengan ilmu
Kamu dapat mengenali
Erti hidup yang sebenar


Anak-anakku
Didiklah hati
Agar sentiasa takutkan Allah
Lembutkan hatimu
Dengan zikrullah
Air matamu keranaNya
Adalah jauh lebih baik
Dari dunia dan segala isinya


Anak-anakku
Walau kasih mana sekalipun ibu
Tiadalah terbanding dengan kasihNya
Jika di dunia kita tidak bertemu
Yakinlah pada janjiNya
Disana kita akan bertemu jua


Anak-anakku
Bertaqwalah kamu
Ibu amat menyayangimu
Sepenuh hati ibu
Walau ibu tidak pernah
Bertemu denganmu..


[Ibu to be]

No comments: