Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 10 February 2012

Tokoh Doktor Muslimah

RUFAIDAH AL-ASLAMIYYAH AL-ANSORIYYAH R.A.




Rufaidah r.a. adalah seorang wanita dari suku kaum Aslam dan anak kepada seorang tabib (doktor) yang terbilang dalam kalangan kaumnya di Yathrib (Madinah) dan juga di Semenanjung Tanah Arab.

Beliau banyak belajar tentang perihal penyembuhan dan perawatan daripada bapanya semasa membantu bapanya merawat pesakit.


Rufaidah r.a. merupakan seorang gadis yang mempunyai keperibadian yang mulia, lemah lembut, dan bersopan santun. Sifat penyabar dan penyayangnya telah membantu meringankan kesakitan dan penderitaan para pesakit yang dirawati.

Rufaidah r.a. telah mengistiharkan keislamannya dengan disaksikan oleh utusan-utusan Rasullah s.a.w. di Madinah setelah mendengar beberapa potong ayat al-Quran. Keislamannya itu telah menjadikan beliau bersifat lebih sabar, menyayangi, dan mengasihi sesama insan.

Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih banyak wanita dan remaja yang terdiri daripada muslimah untuk mendalami ilmu perawatan.

Beliau merupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dalam kalangan umat Islam pada ketika itu.

Semasa bermulanya peperangan jihad, Rufaidah r.a. telah memohon keizinan daripada Rasullullah s.a.w. untuk bersama-sama sekumpulan wanita terlatih untuk menyertai medan peperangan bagi membantu memberi rawatan kepada para tentera yang tercedera dan yang memerlukan bantuan pengubatan.

Selepas peperangan Badar, Rufaidah r.a. telah kembali ke Madinah dengan memulakan satu era perawatan yang baru dengan mendirikan sebuah khemah sebagai markaz untuk melaksanakan aktiviti rawatan dan perawatan. Beliau menghabiskan banyak masa di khemah tersebut untuk berkhidmat kepada orang ramai.

Ibnu Ishaq menyebut tentang Rufaidah r.a. dalam kisah Sa’ad bin Mu’adz r.a. terluka di parit pertahanan (Peperangan Ahzab).

Kemudian Rasullullah s.a.w. bersabda: “Tempatkan dia di khemah Rufaidah yang berada di masjid, hingga aku menjenguknya sebentar lagi..”

Dalam al-Adab al-Mufrad, Imam Bukhari berkata; Diceritakan kepada kami oleh Abu Nu’aim; Dia berkata; Ketika lengan Sa’ad r.a. terluka semasa peperangan Khandaq, maka dikatakan: “Bawalah dia kepada seorang wanita bernama Rufaidah, kerana dia akan mengubati orang-orang yang terluka."

Apabila Rasullullah s.a.w. singgah ke tempatnya, baginda s.a.w. bersabda: "Bagaimana keadaanmu di petang ini?”

Sedangkan apabila waktu pagi, Nabi s.a.w. bersabda: “Bagaimana keadaanmu pada waktu pagi?”

Di sini jelas menunjukkan kegigihan dan kesungguhan Rufaidah r.a. dalam melaksanakan tugas perawatannya seperti yang digambarkan bahawa beliau bekerja untuk satu jangka masa yang panjang, dan ini jelas diperakui oleh Rasullullah s.a.w.

Sesungguhnya Rufaidah r.a. adalah perintis bidang Kedoktoran dan Kejururawatan yang terulung. Khemah Rufaidah r.a. di Masjid Nabawi yang dibinanya pada tahun 2 Hijrah bersamaan 624 Masihi tetap menjadi contoh yang cemerlang dalam bidang Kedoktoran dan Kejururawatan pada zaman permulaan Islam sehingga ke hari ini.


Sumbangan dan dedikasi beliau jelas mendahului Florence Nightingale iaitu 1200 tahun lebih awal.


1 comment:

AZNIAL RAHMAT said...

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary

Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833