Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 11 June 2014

Mencari Diri

Seakan lemah dan longlai
Jiwa hilang arah
Fikiran meracau arus

Jika itu yang kau harapkan
Usah membina angan-angan
Hidup ini terlalu keseorangan

Semuanya harus dilalui
Dengan berdikari
Tiada perlunya lagi tongkat dihati

Bila telah memilih
Lalui dengan tabah
Agar terus kuat dan tidak rebah

Hidup ini mencari cinta Tuhan
Tiada cinta Tuhan
Maka tiadalah cinta yang lain

Cinta manusia itu menyakitkan
Lagi dihirup makin bisa racunnya
Hanya cinta Tuhan itu sebagai penawar

Moga kembara ini
Membawa hati pulang pada Ilahi
Tiada lagi resah dihati
Hanya tinggal kenangan indah sehidup semati

NourelHousna
Suvarnabhumi Airport, Bangkok
12 Jun 2014

No comments: