Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 31 May 2010

Di mana kita dalam isu LL4G?


Pagi semalam, saya betul terkejut apabila membaca update twitter. 2 orang syahid dan 30 orang cedera! Allah..rupanya tentera israel laknatullah dah pecah masuk kapal. Kapal terbesar pulak tu,Mavi Marmara. Tak lama lepas tu,meningkat sehinggakan jumlah terkini,19 orang syahid dan bilangan yang tercedera meningkat.

Lepas Maghrib tadi,saya kira ceramah tergempar mengenai LL4G di Bait Izzah. Tahniah Ust Muin Abd Manan. Kupasan yang terperinci saya kira walaupun ustaz jelaskan berita-berita tersebut dikumpul dan dicantum dari pelbagai sumber. Tahniah!

Apa yang jelas, Israel kini semakin mendapat tentangan bukan sahaja dari dunia Islam(baca: yang benar2 Islam) bahkan seluruh dunia mengecam tindakan bangsat Israel. Menyerang aktivis-aktivis bantuan Gaza yang jelas belayar tanpa senjata. Misi Israel iaitu 'angin syurga' namanya telah bersiap sedia untuk menggempur kapal-kapal LL4G. Terima kasih kerana mensyahidkan mereka! Bahkan antara yang terawal syahid adalah Syeikh Raid Solah!

Cacatnya perjanjian yang dijanjikan membuktikan bahawa israel selama-lamanya tidak akan redha selagimana kita tidak mengikut mereka. Selama-lamanya kami tidak akan patuh dengan israel!

Bumi mesir juga dipersalahkan kerana sikap pemimpinnya. Anda kenal Husni Mubarak? Jika bukan kerana ilmu dan ini bumi Nabi,pasti saya akan memilih bumi lain.. Kerana dialah penduduk Palestin merana sekian lama.

Akhir sekali,sepanjang musim peperiksaan ini,jangan lupa untuk amalkan Qunut nazilah dan solat hajat. Semoga Allah memelihara dan menangkan misi LL4G ini. Masih tiada khabar berita melebihi 16 jam saya kira. Kita disini,teruskan berjuang dengan buku-buku. Mereka disana berjuang dengan nyawa!

Saturday, 22 May 2010

Cakna isu semasa

Dalam kesibukan kita membuat persediaan untuk peperiksaan,sedarkah kita akan apa yang berlaku disekeliling kita? Ambillah sedikit masa untuk cakna dengan dunia luar kita. Apa yang berlaku?




Mula-mula saya membaca keratan ini,saya rasa lain macam. Anda bagaimana? Bila sebut bab judi..judi dah memang hukumnya jelas haram. Tetapi bila diberi lesen,bertukar menjadi halal. Wah,lepas ni pelacuran yang berlesen halal jugak!

Alasan yang diberikan tidak dapat diterima akal. Sepatutnya,negara Islam patut berdiri teguh dengan prinsip-prinsip Islam. Melaksanakan apa yang disyariatkan Islam. Tapi sampai sekarang..

Allah beri akal untuk kita memilih. Allah beri akal untuk kita berfikir. Jangan disebabkan dunia,duit dan pangkat,kita menjadi kelam dengan dunia yang sementara..



p/s: selamat hari lahir ke 23 kakak Ella..:) May Allah grant u the best in your life!

Friday, 14 May 2010

Kenangan- Kisah Itik & Panadol


Hari ini giliran saya ke souq (pasar). Sudah agak lama saya tidak menjejakkan kaki di souq ini kerana sebelum ini saya hanya beli di kawasan yang berdekatan rumah sahaja. Kali ini,saya memilih untuk ke souq walaupun berseorangan. Rupanya ada kisah yang Allah nak bagi saya kenangkan..^_^

Sementara saya menunggu ayam diproses,mata saya tertumpu pada lima ekor itik didepan. Baik sungguh. Tak perlu disimpan dalam reban pun. Tiba-tiba saya tersenyum teringat kisah tok saya di kampung. Cerita lama. Sekolah rendah seingat saya.

"Tok..pi mana habis itik kat belakang tu? Tok sembelih ka? " soal saya.

"Dak aih..mati habis semua.Tinggai 2 ekoq ja." Jawab Tok.

"La..pi mana? Orang curi ka? "

"Dak aih..kemarin tok tengok itik tu macam pening lepas bagi makan nasik..Tok pun bagi la depa makan panadol..mati petang tu.."

"Haa? PANADOL? "

Patut la mati..^_^

*&^%$##@)(# :D

Lepas belajar mengenai Paracetamol,baru saya tahu kesan-kesan ubat tersebut. Agaknya large dose menyebabkan hepatotoxicity barangkali..sampai mati..^_^
Justify Full
Sekian.

p/s-Lepas gelak,cuba fikir,bolehkah judi itu dihalalkan ataupun dalam bahasa mudah diberi lesen?Ibarat minum arak tetapi baca bismillah. Manusia sekarang sungguh jahil!

Friday, 7 May 2010

Pintaku


Tuhan
Aku sering leka
Aku sering alpa
Aku sering kecewa

Tuhan
Ku mohon padaMu
Agar dunia dihatiku
Bisa dicantas
Apabila tumbuh meliar

Tuhan
Aku lemas
Aku lelah
Aku tewas
Pada nafsu
Pada bisikan

Tuhan
Kupinta dan ku mohon
Berilah secebis kekuatan
Untuk ku bangun
Dari kegelapan dunia
Yang bisa menjauhkan aku
Dari tujuan hidupku

Tuhan
Kupinta dan ku mohon
Agar dapat aku rasai
Manisnya iman
Dalam lafaz syahadah
Indahnya Islam
Dalam kehidupan

Pintaku padaMu Tuhan
Allah Yang Maha Mengerti