Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 31 March 2011

Kisah 2 Masjid~


Bismillah walhamdulillah


Kisah 1


November 2010. Keluarga saya datang menziarahi saya di Mesir. Satu hari ketika kami dalam perjalanan pulang ke Tanta dari Kaherah, kami berhenti solat sebentar. Seperti biasa, tempat solat lelaki dan wanita memang diasingkan. Ketika itu, masjid tersebut seolah-olah hendak ditutup. Penjaganya hanya menunggu masa untuk mengunci pintu.

Selesai solat, saya terkejut apabila mendapati pintu keluar tempat saya solat telah dikunci. Hanya saya seorang yang turun solat memandangkan yang lain boleh solat jama’ dirumah. Puas saya memanggil dan menjerit. Namun, lokasi masjid tersebut yang betul-betul bersebelahan dengan lebuh raya, amat membantutkan keadaan. Tiada sesiapa yang mendengar jeritan saya. Akhirnya, emak saya sendiri datang mencari saya kerana bimbang saya ‘berwirid’ terlalu lama. Alhamdulillah, ada juga hamba Allah yang saya kasihi telah mencari kunci dan ‘membebaskan’ saya.. :)


Kisah 2


Disember 2010. Ketika itu di lapangan terbang Damsyik, Syria. Kesihatan saya amat teruk ketika itu. Demam,sakit kepala, nausea dan perut tidak selesa. Saya keseorangan selama 4 jam sebelum check in untuk penerbangan pulang ke Mesir. Lantaran keseorangan, saya memilih untuk berada di surau.

Ketika itu, masih berbaki setengah jam sebelum masuk waktu zohor. Tiada sesiapa dalam surau yang indah itu melainkan saya seorang. Tidak lama selepas itu, datang seseorang (pakcik cleaner barangkali) meminta saya untuk tinggalkan surau. Pada mulanya, saya hanya abaikan. Berkali kali dia meminta saya tinggalkan surau tersebut. Saya tidak puas hati. Mengapa tidak dikunci sahaja jika tidak dibenarkan untuk diguna?

Akhirnya, untuk kali ke 4 setelah diminta secara agak keras meninggalkan surau tersebut, saya tidak tunggu lama lagi. Dengan bagasi yang agak besar, saya tinggalkan surau tersebut. Sayunya hati tidak dibenarkan untuk menumpang di rumahMu ya Allah..

Memang tidak dinafikan saya marah pada pakcik itu. Sambil mengusung bagasi saya, saya melintas di hadapan pakcik itu. Sempat lagi saya berkata. Biarpun dalam bahasa pasar Mesir, saya tahu dia faham.

“ Haza baitullah. Musy baitik”

“Alfu salam, alfu salam, alfu salam..”

Mungkin perasaan bersalah bersarang dihatinya. Melihatkan keadaan saya yang agak pucat, berlalu meninggalkannya perlahan-lahan.. Maafkan saya jua. Agak berlaku kasar.


Pengajaran


Kisah pertama iaitu apabila masuk ke dalam masjid dan terkurung dalamnya diandaikan seperti sikap kita sendiri. Terlalu menumpukan soal ibadah khusus dalam kehidupan. Tidak mahu meluangkan masa untuk masyarakat luar. Tidak mahu melibatkan diri dalam dakwah. Hanya menumpukan perhatian pada diri sendiri dan keluarga. Meningkatkan kebaikan hanya untuk diri sendiri. Banyak tuntutan sebenarnya untuk kita penuhi untuk menyelesaikan masalah ummah yang kian parah. Dimana kita?

Kisah kedua iaitu tidak dapat berpeluang untuk menjadi tetamu masjid diandaikan seperti sikap kita yang tidak mementingkan soal ibadah khusus dalam kehidupan. Ramai yang baik hati dan berbudi pekerti. Ramai yang dapat luangkan masa untuk kerja-kerja kebajikan. Ramai yang dapat menjaga hubungan sesama manusia. Namun tidak ramai yang mampu untuk menjaga hubungan dengan Allah. Dimana Allah dalam kehidupan kita?

Be moderate in our life and do the best.

Daripada dua pengajaran di atas, dapat kita simpulkan bahawa kita mesti menjaga dan mengamalkan dua elemen penting dalam kehidupan. Hablumminallah dan hablumminannaas. Kita mesti menyediakan masa untuk Allah, pencipta kita yang Maha Agung dan dalam masa yang sama, kita mesti tunaikan hak-hak sesama manusia.


Moga kita tergolong dalam golongan yang Allah redhai.. Bersederhanalah dalam kehidupan.


2 comments:

Mujahid Agung said...

Assalamualaikum wrt. wbt.

After a long times, finally you manage to post an entry. :)

Actually, it's not too difficult to do it. Just need a push from your inner side and a reaction from the outside.:)

Keep posting!!

May Allah's blessing always be upon you.

NourelHousna said...

waalaikumussalam

Its true. From inside to outside :)

Thanks for coming and leave a message. Please do come again next time :D