Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 2 August 2011

Ramadhan ini..~


Bismillah Walhamdulillah

Sudah hampir tiga minggu saya berada dirumah. Rutin harian lebih kurang sama. Cuma adakalanya sesekali saya keluar ke bandar menyelesaikan urusan urusan yang sepatutnya.

Rindu

Jika ditanya adakah saya rindu? Ya! Saya rindu. Rindu pada Tanta. Saya rindukan suasana Ramadhan di sana. Lebih lebih lagi pada sahabat-sahabat disana. Apa khabar lah mereka disana.. Mereka adalah sahabat yang tidak putus mengingatkan diri yang lalai ini agar segera kembali mengingati Allah.. Sungguh, antara nikmat yang terbesar dalam hidup saya adalah dikurniakan sahabat sahabat yang beriman dan mereka membantu menjaga iman saya.. Alhamdulillah

Apa ada pada Ramadhan?

Semakin meningkat usia, semakin saya rasakan kedatangan Ramadhan adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Tidak sama penghayatan saya pada Ramadhan ketika saya masih kanak -kanak, remaja dan ketika memasuki alam pra dewasa ini.

Tahun ini, tidaklah bazar Ramadhan menjadi tumpuan utama saya. Bagi saya, berbuka puasa ala kadar adalah terbaik. Lebih 'ringan' untuk berterawih. Saya lebih selesa jika abah sahaja yang pergi membeli juadah. Dengan hanya dua tiga jenis kuih, itu sudah mencukupi. Mak pula, biasalah.. suka memasak. Ada sahaja menu istimewa di rumah. Sehinggakan dapur adalah tempat asing bagi saya ketika bercuti ini. Ala kulli haal, Alhamdulillah atas segala rezeki yang Allah kurniakan.

Bulan Ramadhan ini, Allah janjikan pelbagai keistimewaan. Bulan ini, adalah peluang terbaik untuk kita merehatkan sedikit sistem tubuh. Namun, berlainan pula untuk rohani. Ramadhan menyediakan peluang yang amat luas untuk 'mengenyangkan' rohani. Masakan tidak, bermula dengan sahur, berpuasa, tadarus di siang hari dan dilengkapi dengan terawih di malam hari. Amalan-amalan tersebut berupaya mengurangkan kita dari terjebak melakukan 'dosa harian' sebelum ini. Tatkala menanti subuh selepas sahur, gunakanlah peluang tersebut untuk bertahajud. Indah bukan? Tepuk dada, tanyalah iman kita.. Antara mahu atau tidak sahaja.

Semoga selepas Ramadhan kali ini, kita berjaya menjadi insan yang terhapus dosa-dosa yang lalu..InsyaAllah

Kematian

Banyak berita kematian yang menyapa di telinga sebelum Ramadhan kali ini.. Antaranya ialah tokoh pejuang Islam yang saya kagumi dari dahulu lagi iaitu Allahyarhamah Dr Lo' Lo'. Saya selalu mengikuti perkembangan beliau. Bermula dari blog, facebook dan twitter beliau di facebook. Beliau adalah doktor perubatan dan mampu untuk bergiat aktif dalam perjuangan. Di situlah inspirasi saya tercetus. Saya yakin bahawa kehilangan beliau akan melahirkan lebih ramai lagi insan yang akan menyambung perjuangan ini..InsyaAllah

Takziah untuk sahabat saya Madeehah Rasid yang kehilangan adiknya sehari sebelum Ramadhan.. Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan para solehin.

Sungguh, kematian mengingatkan kita yang alpa ini supaya kembali mengingati hakikat kejadian diri. Mati itu pasti dan tidak diketahui bila pula giliran kita..

Perkahwinan

Sedar tidak sedar, ramai sahabat saya telah membina masjid dan tidak lama lagi akan menyusul pula beberapa pasangan lagi. Tahniah! Barakallahulakuma wajama'a bainakuma fi khair :)

Nurussolehah & Naazir
Mardiati & Yussamir
Munirah Rasyid (bakal..)
Kak Liyana (bakal..)


Juga kepada yang telah selamat memperolehi cahaya mata penyeri keluarga. Semoga anak kalian menjadi mujahid soleh insyaAllah :)


Wan Sufiah & Ust Juzaili
Izaidah
Kak Bahiyah & Ust Nazir

Harapan

Semoga Ramadhan kali ini, kita dapat hargai sebaiknya. Mungkin kita tidak akan berjumpa lagi di masa akan datang. Ramadhan akan berlalu seperti biasa, cuma kita sahaja yang memilih untuk menjadi 'biasa' atau 'luar biasa' pada Ramadhan ini..

Wallahualam

@Felda Bukit Mendi



2 comments:

zue~ said...

salam..k.husna syg!!

org tanta sht2 je..hehe..rindu la zmn2 kite puasa sme2 kat sni thn lps.:)..
kmslm mak ayah n family akk ye~:D

NourelHousna said...

Zue~

Zue syg!! ;)

tu la..rindu zaman bersama. insyaAllah, akan bersama lagi jika diizinkan Allah :)

insyaAllah..kirim salam kat ahli bait. Assalamualikum :D