Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 6 July 2008

Islam Itu Mudah Tetapi Bukan Untuk Dipermudah-mudahkan


Salam

Alhamdulillah..Setelah hampir sembilan hari dua orang sahabat saya ditimpa musibah, keadaan mereka berdua bertambah baik. Syukur ke hadrat Allah. Tangan mereka yang bersimen, walaupun apabila kegatalan datang menyukarkan keadaan, sudah beransur pulih..Ala kulli haal,Alhamdulillah.Moga Allah sembuhkan Amani dengan Munirah..Ameen.

Namun disini, saya ingin berkongsi pengalaman apabila menjaga orang sakit.( Tak la jaga sangat pun..hehe). Bermula mengurus dalam hal-hal pakaian, pantang larang dalam makanan dan seterusnya perihal ibadat. Tidak dapat tidak, solat adalah 'Wajib' ditunaikan dalam apa jua keadaan sekalipun. Alhamdulillah, buku panduan Ibadah Pesakit yang diterbitkan oleh PERUBATAN Mesir amat-amatlah memberi manfaat. Sekurang-kurangnya, saya telah berkesempatan untuk membuka dan membaca secara teliti walaupun tidak banyak. Kalau tiada orang sakit,saya rasa sampai bila saya tidak akan menyelak helaian tersebut..=). Buku tersebut mudah difahami dan lengkap bersama dalil-dalil yang sahih.

Antara perkara yang dapat memudahkan (rukhsah) pesakit ketika menunaikan ibadah solat ialah :

1- Solat jama' bagi pesakit
2- Tidak perlu berdiri ketika solat fardhu
3- Sakit yang menghilangkan sedar
4- Tidak mampu untuk menghadap kiblat
5- Boleh meninggalkan solat Jumaat


Setelah saya membelek buku panduan Ibadah pesakit ini,saya terhenti seketika pada tajuk Pengamal Perubatan dan Dakwah Islamiah. Jika kita renungkan kembali, peluang untuk para pengamal perubatan @ doktor untuk bergaul dengan masyarakat adalah tinggi. Nah!Ini adalah peluang yang baik..

Ini adalah petikan beberapa perenggan yang saya tuliskan kembali. Moga-moga kita semua dapat mendapat manfaat. Kalau tak dapat banyak, sikit pun sudah cukup. =)

"Setiap pesakit yang datang untuk mendapat rawatan biasanya menderita dengan kesakitan, jiwa dan emosinya tertekan. Beliau, mengharapkan layanan dan rawatan yang terbaik serta menaruh harapan yang tinggi kepada doktor serta kakitangan yang terlibat dalam rawatan. Beliau seterusnya bertawakkal kepada Allah Taala agar penyakitnya sembuh. Dengan harapan dan keyakinan seperti ini, doktor dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit, bukan sahaja perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang rawatan perubatan, mereka juga perlu mempunyai satu etika dan adab yang sesuai untuk melayani pesakit.

Doktor semestinya perlu mempunyai keimanan dan ketaqwaan supaya beliau dapat meyakinkan pesakit. Di saat-saat begini biasanya bukan sahaja mengharapkan penawar dari pelbagai jenis ubatan dan tatacara rawatan, malah beliau perlu sokongan emosi dan mental. Beliau memerlukan segala-galanya untuk menceriakan diri dan suasana disamping memerlukan nasihat dan bimbingan. Saat ini jugalah merupakan saat yang sangat berkesan untuk seseorang doktor berdakwah. Panduan yang amat baik telah dipaparkan oleh seorang doktor Muslim bagaimana menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam diri para pesakit sebagaimana dinyatakan :


اما كيف يصل الطبيب المسلم من خلال اداء دوره الفردي الى الاخذ بيد مريضة الى الطريق الموصول الى الله

ان يحاول قدر ما يسمح له الوقت المعطى للمريض ان يدخل عقله وقلبه المفاهيم الاسلامية الصحيحة

ومن خلال هذه المفاهيم الصحيحة يستطيع الطبيب ان يقرب الى مرضاه حقيقه التوحيد برد الامور كلها الى الله


Maksudnya : Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang Doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya..hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan kedalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenarnya..bertitik tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.."

Dr.Hamdi Mas'ud,Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta'alim al-Islami


No comments: