Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Monday 25 May 2009

Andai Mereka Mengerti



Dedikasi khas untuk jiwa-jiwa yang sedang diuji.Diuji dengan kesusahan dan kesedihan yang merentap langkah, tak lupa juga yang diuji dengan virus-virus kemalasan.Virus yang bahayanya saya kira lagi teruk dari H1N1


Andainya mereka mengerti,
Indahnya dunia berbanding perjuangan,
Hanyalah sementara,
Empuknya tilam baldu itu,
Gahnya rumah besar itu,
Ampohnya Waja dan Benz itu,
Manisnya Puan Suri
..dan gagahnya Abang Budiman,
Indahnya gelar tuan, dato' dan profesor,
Kecil berbanding imbalan Tuhan.

Andaikata mereka mahu sedar,
Derita umat tiada pahlawanyya,
Selain pidato di kedai kopi, parlimen,
...kursus motivasi, mahupun kuliah pengajian,
Yang berakhir dengan bicara, demi bicara,
Yang jauh dari mengangkat kecewa,
...merubat luka, atau membanteras gejala,
Kalau tidak kita, siapa lagi?
Kalau tidak sekarang, bila lagi?
Kalau tidak di sini, di mana lagi?

Andai mereka mahu benar-benar percaya,
Bahawa jalan kita ini benar-benar panjang,
Bukan sedar, mengangkat tangan, mendaftar diri
...mahupun memegang jawatan,
Tidak cukup juga menyinsing tangan, memerah keringat,
...berpanas, berembun, berselut, berpergian,
Pengorbanan, keletihan, kecewa dan marah,
...hanya pemula perjalanan,

Andaikata mereka mahu bersaksi,
Bahawa kita ini perlu benar-benar bersedia,
Pelbagai maksiat dengan pelbagai nama,
WTO ke IFC, Miskin Bandar ke HIV, Derita minyak ke OKU,
IPRs ke Liberalisasi,Takbai ke Rumah Putih,
Menanggung amanah bersama ummah,
Lisan,Ilmu, Rohani, Kerja dan Idealismanya,
Bahawa kita perlu benar-benar bersama,
Bukan hanya ratapan di bibir,
Fizikal, hati, akal dan amalnya,
Bahawa kita perlu menesuri jalan ini,
dengan istiqamah dan sabar,
Membina batu-batan ummah satu persatu dengan tekun,
...Penuh seni dan rencana,

Andainya mereka mahu sabar,
Untuk Istiqamah buat seketika lagi,
Mahupun peritnya jalan ini,
ada kuntuman mewangi di hujungnya,

Andaikata mereka bisa memahami,
Yang kupinta bukan untuk diriku,
Namun untuk satu kebersamaan,
Mengangkat Derita Ummat,
........
Hanya andaikata mereka mampu mengerti
dan terus bersama......


Ingin berkongsi sebuah nukilan yang saya dapat ketika Simposium Bring Islam Back(SBIB).Tidak pasti siapa penulisnya, hanya tertulis zamashari@yahoo.com.Kredit untuk penulisnya:) -Nur Hidayah Samsuddin-

No comments: