Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 28 December 2012

Jumaat Yang Diberkati..~

Bismillah Walhamdulillah

Jumaat ke Jumaat, memang cepat sangat masa berlalu. Kalau bersembang dengan suami berkaitan cepatnya masa berlalu ni, mesti suami akan cakap : Nanti di akhirat mesti kita akan cakap macam ni :" Sekejapnya hidup kat dunia ni.. ". Dush..kena sebijik :D

Alhamdulillah, kandungan saya dah masuk minggu ke 15. Gedeh gedeh gedeh gedeh.. ke kelas, exam, dan segala bagai, rupanya dah masuk trimester ke 2 dah. Alhamdulillah.. syukur padaMu ya Allah. Banyak urusan saya dipermudah olehNya. Trimester pertama, tidak banyak alahan yang saya alami.. Awal-awal tu, badan terasa panas pada waktu malam, cepat letih, mood agak swinging.. suamilah jadi mangsa.. huu. maaf ye Mr suami. hehe. Oh ya, kalau loya pun, tak sampai muntah.. bagus anak ibu ni. Tahu ibu dok jauh dengan abi, tengah belajar pulak tu.. So tak rasa masalah sangat. Alhamdulillah ^__-

Lagi 3 minggu lagi saya akan pulang ke Malaysia.. Oohh.. tak sabarnya. Serius tak sabar! Nak jumpa keluarga dan of course la suami kan.. hehe. Dalam seronok nak balik ni, banyak benda nak kena buat. Kenduri 26/1/13 di Pahang dan lepas tu di Kelantan pula. Apa cerita la pasal baju ni.. huu. InsyaAllah sempat settle balik ni :)

Ikut nasihat kak Liyana, search je apa yang perlu nanti. Sebelum bersalin, masa & selepas bersalin. Barang2 baby.. wahhhh.. Panjang list ni. Tapi tak pe.. ni semua pengalaman berharga. Lepas ni boleh bantu orang lain pulak kan? ^__6


Oh ya, saya nak suggest satu page ni. Memang sangat bagus segala info yang ada. Video pun best.. hehe. Explanation sangat mudah untuk kita faham dan ringkas. This is the link : BabyCenter


This is soooo cute.. baby malu la.. :D


Till we meet again. Assalamualaikum :)


Thursday, 22 November 2012

Sajak Untukmu..~

Bismillah Walhamdulillah

It almost 3 months we'd married !! Cepatnya masa berlalu.. Alhamdulillah 'ala kulli haal :)

Tiba-tiba malam ni tergerak pula hati nak tulis sajak buat suami. I knew my bahasa is tunggang langgang, tapi I'm pretty sure one day suami akan baca jugak sajak ni. I knew you are super duper busy ustaz, buat you are good a good 'stalker' of mine. hehe :D 

Suamiku
Di saat dikau melafazkan
Satu lafaz janji
Ikatan hidup semati
Ku amat dihantui dengan gelisahnya hati
Benarkah pilihan ini
Benarkah imam ini
Benarkah nakhoda ini
Akan memimpinku sepanjang hayat
Alhamdulilah
Tuhan telah menunjukkan jalanNya
Dikau akhirnya menjadi suamiku

Suamiku
Selama lebih 2 dekad
Ku dikasihi sepenuh hati
Dicurahi kasih dan sayang
Semuanya tidak bertepi
Itulah kasih kedua orang tuaku
Namun dihari perjanjian itu
Dikau datang memberi cintamu
Lantas mereka tanpa gusar melepaskanku

Suamiku
Ku amat bersyukur pada Tuhan
Kerana asbab Tuhanlah kita bertemu
Kerana Tuhanlah jua
Kita ditakdirkan bersatu
Segala puji bagi Allah
Yang Maha Mendengar dan Memahami
Akan isi hati hambaNya
Meminta agar dikurniakan
Pasangan bersama menuju syurgaNya

Suamiku
Hampir sebulan bersamamu
Adalah dunia asing dan baru bagiku
Ku belajar segalanya tentangmu
Ku dimuliakan sebagai ahli baru keluargamu
Ku amat gembira atas kurniaan ini
Segalanya indah apabila dikenang kembali
Diriku yang berbeza denganmu
Semuanya dikau terima tanpa apa syarat
Benarlah cinta itu hadir tanpa syarat
Kita menerima dan memberi
Segala kekurangan dan kelebihan
Tanpa ada rasa sangsi dan keraguan

Suamiku
Hampir dua bulan sudah
Diriku ini berada di rantauan
Dalam usaha menuntut ilmu
Memasang cita-cita
Berbakti untuk masyarakat
Dikaulah pembakar semangatku
Dikala ku kelelahan
Dikala ku dilambung ombak
Agar kembali meneruskan
Perjuangan di medan ilmu ini
Ku sentiasa meminta untuk difahami
Namun ku lupa untuk memahami
Lantas ku belajar 
Apa itu erti memahami
Memahami itu ertinya memberi..
Dan menolak kepentingan diri

Suamiku
Dikau seorang yang sangat hebat padaku
Cita-citamu sentiasa cerah di hadapan
Dikau harungi segala cabaran
Dikau berkorban sehabis daya
Untuk sentiasa cemerlang dan hebat
Dalam arena akademikmu
Benarlah kata pujangga
Syurga itu hebat
Penghuninya juga adalah hebat!
Semoga Allah kurniakan syurga buatmu wahai suamiku

Suamiku
Ku doakan semoga dikau
Menjadi seorang anak yang soleh
Taat pada ummi dan ayahmu
Abang yang penyayang buat adik-adikmu
Semoga dikau menjadi inspirasi
Buat anak-anak muridmu
Semoga dikau menjadi
Seorang mukmin yang soleh
Seorang pelajar yang cemerlang 
Seorang suami mithali
Pembimbing buat diriku dan anak-anak
Semoga dikau menjadi ikutan 
Tauladan buat zuriat kita

Suamiku
Moga segala doa dan harapanmu
Ditunaikan oleh Allah
Semoga dikau menjadi insan hebat
Di dunia mahupun akhirat

Isterimu,
NourelHousna, Tanta 22.11.12

Tuesday, 6 November 2012

Welcome Back!!

Bismillah Walhamdulillah


It almost half a year I didn't post any entry here. Wah, lamanya.. Bukan apa, sibuk (yeke?). Actually, buat-buat sibuk dan malas yang sebenarnya.

Banyak peristiwa penting yang Allah dah tetapkan untuk berlaku this year. Say Alhamdulillah 'ala kulli haal :)
Right now, I am 5th year medical student in Tanta University. Lagi dua tahun stgh nak habis InsyaAllah. Oh, cepatlah masa berlalu, nak balik Malaysia as soon as possible T__T

From May to half of July, I'd attended 4th year medical exam. Fuhh, lamanya exam. Then, just after finished the exam, I went back home. Ohh, home sweet home at Triang, Pahang and terus uruskan hal-hal untuk bernikah. (Ohh, harap sangat suami saya tidak menjejaki saya di blog ini. huu. malu *blush*)

Tarikh nikah sudah disepakati iaitu 1 September 2012 dan berbetulan sama tarikh dengan hari ulang tahun kelahiran bakal suami. Hmm, nanti senanglah boleh celebrate anniversary + birthday suami. hehe. So, within that time, result pun keluar.. Alhamdulillah, 3 subjek lulus but 1 subjek I have to reseat. huu. Forensic & Toxicology T__T.

Bincang punya bincang dengan family, saya nak nikah jugak 1 September tu. So.. mak suruh balik lepas exam. Exam pulak start 3 Sept sampai 5 Sept. Can you imagine how kelam kabut keadaaan nak nikah dan exam in the same time? Fuhh.. sesak nafas. Tapi tulah, perbincangan tanpa istikharah dahulu. Tiba-tiba je terus buat keputusan. So that night, setelah beristikharah dan juga berbincang lagi, last2 we came up with one decision. Nikah jugak.. tapi jarak jauh. Waaa.. amazing. Suami akad nikah di Malaysia dan isteri di Mesir. hehe. Actually biasa dah berlaku sebelum ni. Nothing problem with that way asalkan nikah tu bukanlah nikah paksa :)

Ok. Stop here. Excited pula bercerita bab ni. Oh ya, now I'm having vacation for 4 days. In fact 3 hari je asalnya. Tapi sebab hari ini bercuti daripada attending end round exam, so bertambahlah cuti sehari. Ini adalah gara-gara sengaja bercuti berlebih-lebihan baru ini. Kan.. dah kene barred from exam. Tapi tidak mengapa.. asalkan masa yang ada baru ni dapat manfaatkan bersama suami. Fortunately, Alhamdulillah department akan buat extra class lepas habis semua round nanti so akan ada exam untuk round Neuropsychiatry ini. Mudah-mudah  kami seramai 20 orang lebih ni dapat study well dan dapat jawab dengan baik nanti InsyaAllah.

Ok. Its enough I think to stop here. Cukuplah sebagai warm up untuk entry-entry yang lain. Saya menulis bukanlah meminta untuk dibaca. Tapi apa-apa sahaja tulisan saya yang memberi manfaat, silakan ambil dan nak share pun tak ape. Mudah-mudahan ianya menjadi saham untuk kami di akhirat nanti. Ceria-ceriakan hidup kita !! See again. Assalamualaikum ;)







Friday, 25 May 2012

Tokoh Ulama Islam : Syeikh Said Hawwa

Bismillah Walhamdulillah

Setiap orang daripada kita pasti ada tokoh yang dikagumi. Dan sebagai umat Islam, tokoh kita yang hebat lagi sempurna pastinya junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. 

Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat sekalian agar kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan dengan sedikit amalan ini, kita akan tergolong dalam golongan yang diberikan syafaat pada hari yang tiada pertolongan melainkan pertolongan daripada Allah dan syafaat daripada baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Hari ini, saya berpeluang untuk mengenali serba sedikit mengenai tokoh ulama Islam yang disegani lagi dihormati ini. Beliau adalah Syeikh Said Hawwa. Siapakah ulama yang hebat ini? Jika dulu, saya sering mendengar nama beliau meniti di bibir penceramah dalam majlis-majlis ilmu dan usrah. Alhamdulillah hari ini hati ini telah diberikan hidayah untuk mencari dan lebih mengenali siapakah Syeikh Said Hawaa.


Kredit : Akh Ibn Suhaimi (http://sirrulasraru.blogspot.com)







Muqaddimah.


Said Hawwa dilahirkan di Hamah Syria tahun 1935. Nama sebenarnya ialah Said Hawa bin Muhammad Dib Hawwa. 

Beliau berusia 2 tahun ketika ibunya meninggal dunia. Beliau berpindah ke rumah neneknya di bawah asuhan sang ayah, seorang pejuang Islam yang berjihad melawan Perancis. Pada masa mudanya berkembang pemikiran sosialis, nasional, ba’ats dan Ikhwanul Muslimin. Allah memberikan kebaikan untuknya dengan bergabung ke dalam Jama’ah Ikhwanul Muslimin, tahun 1952, saat beliau masih pelajar SMU.

Said Hawa berguru pada beberapa Syeikh Syria. Di antaranya iaitu Syeikh dan Ulama' di Hamah, Syeikh Muhammad Al-Hamid, Syeikh Muhammad Al-Hasyimi, Syeikh Abdul Wahab Dabas, Syeikh Abdul Karim Arrifa’i, Syeikh Ahmad Al-Murad dan Syeikh Muhammad Ali Murad. Said Hawa juga belajar pada Ulama' lainnya seperti Musthafa As-Siba’i, Musthafa Az-Zarga, Fauzi Faidhullah dan lain2.

Tahun 1961, beliau lulus dari Universiti Syria dan mengikuti latihan ketenteraan sebagai askar pada tahun 1963. Beliau bernikah tahun 1964 dan dikurniakan empat orang anak. Tiga lelaki dan seorang perempuan.

Dakwah tanpa jemu.

Kehidupan jadual seharian dipenuhinya dengan memberi kuliah, khutbah dan ceramah, di sekitar Jazirah Syria, Arab Saudi, Kuwait, Emirat, Iraq, Jordan, Mesir, Qatar, Palestin, Amerika dan Jerman. 

Beliau juga mengikuti demonstrasi menentang Undang-Undang Syiria pada tahun 1973. Kemudian beliau dimasukkan penjara selama 5 tahun. Di penjara beliau menulis Kitab Tafsir Al-Asas Fit Tafsir (dua belas jilid) dan sejumlah kitab dakwah lain. Beliau memimpin di Jama’ah Al-Ikhwanul Muslimin, dalam negaranya dan antarabangsa. Serta berperanan aktif dalam aktiviti dakwah, politik dan jihad.

Said Hawwa punya kedudukan besar dalam bidang pendidikan. Beliau bekerja sebagai pengajar diluar Syiria. Beliau mengajar di Arab Saudi selama 5 tahun, di Al-Hufuf wilayah Al-Ihsa' selama 2 tahun, dan Madinah Al-Munawwarah selama tiga tahun.

Penyampaian Ilmunya yang meluas.

Said Hawwa memenuhi jadual padatnya dalam erti memberi ilmu dan pelajaran, dialog dan ceramah di Jami’iyah Al-Ishlah Al-Ijtimia’i di Kuwait dan Madrasah An-Najah. Setiap kuliyyah dan ceramahnya mendapat sambutan baik dari generasi muda yang mahu melihat kebangkitan Islam.

Karya yang amat bernilai buat Ummat.

Said Hawwa memiliki karya tulis seputar dakwah dan gerakan, yang diminati para pemuda muslim dinegeri2 arab dan Islam. Sebagian besar karya tulisnya diterjemahkan ke bahasa lain. Di antara karangannya yang telah diterbitkan sebagai berikut:

1. Allah Jalla Jalaluhu

2. Ar-Rasul Sollallahu Alaihi Wassalam
3. Al-Islam
4. Al-Asas Fit Tafsir(Dikarang di dalam Penjara)
5. Tarbiyatuna Ar-ruhhiyah
6. Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan
7. Muzakirat fi manazil as-siddiqin wa rabbaniyyin
8. Al-Asas fi Sunnah[Akidah-Sirah-Ibadah]

Pulang ke Rahmatullah.

Pada Tahun 1987, Said Hawwa terkena stroke, sehingga sebahagian anggota badannya lumpuh. Beliau turut mengalami komplikasi pelbagai penyakit yang lain. Ini memaksa dirinya untuk rehat seketika dari Masyarakat. 

Pada tanggal 14 Disember 1988 Said Hawwa dibawa ke hospital dalam kondisinya tidak menunjukkan boleh pulih dan sihat, sehingga beliau akhirnya meninggal dunia pada hari khamis tanggal 9 Mac 1989 di Hospital Amman, Jordan.

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Said Hawwa Rahimahumullah yang sabar terhadap  penyakit yang dihadapinya, ini kesan penyeksaan dan ujian menyakitkan di penjara selama bertahun-tahun. 


Semoga Allah menjadikan mehnah dan sabarnya dalam perjuangan sebagai pemberat timbangan amal kebaikannya, mengampuninya, menempatkannya bersama para Nabi, Rasul dan Syuhada' dan orang-orang yang soleh, kerana mereka sebaik-baik Hamba Allah di atas muka Bumi ini. Allahumma amiin.



_________________________________________________

Untuk tatapan sahabat lebih-lebih lagi akhawat, jom kita kenali bagaimana kehidupan isteri seorang ulama Islam Syeikh Said Hawaa iaitu Ummu Muhammad. Semoga kisahnya menjadi iktibar dan panduan untuk kita teladani. Sesungguhnya, peranan wanita amat besar dalam usaha mengembangkan dakwah Islam dan pastinya acuan tarbiyah Islam bermula dari dalam rumah tangga.


Kredit : Ukht Ainun Mardhiah Ismail (http://ainunmardhiahismail.blogspot.com/2010/03/cinta-ummu-muhammad-as-syeikh-said.html)



Bagaimanakah Kehidupan Syeikh Said Hawa Secara Terperinci?

Syeikh Rahimahullah amat sibuk dengan urusan dakwah sejak sebelum berkahwin lagi.Oleh itu,selepas berkahwin beliau berusaha meluangkan masanya untuk bersama anak-anaknya dan berbincang dalam pelbagai isu serta mendidik mereka dalam urusan agama dan kemasyarakatan.

Anak-anaknya masih kecil ketika beliau dipenjarakan selama 5 tahun pada 1973 hingga 1978.Lalu saya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan ketika itu dikurniakan 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan - Muhammad, Ahmad, Mu'az dan Fatimah, alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah mengurniakan bantuan kepada saya sehingga mampu memberikan didikan agama buat anak-anak. Justeru, apabila beliau keluar dari penjara maka beliau mendapati anak-anaknya telah membesar di bawah tarbiyah yang baik.

Setiap pagi, beliau akan meluangkan masa bersama anak-anak dan kadangkala sekitar pukul 9 ke 10 malam.Manakala waktu selebihnya adalah untuk urusan dakwah,menulis dan mengarang.Saya akan membantunya dalam beberapa aspek: Jika dia mengarang maka saya akan menaipkan untuknya dan Alhamdulillah kami mampu menghasilkan beberapa kitab.Beliau juga tidak pernah mengabaikan aspek tarbiyah anak-anaknya bahkan memperuntukkan satu hari setiap minggu untuk berkelah dan sepanjang perkelahan tersebut beliau akan mengadakan perbincangan dan sebagainya dengan anak-anak.Kebiasaannya kami berkelah pada hari Khamis manakala hari Jumaat kami akan berada di rumah.

Hakikatnya sesiapa yang mengatur waktunya , pasti dia akan mendapat faedah yang banyak dari aturan tersebut.



Bagaimana Perasaan Ummu Muhammad Ketika Syeikh Rahimahullah Ditangkap dan Dipenjarakan?

Ketika itu,harapan dan pergantungan saya hanyalah pada Allah dan saya tidak sekalipun hilang kawalan diri. Harapan saya agar beliau segera keluar dari penjara dan boleh menyambung semula kerja-kerja dakwah beliau. Saya tetap meneruskan pendidikan terhadap anak-anak sebagaimana biasa dan menggunakan pelbagai wasilah pendidikan seperti kaset-kaset Al-Quran dan kisah-kisah Agama.

Mereka mula menghafaz al-Quran ketika berusia 5 tahun dan kini,tiga daripada mereka telah pun hafiz al-Quran malah mempraktikkan isi kandungannya, alhamdulillah. Selepas 2 bulan beliau keluar dari penjara, adiknya Mahmud, seorang pemuda soleh, melihat beliau di dalam mimpi dibunuh dan mati syahid.



Bagaimanakah Bentuk Kehidupan Ummu Muhammad dan Syeikh Rahimahullah Sebagai Pasangan Suami Isteri?

Kami sama-sama memanfaatkan masa dan menunaikan haknya dan tidak wujud sebarang pembaziran.

Contohnya,jika kamu keletihan,jangan kamu berehat terus,sebaliknya lakukan sesuatu yang menyenangkan dan tidak meletihkan seperti sambil kamu duduk, kamu menulis sesuatu yang berfaedah. Atau letakkan anak kamu di sisi dan kamu ajari mereka sesuatu.Jika dikunjungi tetamu,segerakan penyediaan hidangan mereka. Ataupun jika kamu dikunjungi tetamu secara mengejut, bersedia menyambut mereka. Kesimpulannya, kamu perlu berusaha memanfaatkan waktu.

Kami akan membaca al-Quran selepas solat Subuh dan kemudian meluangkan masa untuk penulisan selama 2 jam tetapi ini kebiasaannya pada waktu cuti. Jika waktu persekolahan, kami akan menulis sekembalinya dari sekolah jika tiada tetamu yang berkunjung. Jika beliau bekerja sendirian, sibuk dengan membaca kitab-kitab lama, saya akan menjalankan kerja-kerja asas rumah dan mengajar anak-anak.Beliau sentiasa meluangkan masa menziarahi kaum kerabatnya pada hari Jumaat. Inilah rutin kami semenjak kami mendirikan rumahtangga.

Pernah sekali saya mimpikan beliau ketika beliau masih dalam bilik kecil dan sempit di dalam penjara. Dalam mimpi itu seolah-olah saya berdiri di hadapan bilik kurungan tersebut dan pintunya terbuka. Saya melihat cahaya memancar dari bilik tersebut dan timbul ketenangan di hati saya bahawa al-Quran yang dihafaznya menjadi pembantunya. Beliau dikurung di situ selama 9 bulan dan selama tempoh itu beliau tekun mengulangkaji al-Quran. Tidak berapa lama selepas itu beliau dikeluarkan ke penjara yang lebih besar yang dihuni oleh orang lain.
Selepas 5 tahun beliau dibebaskan dan ramai yang tidak percayakan peristiwa tersebut melainkan setelah melihatnya dengan mata mereka sendiri. Mereka semua meraikan pembebasan Syeikh Rahimahullah di rumah keluarganya.





Bagaimanakah As-Syeikh Mengenali Ummu Muhammad?


Awalnya, saya hanya mengetahuinya ketika di tahun akhir di universiti sedangkan dia ketika itu telah 2 tahun meninggalkan universiti. Saya tidak mengenalinya langsung namun mengetahuinya dari sepupu sebelah ibu saya. Sebelum kami berkahwin, berlaku pelbagai penentangan di Syria, kemudian demonstrasi Hammah, masjid-masjid dibakar dan keadaan ini memaksa beliau berlindung di Iraq selama 2 bulan. Beberapa individu tertentu yang baik hati telah membantunya sehingga diampuni dan dibolehkan memasuki Syria kembali. Sekembalinya dari Iraq, kami terus mendirikan rumahtangga dan menetap di kampungnya, Hammah selama 2 tahun. Kemudian kami ke Saudi selama 5 tahun dan kembali semula ke Syria dan ketika itulah beliau dipenjarakan.

Beliau sering menawarkan saya menemaninya dalam musafir namun saya lebih selesa untuk bersama anak-anak dan meneruskan tanggungjawab saya mendidik mereka. Waktu keluar untuk urusan dakwahnya sering tidak menentu namun saya akan selalu berpesan setiap kali beliau ingin keluar.." ALLAH MA'AK" (ALLAH BERSAMA KAMU) dan apabila tetamu datang , saya akan ucapkan "Ahlan wa sahlan."

Jika dikunjungi keluarganya, saya akan meraikan dan melayan mereka dengan sebaiknya. Antara sikap beliau yang amat saya fahami adalah beliau inginkan agar ibu bapanya dilayan dengan baik. Begitu juga dengan tetamunya. Ibunya masih ada lagi dan kami sering menziarahinya. Bapanya telah pulang ke rahmatullah 4 bulan lebih selepas Syeikh Rahimahullah meninggal.




Apakah Aturan Pendidikan Untuk Anak-anak Ummu Muhammad?

Pertamanya, suruh anak-anak mengerjakan dan menyelesaikan urusan agama bermula dari aspek Tauhid dan Ibadat.

Ajari mereka al-Quran dan mulakan dengan Surah Al-Ikhlas sehingga mereka mampu memahami keesaan Allah. Tekankan tentang aspek ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji. Pada masa yang sama aspek akhlak dan pergaulan dididik dengan sebaiknya kerana semua perkara ini perlu dipupuk sejak anak-anak masih kecil.

Tarbiyah dalam aspek ibadah dan agama bila dipupuk sejak kecil, maka bila mereka mencapai usia mukallaf maka mereka tidak akan rasa susah dan tertekan kerana semua perkara tersebut telah menjadi rutin dan resam kehidupan mereka. Pendidikan agama buat anak-anak akan memberi impak pada sudut Akhlak mereka,oleh itu wajib bagi ibu bapa mendidik mereka atas dasar perintah dan suruhan Allah.

Jika sudut Agama pada anak-anak diabaikan ketika mereka masih kecil, maka proses didikan tersebut akan sukar terutamanya apabila mereka mencapai usia 10 tahun atau lebih,dan masalah ini lebih ketara kepada anak-anak perempuan. Komitmen anak-anak dalam berpakaian,menutup aurat,solat dan puasa akan menjadi sukar ketika itu malah penentangan sering berlaku disebabkan tiadanya latihan di peringkat awal.

Suasana didikan yang saya terima dan ketika bersama Syeikh Rahimahullah adalah sama,sama ada dari segi pakaian, kerja dakwah , penulisan, dan menyambut tetamu. Lantaran semuanya atas dasar dakwah dan Islam. Niat kami sentisa , InsyaAllah adalah kerana Allah dan untuk Islam serta atas dasar menegakkan kalimah Allah Taala.



والله ا علم



Sunday, 6 May 2012

Jom bersyukur..:)

Bismillah Walhamdulillah


Hanya entri ringkas. :)


Pernah tak dalam suatu keadaan, kita rasa ketidakcukupan, ketidakpuasan dan segala-galanya tidak menyebelahi kita?

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada 'rasa' itu kerana benarlah firman Allah dalam kitabnya yang membawa maksud hanya sedikit sahaja daripada hambaNya yang bersyukur.

Jadinya, saya menyerulah kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, utamakanlah rasa SYUKUR terlebih dahulu dalam apa jua keadaan. Ingatlah bahawa masih terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tanpa sedar. Bukankah Allah telah berjanji kepada hambaNya dalam surah Ibrahim ayat ke 7 :






Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".




Jom jadi hambanya yang berSYUKUR! :)





Raihan - Syukur







Thursday, 12 April 2012

Bukan Niatku..~

Janji ku
Disuatu ketika
Bahawa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa 
Cuba memalingku dari jalan bahagia
 

Ternyatalah perjalanan ini 

Tidak semudah yang ku tafsirkan 

Jalannya berliku
 
Turunnya berliku
 
Jika tersilap langkah
 
Menyesal sesal selamanya
 

Kasih andai cinta yang kusemai
 
Rapuh menanti ditewas dugaan
 
Maafkan aku
 
Kiranya tak tertanggung

Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku 
Yang tiada berdaya

Kerana bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yag kusemai 
Rapuh menanti ditewas dugaan
 
Maafkan aku
 

Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan 
Mungkinkah ada pengampunan dariMu

Kembalikan fitrah kehambaanku 
Hinanya aku
 

Merayu kepadaMu 
Setelah kering dosa yang kulakukan
 

Maafkan aku 
Yang tiada berdaya
 
Kerana bukan niatku untuk melakukannya





[Bukan Niatku-Devotees]

Monday, 9 April 2012

Bagaimana Kita dan Masa..~

Bismillah Walhamdulillah

Akhirnya, ada juga coretan disini setelah sebulan lebih saya bercuti dek kerana laptop saya bermasalah. Ini pun, tumpang laptop kawan..^__^

Sejak kebelakangan ini, saya banyak kali mendengar tazkirah yang dikaitkan dengan masa. Lebih tepat lagi, tazkirah yang menghuraikan Surah Al-Asr.

Allah telah bersumpah sesungguhnya manusia sememangnya akan menjadi  golongan yang rugi. Rugi di dunia juga rugi di akhirat. Melainkan :

1- Golongan yang beriman
2-Golongan yang beramal soleh
3-Golongan yang berpesan-pesan kepada kebenaran
4-Golongan yang berpesan-pesan dengan kesabaran

Jadi, kita dimana? T__T

Diri kita sendiri tahu di mana kedudukan kita. Semoga Allah golongi kita dalam golongan yang keempat-empat diatas. Ameen.

Semakin berlalunya masa, semakin banyak pengalaman yang kita harungi dan rasai. Sepanjang permukiman saya di Mesir yang hampir memasuki 5 tahun ini, banyak pengalaman yang saya perolehi. Segala suka duka, pahit manis bersama sahabat-sahabat di sini, sememangnya akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati.

Peredaran masa sebenarnya mengajar kita banyak perkara. Seringkali masalah dan dugaan yang menimpa, akan memberi kesan yang cukup hebat jika tidak ditangani dengan baik.

Sewaktu kecil, pandangan kasar saya pada kehidupan ini adalah hidup untuk mencari bekalan di hari tua. Bermula dengan belajar di sekolah, universiti, bekerja, berkeluarga dan akhirnya bersenang-lenang bersama cucu cicit di hari tua. Itu pandangan saya sewaktu dulu. @__@

Namun, setelah diberi peluang oleh Allah untuk memahami apakah tujuan kita dihidupkan, persepsi tersebut kian berubah sedikit demi sedikit. Kita dihidupkan oleh Allah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri sepenuh masa kepada Allah. Jadi, apakah belajar dan bekerja dikira sebagai pengabdian kepada Allah?

Ya. Jika setiap perkara baik diniatkan kerana Allah, ianya akan menjadi ibadat. Dan semestinya ibadat wajib tidak ditinggalkan.. :)

Jadi, apa-apa yang kita lakukan hari ini sebenarnya adalah untuk mencari bekalan di akhirat nanti. Dunia juga perlu, namun ia bukanlah matlamat akhir. Matlamat kita mencari dunia ini, adalah sebagai tempat mencari bekalan sebanyak-banyaknya untuk dibawa ke akhirat nanti.

Dalam hidup ini, kita akan dibentangkan dengan pelbagai ujian dan cubaan. Seringkali kita inginkan indahnya perjalanan hidup ini sepi dan sunyi tanpa ujian dan hanya dipenuhi dengan kegembiraan. Namun lupakah kita bahawa jalan ke syurga itu susah dan penuh dengan rintangan? Adakah mudah untuk kita sebagai hambaNya melangkah ke syurga tanpa melakukan apa-apa pengorbanan?

Kembali kepada masa.. Dalam seharian, berapa sangatlah minit kita peruntukkan untuk Allah. Selainnya, kita banyak habiskan kepada perkara-perkara dunia. Jika bukan kerana rahmat Allah yang menjadi penyebab untuk kita layak menghuni syurgaNya, agaknya amalan kita ini tiada nilai disisiNya. Sudahlah berapa minit sahaja dalam sehari, belum dikira mengenai niat dan salahnya cara beribadah..Allahu Allah..

Masa yang berlalu juga, sebenarnya mengajar kita untuk lebih serius dalam kehidupan. Jika diwaktu kecil, kita bebas bersuka ria tanpa ada tanggungjawab untuk difikirkan dan dilaksanakan. Apabila semakin dewasa, kita semakin dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Namun disana, adanya kasih sayang yang kian bertambah untuk mengiringi tanggungjawab yang diberikan. Bukankah Nabi berdakwah dengan kasih sayang dalam melaksanakan tanggungjawabnya?

Dalam kehidupan, kita banyak membuat perancangan demi perancangan. Setiap perancangan yang dilakukan, akhirnya akan kembali kepada tuan perancang kita iaitu Allah. Jadi, sebagai peringatan untuk kita yang mudah lupa ini, sentiasalah berdoa supaya Allah membesarkan jiwa kita untuk menghadapi ujian yang Allah berikan. Ujian datangnya dari Allah, maka Allah jualah yang akan membantu kita menyelesaikannya. Salahnya kita apabila ditimpa ujian, bukan Allah yang menjadi tempat mengadu terutama kita.. Apakah manusia yang lemah kudratnya dapat menyelesaikan masalah?

Allah jualah tempat kita mengadu.

Allah jualah tempat kita bergantung.

Allah jualah tujuan masa yang dikurniakan untuk kita luangkan sepenuhnya.

Wallahualam

Wednesday, 21 March 2012

Wanita Solehah..~



Dirimu bak kasturi yang mewangi
harumannya bergentayangan di persada bakti
menjadi kebanggaan para suami
yang sanggup membela pengorbanan isteri.

Dalam erat ketaatanmu kepada Ilahi
dalam rapat ikutanmu kepada Nabi
kau sentiasa memakai jilbab menutupi diri
supaya menjadi muslimah yang sejati.

Teladanilah peribadi Ummul Mukminin
mereka memiliki khazanah watak menakjubkan
pakailah mereka sebagai tudung ikutan
yang menutupi aurat keluhuran.

Sedarilah wahai para srikandi
dirimu telah dibela Nabi
indahkanlah dirimu dengan iman di hati
pesonakanlah dirimu dengan taqwa di sanubari.

Dunia ini umpama lautan perhiasan yang indah
sepesona perhiasan adalah permata wanita solehah
yang telah terpateri jiwa ilmu dan mahabbah
kaulah sesungguhnya insan bernama wanita solehah.


uswah teladan,
Sabah,
14 Disember 2006.

Thursday, 8 March 2012

Anak-anakku..~

Anak-anakku
Ingin ibu khabarkan bahawa
Allah itu Maha Pengasih
Jua lagi Maha Penyayang


Secebis rasa
Anugerah Allah ini
Amat ibu hargai
Agar ibu dapat menyayangi
Jua mengasihi anak-anak
Dengan sepenuh hati


Anak-anakku
Lama sebelum kamu dilahirkan
Ibu cuba mendidik diri ibu
Agar tabiyah ibu ini
Bisa meresap dalam jiwamu
Agar roh perjuangan ini
Akan diteruskan olehmu


Anak-anakku
Dalam hidup yang kian mencabar
Akidah semakin longgar
Ibadah semakin tawar
Akhlak semakin pudar
Hati jua bertambah gusar
Ibu terus jua melangkah
Dengan harapan penuh pasrah


Anak-anakku
Besarlah kamu nanti
Dengan jiwa yang besar
Matlamat yang jelas
Berlembutlah dengan tindakanmu
Namun tegaslah dalam prinsipmu
Jadikan Allah sebagai tujuan hidupmu
Jadikan Rasul sebagai ikutanmu


Anak-anakku
Jadikan ilmu sebagai sahabat karibmu
Kerana dengan ilmu
Bisa menerangi dunia walau tanpa cahaya
Dengan ilmu
Kamu dapat mengenali
Erti hidup yang sebenar


Anak-anakku
Didiklah hati
Agar sentiasa takutkan Allah
Lembutkan hatimu
Dengan zikrullah
Air matamu keranaNya
Adalah jauh lebih baik
Dari dunia dan segala isinya


Anak-anakku
Walau kasih mana sekalipun ibu
Tiadalah terbanding dengan kasihNya
Jika di dunia kita tidak bertemu
Yakinlah pada janjiNya
Disana kita akan bertemu jua


Anak-anakku
Bertaqwalah kamu
Ibu amat menyayangimu
Sepenuh hati ibu
Walau ibu tidak pernah
Bertemu denganmu..


[Ibu to be]

Tuesday, 14 February 2012

Mencari RedhaMu..~

Tuhanku
Kami manusia hina
Berkali kali terjatuh
Berkali-kali tersungkur
Berkali juga terduduk

Namun
Rahmat dan kasih sayangMu
Tidak pernah jemu menyapa
Tidak pernah berkurang sedikit cuma
Tidak pernah malu datang berjumpa

Tuhanku
Berilah secebis kekuatan
Untuk kami bangkit semula
Hidup dengan hidayahMu
Agar kami terus berlari
Mencari redhaMu..


++

Friday, 10 February 2012

Tokoh Doktor Muslimah

RUFAIDAH AL-ASLAMIYYAH AL-ANSORIYYAH R.A.




Rufaidah r.a. adalah seorang wanita dari suku kaum Aslam dan anak kepada seorang tabib (doktor) yang terbilang dalam kalangan kaumnya di Yathrib (Madinah) dan juga di Semenanjung Tanah Arab.

Beliau banyak belajar tentang perihal penyembuhan dan perawatan daripada bapanya semasa membantu bapanya merawat pesakit.


Rufaidah r.a. merupakan seorang gadis yang mempunyai keperibadian yang mulia, lemah lembut, dan bersopan santun. Sifat penyabar dan penyayangnya telah membantu meringankan kesakitan dan penderitaan para pesakit yang dirawati.

Rufaidah r.a. telah mengistiharkan keislamannya dengan disaksikan oleh utusan-utusan Rasullah s.a.w. di Madinah setelah mendengar beberapa potong ayat al-Quran. Keislamannya itu telah menjadikan beliau bersifat lebih sabar, menyayangi, dan mengasihi sesama insan.

Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih banyak wanita dan remaja yang terdiri daripada muslimah untuk mendalami ilmu perawatan.

Beliau merupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dalam kalangan umat Islam pada ketika itu.

Semasa bermulanya peperangan jihad, Rufaidah r.a. telah memohon keizinan daripada Rasullullah s.a.w. untuk bersama-sama sekumpulan wanita terlatih untuk menyertai medan peperangan bagi membantu memberi rawatan kepada para tentera yang tercedera dan yang memerlukan bantuan pengubatan.

Selepas peperangan Badar, Rufaidah r.a. telah kembali ke Madinah dengan memulakan satu era perawatan yang baru dengan mendirikan sebuah khemah sebagai markaz untuk melaksanakan aktiviti rawatan dan perawatan. Beliau menghabiskan banyak masa di khemah tersebut untuk berkhidmat kepada orang ramai.

Ibnu Ishaq menyebut tentang Rufaidah r.a. dalam kisah Sa’ad bin Mu’adz r.a. terluka di parit pertahanan (Peperangan Ahzab).

Kemudian Rasullullah s.a.w. bersabda: “Tempatkan dia di khemah Rufaidah yang berada di masjid, hingga aku menjenguknya sebentar lagi..”

Dalam al-Adab al-Mufrad, Imam Bukhari berkata; Diceritakan kepada kami oleh Abu Nu’aim; Dia berkata; Ketika lengan Sa’ad r.a. terluka semasa peperangan Khandaq, maka dikatakan: “Bawalah dia kepada seorang wanita bernama Rufaidah, kerana dia akan mengubati orang-orang yang terluka."

Apabila Rasullullah s.a.w. singgah ke tempatnya, baginda s.a.w. bersabda: "Bagaimana keadaanmu di petang ini?”

Sedangkan apabila waktu pagi, Nabi s.a.w. bersabda: “Bagaimana keadaanmu pada waktu pagi?”

Di sini jelas menunjukkan kegigihan dan kesungguhan Rufaidah r.a. dalam melaksanakan tugas perawatannya seperti yang digambarkan bahawa beliau bekerja untuk satu jangka masa yang panjang, dan ini jelas diperakui oleh Rasullullah s.a.w.

Sesungguhnya Rufaidah r.a. adalah perintis bidang Kedoktoran dan Kejururawatan yang terulung. Khemah Rufaidah r.a. di Masjid Nabawi yang dibinanya pada tahun 2 Hijrah bersamaan 624 Masihi tetap menjadi contoh yang cemerlang dalam bidang Kedoktoran dan Kejururawatan pada zaman permulaan Islam sehingga ke hari ini.


Sumbangan dan dedikasi beliau jelas mendahului Florence Nightingale iaitu 1200 tahun lebih awal.


Monday, 16 January 2012

Erti Syukur..~


Bismillah Walhamdulillah.

Usia saya hampir memasuki 24 tahun. Biar benar? ^__6

Itulah hakikatnya. Sebelum ini, angka 21,22 atau 23, masih saya rasakan 'muda'. Namun bila angka 24 hampir menjelma, saya mula mencongak diari hidup dengan lebih mendalam.

Saya gembira melihat sahabat-sahabat sepengajian saya sudah berjaya menamatkan pelajaran di peringakat ijazah. Bahkan ada yang terus menyambung master! Tahniah buat kalian. Teruskan jihad kalian dalam bidang masing-masing :)

Saya juga gembira melihat sahabat-sahabat saya seorang demi seorang telah sampai 'seru'nya. Alhamdulillah. Bahkan sudah ada yang menimang cahaya mata yang comel-comel belaka. Tidak terkata bahagianya hati apabila melihat mereka bahagia bersama keluarga. Seorang wanita yang normal, akan rasa lebih bahagia dengan kehadiran suami dan anak-anak dalam usahanya mencari redha Allah :)

Jauh disudut hati saya, ada sedikit perasaan cemburu.. Tipulah jika saya tiada keinginan dan impian seperti mereka. Namun saya yakin, Allah Maha Adil dan Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Bersyukurlah ^__-

Cuma apa yang saya ingin jelaskan disini, sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada bisikan-bisikan yang boleh membawa kepada kesesatan. Bahkan paling parah apabila bisikan-bisikan tersebut membawa kita supaya mempersoal segala Qada' dan Qadar yang telah Allah tetapkan. Lantaran melihat kelebihan-kelebihan orang lain, kita menjadi terlalu cemburu dan hilang sifat bersyukur dalam diri.. Nauzubillah.

Siapa pun kita, apa yang kita ada, dimana kita berada, kita mesti menjadi hamba Allah yang bersyukur. Menjadi hamba Allah yang bersyukur bukanlah mudah. Sebab itulah Allah telah jelaskan dalam Al Quran mengenai kuantiti hambaNya yang bersyukur. Jumlahnya adalah sedikit. Maka, kitalah yang mesti berusaha untuk menjadi sebahagian daripada golongan sedikit yang telah Allah nyatakan.. InsyaAllah.

Bila kita rasakan sifat syukur semakin menjauh dalam diri, cepat-cepatlah ingat kembali segala nikmat berharga yang Allah telah kurniakan pada kita. Paling utama, nikmat Iman dan Islam. Dalam berjuta lemon manusia yang ada dimuka bumi ini, hanya sebahagian sahaja yang Allah kurniakan nikmat Islam samaada Islam keturunan mahupun daripada pencarian masing-masing. Dalam kebanyakan muslim yang ada, hanya sebahagian sahaja yang dikurniakan iman. Dikalangan yang beriman pula, Allah pilih lagi untuk dikurniakan kemanisan iman.. Jadi, dimanakah kita?

Tatkala ini, saya sedang membuat persediaan untuk peperiksaan end round untuk subjek Otorhinolaryngology [Ear, Nose & Throat]. 

Pada tajuk Larynx (bahagian tekak), terdapat dua proses yang berlaku serentak dalam satu masa. Semasa kita menelan (swallowing), secara automatik, larynx akan tertutup sendiri. Bayangkan sekiranya larynx tidak tertutup semasa kita menelan, segala isi dari mulut akan masuk ke dalam saluran pernafasan in stead of saluran makanan. Itulah punca berlakunya tindakan reflex iaitu tersedak apabila salahnya laluan isi mulut
yang sepatutnya masuk ke dalam esophagus tiba-tiba termasuk dalam trachea.. Jadi, berhati-hatilah sewaktu mengunyah makanan. Jangan gopoh. Kunyahlah perlahan-lahan sambil menikmati makanan agar makanan tersebut tidak tersalah laluan ^__-

Oh ya, kaitan proses swallowing diatas dengan entri ini adalah kita mesti bersyukur atas segala kurniaan yang Allah kurniakan pada kita yang diantaranya adalah nikmat dapat menelan makanan dengan baik.. Alhamdulillah. Nikmat besar tu sahabat-sahabt apabila dapat menelan makanan dengan baik ^__-

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang bersyukur. Ameen :)














Wednesday, 4 January 2012

Melangkah Lagi..~

Bismillah Walhamdulillah

Tatkala mata semakin terasa berat, saya gagahi jua untuk menulis. Menulis untuk kepuasan sendiri. ^__^

2012. Ya. Itulah tahun baru. Begitu pantas masa berlalu. Sesiapa sahaja akan mengucapkan perkara yang sama. Cepatnya masa berlalu.

Sepanjang hidup saya selama 23 tahun ini [bakal masuk 24 tidak lama lagi], banyak perkara baru yang saya belajar. Dan sememangnya, proses pembentukan diri sentiasa berlaku. Perubahan demi perubahan cukup dirasai. Alhamdulillah.

 Kasih sayang

Insan yang paling banyak mengajar saya erti kasih sayang tidak lain tidak bukan adalah keluarga saya terutamanya Mak. Sungguh, saya teringkatkan kata-kata mak :

"Kasih sayang itu bukan seperti roti. Sekali dimakan, ia akan habis. Kasih sayang itu ibarat air. Semakin dicurah, semakin jauh ia pergi.."

Mak banyak mengajar saya bagaimana untuk sabar. Dan diakhirnya, pasti mak akan ingatkan pada Allah SWT.

Ya Allah, mak sungguh hebat. Dari mana tarbiyah mak dapat, saya tidak tahu. Namun, itulah naluri seorang ibu.  Ibu sesiapapun adalah hebat!


Tawakal

Tawakal tidaklah semudah yang disangka. Kita sebagai manusia, sentiasa inginkan apa yang kita rasa perlu dan baik untuk kita. Namun kita terlupa untuk berserah akan segala-galanya pada Allah. Allah berhak untuk memberi apa yang terbaik untuk kita. Ya, sangat susah untuk sampai pada tawakal yang sebenarnya. Namun, manisnya bila kita bertawakal adalah sangat terasa bahagia dihati. Kebahagiaan apakah yang lebih manis selain mendapat apa yang Allah redha?


Bersambung lagi..^__-