Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 10 December 2008

Salam Aidiladha Dari Mesir


Allahuakbar..Allahuakbar..Lailahaillallah..Allahuakbar Walillahilhamd


Sayu apabila mendengar takbir raya dendangan kumpulan Hijjaz dalam laptop
Hajatnya teringin juga nak menitiskan air mata sebab raya kat perantauan..
Tapi bila jalan ke Istad, macam tengah berwukuf pula rasanya..
Ribuan manusia tenggelam dalam kesesakan dan laungan takbir irama Mesir

Aidiladha..
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Aidiladha..
Ibadat korban iaitu taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.


Aidiladha..
10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.


Aidiladha..
Orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.

Ya Allah.. Terimalah amalan-amalan kami..Ameen

2 comments:

Ivo Serenthà said...

Greetings from Italy, good luck

Hello, Marlow

IxNiLaTiS said...

I don't understand ... could you please write in English so we can understand what they are doing ???