Segala pujian bagi Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.Saya telah selamat sampai ke Malaysia pada 2 Julai lepas dengan menaiki pesawat Egypt air.Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah swt.Perasaan takut juga kadang-kadang bertandang kerana saya balik berseorangan dan Alhamdulillah semasa di lapangan terbang saya telah ditemukan dengan Liyana,adik junior semasa di CFS IIUM yang juga merupakan pelajar tahun 2 perubatan Kaherah.
Cuti kali ini sungguh panjang.Lebih daripada 3 bulan.Alhamdulillah.saya tidak pernah merasai cuti sepanjang ini.Tidak seperti orang lain,selepas SPM saya terus masuk belajar di Darul Quran.Tahun lepas pula,dek kerana mengambil peperiksaan ulangan di tahun satu,cuti hanya berbaki sebulan setengah. Ala kulli haal,cuti bukanlah bermakna cuti sepenuhnya.Cuti tersebut hanyalah cuti dari kuliah universiti sahaja.Sedangkan tuntutan menuntut ilmu itu tidak pernah diberikan hari cuti oleh Allah swt.
Selama hampir 2 minggu di rumah ini,saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga.Alhamdulillah atas nikmat keluarga yang Allah berikan.Baiti Jannati.Keluargaku Syurgaku.Berjumpa dengan kakak,adik-adik,mak abah sangat memberikan kesan dalam hati.Alhamdulillah.Segala kesalahan yang saya lakukan dahulu,saya perlu betulkan.Kadang-kadang berkata tanpa memikirkan perasaan orang lain.Mengguris hati orang lain,perlu diubah agar akhlak diri sebagai Muslimah kekal terpelihara.
Selama 2 minggu juga,banyak juga jadual yang dirancang tidak menjadi.Perlu lebih berdisiplin.Saya juga masih mencari-cari program yang boleh saya sertai agar cuti menjadi lebih terisi.Tahniah juga kepada sahabat saya,Nur Izaidah Ishak yang akan melangsungkan perkahwinan pada 18 Julai ni.Maka,pecahlah tradisi dalam Generasi 7 persijilan DQ.Tahniah zed.Moga kekal hingga ke syurga.Ameen ya rabb.:)
Berada dirumah,saya mengharapkan saya dapat meringankan tugas mak abah.Saya cuba untuk melakukan yang terbaik dan memastikan cuti tidaklah menjadi ungkapan seperti ‘perabeh boras je..’ atau ‘menternak badan..’ ataupun ‘menanam anggur’.InsyaAllah.Terlalu banyak yang saya ingin kongsikan tetapi mood untuk menulis masih berada di Mesir.’Tak mahu ikut balik lagi rasanya.:)
Tahniah kepada sahabat-sahabat yang lulus cemerlang dalam peperiksaan.Kepada sahabat yang akan menghadapi peperiksaan ulangan,teruskan usaha.Saya sentiasa doakan kalian agar tabah dan lulus semua subjek yang diambil.Saya telah merasai keperitan seperti itu tahun lepas.Dan sememangnya saya sentiasa perlukan kata-kata semangat terutamanya dari mak abah.Sahabat-sahabat sekalian,ayuh kita bantu sahabat-sahabat kita. Jika tidak mampu,berdoalah selalu kerana sebagai umat Islam,doa adalah senjata kita yang paling mujarab.InsyaAllah.
Saya nak berkongsi satu resepi yang mudah untuk kita semua yang nak menjimatkan masa di kala musim peperiksaan ini. Selamat mencuba ya!
Bahan-bahan: Ikan bulti(talapia) Bawang besar Cili besar Limau nipis Serbuk kunyit garam gula
Cara-cara 1.Potongkan semua bahan-bahan di atas mengikut kreativiti sendiri. 2.Sapukan sedikit serbuk kunyit,garam dan gula.(pastikan ikan dikelar) 3.Susun semua bahan-bahan yang dipotong tadi. 4.Perah limau nipis ke atas ikan. 5.Kukus sampai masak.Lebih kurang 20 minit.(boleh juga dibakar)
Anda boleh tinggal kukusan sementara untuk baca buku..hehe =)
PELAJAR perubatan perlu bersedia berhadapan dunia pekerjaan kerana tanggungjawab mereka bukan merawat semata-mata. Berhadapan senario semasa mereka perlu sedia meluangkan masa dengan menasihatkan masyarakat mengenai pentingnya mencegah penyakit daripada merawat. Ikuti pandangan Ketua Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Fakulti Perubatan Universiti Malaysia, Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud kepada wartawan Norliza Abdullah.'
Apabila membaca keratan akhbar online di atas,terasa bebanan menjadi pelajar perubatan bukanlah sekadar belajar untuk merawat sahaja bahkan bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat mengenai kepetingan kesihatan kepada masyarakat awam. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada ukhti Anis Maisarah kerana telah mem'forward'kan link ini.
Hikmah
Hubungan ahli perubatan dan masyarakat amat penting kerana disitu terdapat tuntutan yang dapat dipenuhi oleh muslim.Menepatilah dengan suruhan Allah swt dalam Alquran:
"..Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa,dan jangan saling bertolongan dalam berbuat dosa dan pelanggaran.Dan bertakwalah kamu kepada Allah,sesungguhnya Allah amat berat siksaNya"[Al-Maaidah,2]
Bukankah saling memperingat mengenai penjagaan kesihatan adalah perkara kebaikan? Pepatah Arab juga ada mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubat.Maka,daripada dalil ini usahlah kita berasa ragu-ragu dan ‘culas’ untuk terus menyampaikan risalah mengenai kepentingan kesihatan ini.
Dalam fatrah kita sebagai pelajar perubatan khususnya di bumi anbiya’ ini,seharusnya kita mengambil penekanan terhadap penguasaan dalam aspek ilmu perubatan itu sendiri. Tidak lengkap pula rasanya jika kita tidak menguasai ilmu perubatan dalam aspek perundangan Islam yang mana meliputi banyak ruang lingkup terutamanya dalam masalah istinbat hukum.Bahkan banyak hukum hakam dalam perubatan akan disoal oleh pesakit pada masa akan datang.
Oleh itu,saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan perubatan khususnya agar kita sama-sama menguasai seboleh mungkin segala ilmu yang kita pelajari disini. Peperiksaan bukanlah matlamat terakhir bagi kita,tetapi peperiksaan adalah kayu ukur kepada kesungguhan kita.Moga-moga ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada masyarakat.Bukankah sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain?
InsyaAllah,kita buktikan kita boleh! Ameen ya rabb.
Dedikasi khas untuk jiwa-jiwa yang sedang diuji.Diuji dengan kesusahan dan kesedihan yang merentap langkah, tak lupa juga yang diuji dengan virus-virus kemalasan.Virus yang bahayanya saya kira lagi teruk dari H1N1
Andainya mereka mengerti, Indahnya dunia berbanding perjuangan, Hanyalah sementara, Empuknya tilam baldu itu, Gahnya rumah besar itu, Ampohnya Waja dan Benz itu, Manisnya Puan Suri ..dan gagahnya Abang Budiman, Indahnya gelar tuan, dato' dan profesor, Kecil berbanding imbalan Tuhan.
Andaikata mereka mahu sedar, Derita umat tiada pahlawanyya, Selain pidato di kedai kopi, parlimen, ...kursus motivasi, mahupun kuliah pengajian, Yang berakhir dengan bicara, demi bicara, Yang jauh dari mengangkat kecewa, ...merubat luka, atau membanteras gejala, Kalau tidak kita, siapa lagi? Kalau tidak sekarang, bila lagi? Kalau tidak di sini, di mana lagi?
Andai mereka mahu benar-benar percaya, Bahawa jalan kita ini benar-benar panjang, Bukan sedar, mengangkat tangan, mendaftar diri ...mahupun memegang jawatan, Tidak cukup juga menyinsing tangan, memerah keringat, ...berpanas, berembun, berselut, berpergian, Pengorbanan, keletihan, kecewa dan marah, ...hanya pemula perjalanan,
Andaikata mereka mahu bersaksi, Bahawa kita ini perlu benar-benar bersedia, Pelbagai maksiat dengan pelbagai nama, WTO ke IFC, Miskin Bandar ke HIV, Derita minyak ke OKU, IPRs ke Liberalisasi,Takbai ke Rumah Putih, Menanggung amanah bersama ummah, Lisan,Ilmu, Rohani, Kerja dan Idealismanya, Bahawa kita perlu benar-benar bersama, Bukan hanya ratapan di bibir, Fizikal, hati, akal dan amalnya, Bahawa kita perlu menesuri jalan ini, dengan istiqamah dan sabar, Membina batu-batan ummah satu persatu dengan tekun, ...Penuh seni dan rencana,
Andainya mereka mahu sabar, Untuk Istiqamah buat seketika lagi, Mahupun peritnya jalan ini, ada kuntuman mewangi di hujungnya,
Andaikata mereka bisa memahami, Yang kupinta bukan untuk diriku, Namun untuk satu kebersamaan, Mengangkat Derita Ummat, ........ Hanya andaikata mereka mampu mengerti dan terus bersama......
Ingin berkongsi sebuah nukilan yang saya dapat ketika Simposium Bring Islam Back(SBIB).Tidak pasti siapa penulisnya, hanya tertulis zamashari@yahoo.com.Kredit untuk penulisnya:) -Nur Hidayah Samsuddin-
When natures strikes, human being are so terribly affected and worried, but when human being devastates and destroys nature, no one are being worried for its effect. know with the recent health concern, I think it's nature's way to lessen population, and to discipline human being.. So better be careful with our acts, swine virus is just out there, or who knows nature still working for something to maintain the equilibrium in the ecosystem.
Di celah-celah kesibukan (yeke?) nak menghadapi peperiksaan akhir ni, sempatlah juga saya nukilkan sedikit ingatan untuk mak saya.. Memang hari-hari saya dan sepatutnya kita ingat selalu kat ibu bapa kita. Apalah salahnya kita raikan Hari Ibu..
Mak adalah insan yang sangat penting dalam hidup saya. Mak seorang yang bijak dalam kehidupan dan sangat berwawasan tinggi. walaupun pendidikan setakat spm, tapi mak buktikan bahawa mak boleh berjaya malah lebih daripada orang yang berpendidikan tinggi. Saya akui,saya kurang berkomunikasi dengan mak. Tapi,naluri dan hubungan hati kami tak pernah silap.
Terlalu banyak kenangan pahit manis kehidupan kami sekeluarga. Saya masih ingat dikala mak dibuang oleh keluarganya sendiri lantaran ketidakpuasan hati mereka terhadap pembahagian harta pusaka arwah. Namun,Allah Maha Adil.. Allah tunjukkan kebenaran. Akhirnya,mak jualah yang datang kembali untuk memperbaiki keadaan keluarganya yang kucar kacir.. Hanya Allah yang tahu,betapa saya rasa kehilangan pada waktu itu..
Mak sanggup tinggalkan abah dan anak-anak (atas kebenaran)semata-mata untuk membela tok di kampung. Dikala itu, saya yang akan menghadapi PMR,agak tertekan. Saya perlukan mak. Namun,saya pendamkan. Saya marah pada mereka yang buat masalah dan mengambil mak saya.. Namun, Allah Maha Adil.. Segala masalah selesai dengan kepulangan mak dan keputusan PMR saya memberansangkan.
Pada suatu malam,jiran saya berbangsa Cina tanya kepada saya.
Jiran : Kenapa mak lu nangis2 minggu lepas?? Wa tengok dia angkat barang-barang masuk kereta.. Saya : Oo..yaka..saya pun tak tau mak saya nangis..masa tu,saya dok asrama..ada abah saya saja..mak saya nangiskah?? (bertanya utk kepastian) Jiran: Yala.. wa ingat mak lu gaduh sama bapak lu..wa tak mau kacau la.. Saya : Tak la aunty.. mak saya terpaksa balik Pahang.. kampung dia..nak bukak kedai..ada masalah sikit kedai tu.. Jiran: Oo..itu macamka..wah,jadi bisnesswoman la mak lu ya..Saya: Macam tu la aunty..hehe
Mak menangis rupanya nak tinggalkan kami..Jarak Kedah dan Pahang waktu tu,rasa macam dekat sangat. Boleh kata,tiap2 minggu kami balik Pahang. Abah akan 'kutip' anak-anak kat asrama sekolah bawak balik pahang. setakat 10 jam dalam kereta tu..biasa dah..=)Abah tak boleh pindah lagi waktu tu.. Bukan senang cikgu nak bertukar. Paling kurang awal tahun depan.
Cukuplah mak sebagai inspirasi saya.Terlalu banyak kisah mak yang menggambarkan mak seorang yang tabah. Mak tak suka bergantung pada orang lain. Mak kuat berusaha untuk berjaya.. Adakah una macam tu?
Selamat Hari Ibu Untuk Mak tercinta.. Anak-anak mak sayang Mak!!
mak lagi tinggi dari abah actually..hehe(murah rezeki)
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah & Maha Pengasihani
Fatrah imtihan di kala ini,memang menguji kekuatan diri.. Dgn cuaca kat Muhafazah Tanta skrg yg berubah2,amat2 lah menguji ketahanan mata ni.. Kalau xkuat, dok bwh cik 'saratoga' la jwbnya..=) Nak masuk musim pns ni, mendung pulak sejak kebelakangn ni.. Esok mungkin hujan.. Petanda musim sejuk dah nak bertukar.. Allah,sungguh hebat ciptaanMu.. Pada kejadian alam ni,dpt kulihat kebesaranMu ya Allah..
Petang tadi, kak Husna Sani merangkap timbalan pengerusi PCT dtg smpaikan pekeliling keselamatan utk setiap rumah yg Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) keluarkan. Kisahnya,baru2 ni ada kes pecah rumah ikhwah kat Siberbay.. Banyak jugak barang yg hilang..Laptop,handphone,duit. Harapnya Allah beri kekuatan dan kesabaran kpd mangsa2 kejadian.. Tak lama lepas tu, rumah akhawat pulak hampir2 pencuri nak pecah.. Allah,gerun betullah kami ni..huhu. Agaknya lokasi rumah tu terlalu jauh drpd rumah akhwat lain.. Xtau la apa puncanya. Yg pasti skrg ni,smua org dah takut nak keluar brsendirian & terperap dlm rumah je time imtihan ni..
Semoga Allah memelihara keselematan kita setiap masa..Ameen ya Rabb
Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37)
Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhah sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.
Mohon doa drpd shbt2 sekalian,moga2 sy & shbt2 lain cemerlang..InsyaAllah. Xdpt dinafikan,mcm2 rasa bercmpur..insyaAllah,sy juga akan blik Msia tahun ini..=)
Kpd shbt2 Tantawiyyun sekalian,jom buat yg terbaik utk exam kali ni. Moga2 kptsn kita nnt,dpt mmbantu kemenangan Islam..Takbirr!!
This is the 1st time i've to post about the 'tag'. Actually,before this i had been tagged by someone that i didn't recognize who is he.. so,i'm very sorry..=)
This time,I had been tagged by Husna Johari from Zaqaziq.. I met her (maybe just one week before i transfered to SMKAK) when we were in form 4 that time at SMKA Sik,kedah.. So,without wasting time,lets check out what the items that i've to fulfill..=)
1.Go to your photos folder in your computer. 2.Go to the 6th folder of photos. 3.Go to the 6th picture in that folder. 4.Put the picture on your blog and describe about it. 5.Invite six friends to join the challenge. 6.Link them in your blog and let them know they have been challenged.
This photo was taken behind the Pyramids at Giza.. In this photo,my uncle and aunty ( cik lah and cik yang) came to Egypt last November to visit this country. As long as I studying here, I followed them without any fees..hehe..Alhamdulillah.We had visit many nice places like Maqam Masyayeikh, Fayyoum,Alexandria,Bazar Khan Khalili and many more.. I was very happy and i'd 'ponteng' my classes for about 3 days..hehe. Its not easy for them to come here.. So, i thought it was not a wasting matter as long as we were happy..hehe
Thats All.. Thanx for cik lah and cik yang's family.. Nice time together..=)
I think I dont want to invite anyone..Is it allowed??Hehe..
Besar skop nikmatkalau nak dihuraikan dlm kehidupan seharian kita ni..Tak terhitung nikmat yg Allah beri kat manusia ni.. Tapi tu la..bila dah namanya manusia ni.. mudah sgt kita lupa nikmat Allah..
Cuba banding kehidupan kita sekarang..kalau dulu,kita susah..mcm mana hubungan dgn Allah? Skrg dah senang sikit,adakah kita lupa Allah? Kalau skrg,kita ada lebihan duit sikit,kita susah x nak sedekah kat org? susah x nak bantu org lain dlm kesusahan? Nak derma utk Palestin?masing2 bleh jwb..spttnya,bila kita senang sikit..(bnyk sbnanye..)usah la rasa susah utk bntu org lain..bygkan kita dlm kesusahn..kita jga sbnarnya mghrapkan bntuan.kekayaan yg Allah beri tu sbnanya ujian..nak tgk kite lupe ke x..nak tgk kite ingt x org lain...ketahuilah putaran kehidupan ini adalah adil..
Nikmat lain yg selalu kita lupa,ialah masa lapang kita..sbg pelajar,sy sndiri mmg xsedar kdg2 terlalu bnyk masa terbuang bgitu saja..tmbh2 bile mhdp laptop..xsedar dunia org kata..3 jam pun xsedar..kalau baca buku tu,15 minit dah tgk jam..ish2..Ya Allah,ampunkan dosaku..huhu.lepas ni,pndai2 la..xkn nak penuhkan masa dgn tidur?kalau xbleh study tu..apa kata ziarah shbt2 ke..dpt jugak pahala ziarah..kalau chatting pun,cari la sahabt2 lama..tnye perkmbgn..bukan sekadar bbual kosong..lagi elok kalau nasihat2 ke arah kebaikan..kalau cuti2 kat msia tu..cari la ape2 program yg bleh join..join perkid ke buat ambush mlm new year @ merdeka..dpt pengalaman tu..=)
Selalu x kite jenguk org sakit?
Ape perasaan tgk org sakit? Insaf x? cube2 la jejakkan kaki ke hospital..xpun cube la ziarah kwn2 kite yg skit tu..kesian diorg..kitepun,kalau sakit,sedih jugak kalau xde org ziarah..huhu..tu la nikmat sihat yg baru disedari..bile dah sakit,baru ingt tuhan..kdg2 time sakit baru nak solat..huhu..ala kulli haal,sakit ni Allah bagi kifarah@ denda..mgkin ada dosa2 kita yg lalu..betapa Allah Maha Pengampun..tapi kite xsedar pun..huhu..jom kwn2 n shbt2.time sihat ni la kita kuatkan ibadah..bnykkn solat sunat..jgn tinggal pulak solat wajibnye..hehe..bukan setakat ibadah khusus ( solat,puasa) ibadat umum lagi bnyk..menuntut ilmu ke..jalan2 mengembara ke..ape2 je..asalkan bnde baik niat kerana Allah..=)
Kite selalu ucap kat shbt2 kite yg smbut birthday,smg pnjg umur..murah rezeki..bagus la..tapi kalau pnjg umur je xde nilai kat sisi Allah..xbleh jgak kan..sbb tu kte kene ingt..time2 kita muda ni la..nak buat amal sebanyak mungkin..nnt dah tua,xlarat dah..
‘Ala..muda2 ni enjoy la dulu..’
Biar je sape2 yg pikir mcm ni..mcm la tua nnt confirm die nak berubah sikap ‘enjoy’ tu..bile kite pikir jauh2..sikap kita masa muda ni la,akan kita bwk masa tua nnt..so pilih la nak yg mane..kalau kita nak jadi org tua yg berilmu,kena kuat cari ilmu..nakkan kluarga & anak2 yg soleh..muda2 ni kena jadi soleh..smuanya,terserah pd kita..jalan terbntg luas utk kita pilih..ala kulli haal,fikir sejenak akan kesan jgka masa pnjg trhdp sesuatu yg kita buat pada ari ni..
Masa yg berlalu,cukup pantas. Sejak kblkngn ni,rasa tarbiyah diri amat2lah teruk. mcm mane bleh jd cam ni? Ya Allah..kuatkanlah hambamu..kpd sahabat2,sama2 lah kta bgnding bahu mguatkan satu sama lain..pimpinlah diri ini ke jalan yg lurus..Ameen.
Musim exam skrg ni,mybbkan sy kurang berminat nak mnulis di blog ni..mcm dah penuh sawang pulak..hehe. Ala kulli haal,ade satu kisah sy nak cerite..kisah mase exam Histologi baru2 ni..
Sy dikira agak 'melenggang' pagi tu pg ke universiti.. Sy cuma bawak sbtg pen,sbtg pensel dan pemadam.. Tengah2 exam tu, tibe2 dakwat pen sy kehabisan. Pelik jugak sbb bukan selalu gune pun pen tu.. Puas la sy conteng2 dan 'hempuk2' pen tu atas meja, xkluar jugak dakwatnye.. Last2, sy jawab je dgn pensel.. Biarlah..huhu
Nasib baik 'ammu ( pakcik) tu tak kate ape mase sign attendance.. Kalau x,kene pinjam la kat org sebelah..hehe
Pengajarannye, bawak la pen yg betul2 syaghal ( elok) time nak pg exam tu.. check betul2 elok ke x. Ni tgh2 exam wat kacau.. Pening jgak dibuatnye.. Lain kali sy nak bwk byk2..biar la org nak kate ape..hehe
Ok..slmt berimtihan kpd shbt2 kat alex..u lain sume dah hbs..sabar je la..hehe
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan rahmat Allah, saya telah diberi peluang untuk menjejakkan kaki di Bahriyah bersama-sama rakan pelajar Perubatan daripada cawangan lain. Ekspidisi ini disertai seramai 50 orang pelajar akhawat dan 6 orang musyrif.
Banyak pengalaman baru yang saya dapat seperti berkhemah di tengah-tengah padang pasir, bersolat dengan tayamum, dapat melihat kesan-kesan peninggalan gunung berapi seperti Black Mountain, keindahan White Desert.. Sungguh, ianya membuktikan kuasa kebesaran Allah dalam penciptaanNya.. Subhanallah. Moga-moga ekspidisi ini bukanlah atas tujuan melancong semata-mata,bahkan ekspidisi untuk memantapkan iman.. InsyaAllah.
Kami bertolak dari Arma( Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah) jam 7 pagi dan sampai di perkampungan Bahriya lebih kurang jam 1 tengah hari. Selepas check in hotel, kami dibawa melawat Bahriya Oasis menaiki jip. Kami dibawa menelusuri padang pasir yang seolah-olah bayangan fantasi.. Subhanallah..Sungguh hebat ciptaan Mu.
Pada keesokan harinya,bermulalah pengembaraan yang cukup mencabar. Berkali-kali jip saya tersangkut dalam perjalanan kerana tayar belakang tertimbus dalam pasir. Apabila jip langsung tidak boleh bergerak,kami terpaksa turun dan sama-sama berusaha menolak jip tersebut.. Sungguh, pengalaman yang sukar dilupakan.
Setelah melalui pelbagai cabaran dalam perjalanan,akhirnya kami sampai di tapak perkhemahan. Driver-driver jip seramai 7 orang termasuklah seorang polis yang mengiringi kami,begitu pantas membuat kerja mereka. Daripada urusan memasak sehinggalah mendirikan khemah, mereka begitu cekap. Selepas menikmati hidangan nasi dan ayam panggang, kami sama-sama mengelilingi unggun api. Cuaca di tengah-tengah padang pasir amatlah sejuk ditambah dengan pasirnya yang sememamgnya sejuk. Nikmat berlantaikan pasir dan beratapkan langit sungguh dirasai.. Alhamdulillah.
Kami dihiburkan dengan nyanyian driver-driver irama padang pasir bersama alat-alat muzik yang mereka bawa. Sama-sama bertepuk tangan meraikan mereka.. Namun kami menolak apabila mereka ingin membuat persembahan tarian. Keesokan harinya, kami dibawa melawat ke Desert Rose. Disitu,dikatakan tempat barakah kerana bentuk batu-batu kecil yang menyerupai bunga mempunyai kaitan dengan kehadiran Nabi Soleh AS.. Wallahualam.
Apa yang menarik dalam kembara kali ini ialah, pengalaman bersolat dengan tayamum berjemaah bersama musyrif. Setiap kali kami melihat permandangan matahari terbit dan terbenam kami berdoa bersama-sama dan membaca mathurat berjemaah..Alhamdulillah. Dan sekembalinya saya di Tanta,pastinya 'study' adalah keutamaan kerana peperiksaan akan menjelang seminggu sahaja lagi.. Moga-moga diberi keberkatan waktu..InsyaAllah.
Ketika artikel ini ditulis, tentera Zionis telah berundur dari tanah Palestin. Serangan demi serangan yang cukup dahsyat bahkan penggunaan bom kimia yang diharamkan amat-amat meninggalkan kesan yang cukup mendalam untuk umat Islam di Palestin khususnya. Lebih 1000 orang awam yang mati syahid termasuk wanita dan kanak-kanak serta kemusnahan yang cukup menghiris hati ditinggalkan oleh tentera Zionis yahudi Laknatullah.
Bagi saya yang berada di Mesir, saya amat-amat terkilan kerana saya tidak dapat memberi bantuan apa-apa..Ya Allah,kami tidak mampu untuk sama-sama berjuang mempertahankan bumi Palestin.
Pada hari-hari pertama serangan dilakukan, keadaan di Mesir khususnya di Tanta dipenuhi demonstrasi di jalan-jalan besar. Namun, pihak polis telah mengadakan kawalan ketat dan menangkap sesiapa sahaja tanpa usul periksa jika berada di kawasan demonstrasi. Lebih tepat lagi, penduduk Mesir amat mulia hati kerana membantah serangan Zionis ke atas Palestin. Namun, pemerintahan di bawah Perdana Menteri Mesir Hosni Mubarak yang kejam menyebabkan penduduk Mesir tidak dapat membuat apa-apa.
Dari kami pelajar Malaysia khususnya jurusan Perubatan, hanya mampu berdoa sebanyak mungkin disamping mengikuti perkembangan tekini. Terlalu sayu dan sedih apabila melihat gambar-gambar saudara kita yang menderita diseksa sedemikian rupa. Lebih geram lagi,apabila ada tentera zionis yang bergambar dengan mayat-mayat yang syahid..Ya Allah. Mengalir air mata kami..Maafkan kami tidak mampu berbuat apa-apa.
Banyak juga kata-kata yang dilemparkan kepada pelajar-pelajar Azhar dan Ulama’-ulama’ Azhar yang dikatakan tidak turun untuk berjuang. Mungkin ada benarnya. Tetapi, bagi saya yang bukan pelajar Azhar disini, saya berpendapat bahawa tuntutan untuk berjuang bukan dibawah bahu Azhari sahaja,bahkan dibawah bahu seluruh umat Islam. Jangan mudah kita menuding jari kepada mereka yang sedang menaikkan Islam pada tempatnya. Mereka bukanlah duduk bersenang lenang pada masa ini. Seluruh umat Islam khususnya perlu berubah dalam segala aspek dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi kebangkitan Islam. Bukan sahaja bersiap sedia,bahkan juga menjadi pendokong kepada usaha menegakkan khilafah Islam semula.
Sungguh janji Allah adalah pasti. Palestin adalah hak milik umat Islam. Kemenangan adalah milik umat Islam. Namun,apakah kita boleh duduk bersahaja sekarang ini? Bangunlah wahai sahabat-sahabat sekalian. Kita mesti membuat sesuatu yang boleh menyumbang kearah kemenangan Islam.
A very interesting piece of information or shall I say advice to be shared.
Happy 1430 Hijria.
Happy? But situations in the Muslim world is still sad as it was 500 years ago since we relaxed our quest for knowledge. Because of that influence and power shifted to the Christian world - and have remained there ever since.
The figures are speaking themselves very loudly but we refuse to listen. Some thoughts - Extracts of speech by Hafez A.B. Mohamed. Director-General, Al Baraka Bank.
Demographics: o World Jewish population: 14 million o Distribution: 7m in America
5m in Asia
2m in Europe
100 thousands in Africa o World Muslim population: 1.5 billion o Distribution: 1 billion in Asia/Mid-East
400m in Africa
44m in Europe
6m in the Americas
o Every fifth human being is a Muslim.
o For every single Hindu there are two Muslims
o For every Buddhist there are two Muslims
o For every Jew there are 107 Muslims
Yet the 14 million Jews are more powerful than the
entire 1.5 billion Muslims...
Why..?
Here are some of the reasons.
Movers of Recent History o Albert Einstein - Jewish
o Sigmund Freud - Jewish
o Karl Marx - Jewish
o Paul Samuelson - Jewish
o Milton Friedman - Jewish
Medical Milestones o Vaccination needle: Benjamin Ruben - Jewish
o Polio vaccine: Jonas Salk - Jewish
o Leukaemia drug: Gertrude Elion - Jewish
o Hepatitis B: Baruch Blumberg - Jewish
o Syphilis drug: Paul Ehrlich - Jewish
o Neuro muscular: Elie Metchnikoff - Jewish
o Endocrinology: Andrew Schally - Jewish
o Cognitive therapy: Aaron Beck - Jewish
o Contraceptive pill: Gregory Pincus - Jewish
o Understanding of human eye: G. Wald - Jewish
o Embryology: Stanley Cohen - Jewish
o Kidney dialysis: Willem Kloffcame - Jewish
Nobel Prize Winners In the past 105 years, the 14 million Jews have won 180 Nobel prizes whilst the 1.5 billion Muslims have achieved only 3 Nobel winners.
Inventions that changed History o Micro-processing chip: Stanley Mezor - Jewish
o Nuclear chain reactor: Leo Sziland - Jewish
o Optical fibre cable: Peter Schultz - Jewish
o Traffic lights: Charles Adler - Jewish
o Stainless steel: Benno Strauss - Jewish
o Sound movies: Isador Kisee - Jewish
o Telephone microphone: Emile Berliner - Jewish
o Video tape recorder: Charles Ginsburg - Jewish
Influential Global Businesses o Polo: Ralph Lauren - Jewish
o Coca-Cola: - Jewish
o Levi's: Levi Strauss - Jewish
o Starbuck's: Howard Schultz - Jewish
o Google: Sergey Brin - Jewish
o Dell Computers: Michael Dell - Jewish
o Oracle Computers: Larry Ellison: - Jewish
o DKNY: Donna Karan - Jewish
o Baskin Robbins: Irv Robbins - Jewish
o Dunkin' Donuts: Bill Rosenberg - Jewish
Influential Policy-makers/ Politicians o Henry Kissinger , US Sec. of State - Jewish
o Richard Levin, President Yale University - Jewish
o Alan Greenspan , US Federal Reserve - Jewish
o Joseph Lieberman , US Senator - Jewish
o Madeleine Albright , US Sec. of State - Jewish
o CasperWeinberger , US Sec. of Defence - Jewish
o Maxim Litvinov , USSR Foreign Minister - Jewish
o David Marshal , Singapore Chief Minister - Jewish
o Isaac Isaacs, Gov-Gen. Australia - Jewish
o Benjamin Disraeli, British Statesman - Jewish
o Yevgeny Primakov, Russian PM - Jewish
o Barry Goldwater , US Politician - Jewish
o Jorge Sampaio, President of Portugal - Jewish
o Herb Gray, Canadian Deputy PM - Jewish
o Pierre Mendes, French PM - Jewish
o Michael Howard, British Home Sec. - Jewish
o Bruno Kriesky, Austrian Chancellor - Jewish
o Robert Rubin , US Sec. of Treasury - Jewish
Global Media Figures o Wolf Blitzer, CNN - Jewish
o Barbara Walters, ABC News - Jewish
o Eugene Meyer , Washington Post - Jewish
o Henry Grunwald, Time Magazine - Jewish
o Katherine Graham , Washington Post - Jewish
o Joseph Lelyeld, New York Times - Jewish
o Max Frankel, New York Times - Jewish
Global Philanthropists o George Soros - Jewish
o Walter Annenberg - Jewish
Why are they powerful and why are Muslims powerless?
Here's another reason... We have lost the capacity to produce knowledge. o In the entire Muslim world (57 Muslim countries) there
are only 500 universities
o In USA alone, 5,758 universities
o In India alone, 8,407 universities
Not one university in the entire Islamic World features
in the Top 500 Ranking Universities of the World
o Literacy in the Christian world - 90%
o Literacy in the Muslim world - 40%
o 15 Christian-majority countries' literacy rate - 100%
o Muslim-majority countries with 100% - None o 98% in Christian countries completed primary education
o Only 50% in Muslim countries completed primary education
o 40% in Christian countries attended university
o In Muslim countries, a dismal 2% attended university
o Muslim-majority countries have 230 scientists per million
o The USA has 5000 per million
o The Christian world - 1000 technicians per million
o Entire Arab world - only 50 technicians per million
o Muslim world spending on R&D - 0.2% of GDP
o Christian world's R&D - 5.0% of GDP
Conclusions The Muslim world lacks the capacity to produce
knowledge.
Another way of testing the degree of knowledge is the
degree of diffusing knowledge.
o Pakistan : 23 daily newspapers per 1000 citizens
o Singapore : 460 per 1000 citizens
o UK book titles per million is 2000
o Egypt book titles per million is only 17
Conclusion.. .
Muslim World is failing to diffuse knowledge.
Applying knowledge is another such test.
o Exports of high-tech products from Pakistan : 0.9%
o In Saudi Arabia : only 0.2%
o Kuwait , Morocco and Algeria : only 0.3%
o Tiny Singapore (4mil pop.) : 68% ...!
Conclusion.. .
Muslim world is failing to apply knowledge.
What do you conclude? No need to tell... The figures are speaking themselves very loudly but we are unable to use the ears Allah gave us to listen and eyes to let us see...
Advice Please educate yourself and your children. Excuses like lack of money, ability or opening are nothing more than that - excuses.
Always promote education, don't compromise on it. We hate to be weak, illiterate and poor but are we too weak to give our children the opportunity to break the curse?
Don't ignore your children's slightest misguidance from education... and please, for Allah's sake, don't use your personal contacts to promote your children in their education. If they fail, let them because it will make them learn the sweetness of success. Remember... if they can't do it now, they can't ever.
With knowledge comes power, and with it even the small can rule over the big. We are world's biggest but sadly NOT strongest nation.
All we need is to identify and explore our inner selves. Insha-Allah, our weapon to victory, our duty to spread God's words and our opportunity save all humankind is best through knowledge, creativity, literacy.... And nothing else.