Akhir-akhir ini berita gempar mengenai penghinaan Rasulullah SAW dalam internet semakin berleluasa. Saya amat-amat sedih dan marah atas penghinaan tersebut. Saya pasti, 'pencacai' blog tersebut tidak takut akan azab Allah yang maha dahsyat. Sungguh hina dan keji gambaran yang dibuat.
Apa sebab?
Adakah tuan blog tersebut anti Islam? Jahil tentang Islam? Orang yang jahil saya rasa tidak akan berbuat demikian. Ini dibuat oleh orang yang anti Islam. Sungguh menyedihkan!
Ya Rasulullah.. Kami adalah umat akhir zaman yang hidup dalam dunia fitnah. Sesungguhnya kami tidak sesekali meredhai perbuatan manusia yang menghinamu.. Kami merinduimu ya Rasullullah. Kami akan lakukan sedaya upaya untuk meneruskan risalah dakwahmu.
Dilantunkan oleh K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Parti Keadilan
Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta, 09 Agustus 1998, yang diiringi oleh titisan air mata hadirin.
Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia. Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya. Engkau pencipta dan pelindungnya
Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami Rukunkan antara hati kami Tunjuki kami jalan keselamatan Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian
Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar Wahai yang menyambung segala yang patah Wahai yang menemani semua yang tersendiri Wahai pengaman segala yang takut Wahai penguat segala yang lemah Mudah bagimu memudahkan segala yang susah Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak Engkau Maha Tahu dan melihatnya
Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami
"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih"
Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu Berlaku pasti atas kami hukum-Mu Adil pasti atas kami keputusan-Mu
Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu Dengan semua nama yang jadi milik-Mu Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung Sebagai musim bunga hati kami Cahaya hati kami Pelipur sedih dan duka kami Pencerah mata kami
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang menenggelamkan dunia
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang marak menyala
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan laut yang mengancam nyawa
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan oleh kafir durjana
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam, dan perut ikan
Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara
Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan dunia Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat- Mu murka Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya
Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami
Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal usaha kami sendiri
Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu Muhammad SAW di padang mahsyar nanti Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati, ummatku ummatku Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan kekayaan
Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami da'i penyeru iman Kepada nenek moyang kami penyembah berhala Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini Kepada generasi berikut kami Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai kesinambungan ini Dengan sikap malas dan enggan berda'wah Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa
Seems like easy to answer, but in fact it is very though.
What is the purpose of this life?
"Untuk apa aku diciptakan? Untuk belajar, bekerja, bekeluarga dan mengumpul harta semata-mata? Aku dilahirkan dalam keadaan serba serbi ada dan mewah. Aku dibesarkan dalam keadaan yang amat selesa. Ibu bapa yang amat memahami dan ‘supportive’. Rakan-rakan yang berilmu. Sekolah yang hebat. Universiti terulung.Namun, aku merasakan tujuan hidupku kelam. Aku hanyut dalam dunia yang sementara."
Sahabat-sahabat, mari kita kaji kenapa Allah hidupkan kita di muka bumi ini. Ciptaan Allah bukanlah sia-sia bahkan ada tujuan yang tersendiri. Dalam Al-Quran, Allah telah jelaskan bahawa tujuan Allah ciptakan jin dan manusia adalah untuk beribadat kepadaNya. (Surah Az-zariyat:56). Inilah jawapan yang paling kukuh mengapa Allah ciptakan kita.
Tujuan beribadat bukanlah ‘ibadat’ khusus semata-mata yang kita kebanyakan kita faham. Kita faham bahawa ibadat ini hanya tertumpu pada solat,zakat, haji dan puasa semata-mata.Tidak sama sekali. Ibadat sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu ibadat khusus dan umum. Ibadat khusus itulah amalan-amalan yang telah ditetapkan pensyariatannya sebagai contoh solat dan puasa. Ibadat umum pula adalah perkara-perkara baik yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita. Makan,minum,tidur,riadhah, jika diniatkan kerana Allah, semestinya dikira sebagai ibadat disisi Allah. Sungguh Allah Maha Pemurah dan Penyayang.
Jika kita seorang pelajar,belajar kita adalah ibadat..
Jika kita seorang pekerja,pekerjaan kita adalah ibadat..
Jika kita seorang peniaga,perniagaan kita adalah ibadat..
Jika kita menolong sahabat yg dlm kesusahan,pertolongan kita adalah ibadat..
Jika kita melangkah ke kuliah untuk menuntut ilmu,langkah kita adalah ibadat..
Jika kita memasak untuk ahli rumah,masakan kita adalah ibadat..
Subhanallah.. banyak rupanya cara nak beribadat kepada Allah sebenarnya..=)
TETAPI
Dengan syarat,semua amalan baik mestilah disertai dgn niat.. Sesungguhnya setiap amalan mestilah bermula dgn niat.
Mudah aja.. Niatkan setiap perkara baik untuk mendapat redha Allah. Dalam pada masa yg sama, jika hati selalu terdidik dgn berniat, kita akan menghindari melakukan dosa.. kerana tiada dosa yang diniatkan untuk mendapat redha Allah..
Oleh itu,marilah kita menjadikan kehidupan kita sebagai ibadat kepada Allah..=)
Allah Maha Pemurah dan Penyayang terhadap hamba-hambaNya.. sekian,selamat beramal =)
Alhamdulillah.. Last week saya telah selesai 'smart circle' yang pertama bersama Kak Uyun di Siberbay. Namun, dalam perancangan bersama ahli-ahli sc yang lain untuk pergi ziarah sahabat kami di Mansurah kerana baru melahirkan bayi perempuan, kami dikejutkan dengan berita kematian bayi tersebut. Innalillahiwainna ilaihiraajiuun.. Sungguh kami amat terkejut dengan berita tersebut.
Saya mengenali Nor Husna Binti Zainy semasa sama-sama menghadiri temuduga Yayasan Pahang untuk melanjutkan dalam bidang perubatan(Mesir) di Kolej IKIP,Kuantan. Saya sempat berkenalan dengan Husna dan saling berutus mesej untuk beberapa kali. Husna ditawarkan tajaan yayasan pahang dalam bidang Syariah.. Namun,beliau menolak tajaan tersebut.
Pun begitu,saya hanya sempat berada di Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) selama seminggu. Atas sebab tertentu, saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir pada mulanya bawah tajaan. Saya meneruskan pelajaran selepas tamat Program Persijilan Darul Quran di Pusat Asasi UIAM selama satu sem. Rupanya, Mesir adalah destinasi saya juga walaupun saya tiba disini agak lewat berbanding orang lain..Alhamdulillah.
Apabila berada di Mesir, saya mendapat berita bahawa Husna Zainy juga berada disini.. Beliau juga datang sini secara persendirian di Mansurah. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pelajar perubatan Mansurah.. Dan baru-baru ini beliau telah melahirkan bayi perempuan.. Namun, Allah lebih menyayangi bayinya.. Saya cukup tersentuh apabila membaca blog beliau sehinggakan berulang kali membaca dengan air mata.. Sesungguhnya beliau amat-amat tabah. Suami beliau, seorang yang cukup kuat untuk menghadapi dugaan ini. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian berdua..http://www.raudhoh-mujahid.blogspot.com/
Kepada Husna & Faris, bersabarlah atas dugaan ini..Sesungguhnya bayi kalian adalah bidadari di syurga yang menunggu kalian disana..InsyaAllah..Ameen
Al-Fatihah untuk Nik Huraiyah Ar-Raudhah Nik Mohamad Faris
Sayu apabila mendengar takbir raya dendangan kumpulan Hijjaz dalam laptop Hajatnya teringin juga nak menitiskan air mata sebab raya kat perantauan.. Tapi bila jalan ke Istad, macam tengah berwukuf pula rasanya.. Ribuan manusia tenggelam dalam kesesakan dan laungan takbir irama Mesir
Aidiladha.. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Aidiladha.. Ibadat korban iaitu taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Aidiladha.. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Aidiladha.. Orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.
Inilah yang dirasai oleh saudara kita,umat Islam di Palestin. Betapa berat siksaan yang ditanggung. Ya Allah.. kurniakan syahid kepada mereka.Kami tidak mampu melakukan apa-apa. Bahkan kami juga selalu melupai saudara kami..Ampunkan kami yang leka ini.
salam
Syukur kepada Allah.. Minggu lepas merupakan minggu yang paling bermakna buat saya. Keluarga bapa saudara saya telah sampai di bumi Mesir ini. Tak sangka dapat jumpa lagi..sedangkan saya baru sampai disini sebulan yang lepas..Alhamdulillah.
Mereka menginap di Rumah Perlis. Saya berkesempatan bersama mereka selama 4 hari. Sungguh selesa dan cantik rumah tamu di sana. Highly receommended for anyone to stay there..
Banyak tempat yang mereka lawati.Sinai,Dahab,Iskandariah,Fayyoum..Banyak lagi. Juga berkesempatan ziarah makam-makam Nabi dan Ulama' seperti Nabi Daniel dan Lukman Al-Hakim.
Kehadiran 'tok Nab' yang berusia hampir 80 tahun amat menggembirakan saya..Alhamdulillah. Walaupun sudah bertongkat, tapi tetap bertenaga untuk sama-sama berjalan disini..=)
Remaja..ingatlah masa depanmu Janganlah kau terleka di usia remaja Kenanglah jasa ibu dan ayahmu Susah payah mereka membesarkan kita..
Demikianlah serangkap lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan UNIC bertajuk remaja. Walaupun bersahaja, tetapi mesej yang disampaikan cukup jelas. Mengingatkan kita yang berada diambang remaja ini supaya tidak terleka dengan pelbagai anasir-anasir luar yang begitu membimbangkan pada waktu ini.
Sepanjang saya diberi pinjam nafas oleh Allah swt selama 20 tahun ini, saya telah menemui pelbagai masalah dikalangan remaja khususnya dikalangan kawan-kawan saya. Ada yang mengadu mengalami masalah dalam percintaan, ‘terhanyut’ dalam percintaan, ditambah dengan masalah penceraian ibu bapa. Semuanya terlalu berat untuk dihadapi dan dilalui. Dan pastinya Allah jadikan sesuatu itu mempunyai tujuannya tersendiri dan hikmahnya akan terlihat pada suatu hari nanti.
Allah jadikan setiap masalah semestinya untuk menguji keimanan kita. Terpulang pada kita sebagai hamba untuk memilih jalan yang Allah tetapkan ataupun mengikut hawa nafsu sendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Sahabat-sahabat saya yang dikasihi, marilah kita membuka hati seluas-luasnya untuk kembali kepada Allah. Setiap masalah, dugaan mahupun dosa yang kita lakukan,kita kembali kepada Allah. Yakin dengan Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Kembali kepada fitrah. Bagaimana? Semestinya dalam pencarian jalan kembali kepada Allah mestilah berdasarkan sumber yang sahih iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam kitab Hatta Ya’lama Asy-Syabab karangan Abdullah Nasih ‘Ulwan, disebutkan bahawa tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini adalah bertujuan merealisasikan perhambaan kepada Allah swt.
Firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56 : “ Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada ku”
Cuba kita muhasabah diri kita. Adakah kehidupan kita sekarang ini merupakan ibadah kepada Allah? Adakah kita menghabiskan waktu kita untuk Allah ataupun dunia semata-mata? Kita sangat sibuk menuntut ilmu sehinggakan lupa untuk menunaikan solat lima waktu. Kita sanggup berhabisan wang untuk melancong ke luar negara setiap tahun sedangkan zakat tidak dibayar. Kita sibuk melengkapkan kelengkapan rumah untuk keselesaan keluarga sedangkan kita lupa untuk melengkapkan kelengapan untuk menempuhi alam kematian nanti.
Wahai sahabat-sahabat saya yang dirahmati Allah sekalian. Usia remaja tidak patut dihabiskan dengan bercinta. Kerana cinta sesama manusia yang tidak berlandaskan syara’ adalah SIA-SIA belaka. Apa yang kita dapat daripada pasangan kita? Kasih sayang? Perhatian? Hadiah? Itu semua palsu belaka. Yakinlah bahawa kasih sayang, perhatian dan ‘hadiah’ daripada Allah itu adalah lebih mulia dan sempurna. Jika masih belum berpunya, usah risau akan jodoh yang Allah tetapkan. Peganglah pada prinsip ‘ Mukmin yang baik adalah untuk mukminah yang baik’.
Usia remaja kita tidak patut dihabiskan dengan menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang sia-sia seperti lepak contohnya. Tahukan kita bahawa TERLALU banyak perkara baik yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang. Contohnya menziarahi kawan-kawan atas niat untuk mengambil berat. Sentiasa bertanya khabar terhadap saudara-mara untuk mengeratkan tali persaudaraan. Semua ini adalah inisiatif sendiri untuk membentuk sahsiah supaya sentiasa melakukan kebaikan seiring dengan ajaran Islam.
Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, ketahuilah tujuan Allah menghidupkan kita di muka bumi ini bukanlah sia-sia untuk kita mati nanti dalam keadaan sia-sia. Usia remaja amatlah berharga kerana remaja seperti kitalah yang akan mencorak generasi hadapan negara. Jika kita adalah generasi yang rosak, maka rosaklah generasi akan datang. Pentingnya kita berusaha untuk MEMAHAMI ajaran Islam yang sebenar sebagai jambatan untuk BERAMAL dengan ajaran-ajaran Islam. Wallahua'lam.
Kisah ini berlaku pada bulan September lepas di pekan tempat tinggal saya. Saya dapat melihat nilai-nilai Islam dalam diri pak cik berbangsa Cina ini. Pada pagi tersebut, ayah saya telah menghantar saya ke stesen bas Triang. Seterusnya saya akan mengambil bas ke Temerloh dan seterusnya ke Kuala Lumpur. Jam menunjukkan pukul 7.40 pagi. Seorang pak cik berbangsa India di sebelah saya membebel-bebel kerana bas belum kunjung tiba.
Dalam pada itu, datang seorang pak cik berbangsa Cina menaiki motorsikal dan berhenti betul-betul dihadapan pak cik berbangsa India tadi. Mereka pun bersembang mengenai bas ke Temerloh yang langsung tidak menunjukkan tanda untuk sampai. Kemudian dia bertanya ke mana arah saya.
“Lu mau pegi mana?”
“Saya mau pegi Kuala Lumpur”
“Oo..Lu mau pegi sana ka?Lu tak tau ada bas express ka?”
“Tak tau”
“Aiyaa..itu bas express terus ke kl la..tiap-tiap hari ada..Dekat balai bomba itu sana..Lu tak tau ka?”
“Tak tau la pakcik..”
“Aiya..mari wa tunjukkan.. Wa boleh angkat lu sama naik belakang motor.. Tapi lu mesti malu punya..”
Sunyi seketika.
“Pakcik jalan slow-slow la..saya ikut belakang ok”
“ok..lu ikut wa pelan-pelan..”
Dia terus menunggang motor perlahan-lahan sambil memerhatikan saya melintas jalan besar. Saya pun terus melangkah secepat mungkin. Sampai la saya tidak dapat melihat kelibatnya lagi. Terdetik dalam hati..”Pak cik ni tipu aku ke?? Habisla..huhu”..Rupanya dia ada dihadapan menunggu aku berjalan menghampirinya. Jam hampir menunjukkan 8.00 pagi. Akhirnya sampailah saya ke stesen bas tersebut.Dia masih menunggu sehingga kaunter tiket dibuka dan menyuruh saya membeli tiket. Dia juga menunggu saya naik ke atas bas dan sehinggalah bas meninggalkan stesen tersebut. Sebelum saya melangkah naik ke atas bas, beberapa orang berbangsa Cina menegurnya.Mungkin bertanyakan siapa saya.. Dan mungkin mereka ingat saya ini anaknya..Almaklumlah, saya ini ‘chinese look’ (hehe..=).
Itulah kisah saya berjumpa dengan pak cik tersebut. Nilai baik yang ditunjukkan membuatkan saya rasa terharu dan memikirkan alangkah indahnya jika pak cik dapat mengenali Islam.. Semoga Allah beri hidayah pada pak cik..Terima kasih pakcik!
Keluarga.. Rindu? mesti sentitif..=) Segala-galanya bermula daripada keluarga. Faktor terbesar pembentukan sikap dan akhlak adalah daripada didikan keluarga. Dan bagi saya, aplikasi didikan agama adalah faktor terpenting dalam pembentukan sesebuah keluarga. Dengan panduan dan perlaksanaan yang mengikut syara', InsyaAllah keluarga Islam dapat dibentuk dengan baik.
Tujuan saya menulis tajuk keluarga adalah kerana saya akan melalui fasa terakhir (sementara je..=) bersama keluarga di Malaysia.InsyaAllah saya akan pulang ke Mesir tercinta pada minggu hadapan. Manfaatkanlah waktu-waktu kita bersama keluarga dengan sebaiknya. Kita tidak pasti apakah dapat berjumpa dan hidup dengan keluarga pada masa-masa akan datang nanti. Kerana maut tidak mengenal umur.
Jika kita masih ada ayah, ikutilah nasihatnya.. Kerana mereka lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Jika kita masih ada ibu..berkatalah dengan baik. Kerana hati ibu bak kaca.. Mudah pecah. Jika dicantum semula,masih tidak dapat mengembalikan bentuk seperti asalnya.
Jika masih ada adik-beradik..salinglah menasihati dengan kata-kata penuh hikmah.Kerana mereka adalah 'sahabat roh' kita.
Jika masih ada saudara-mara.. Hulurkanlah bantuan seikhlas mungkin.Kerana mereka adalah tempat kita mencari redha Allah.
Jika masih ada jiran tetangga.. Sudikanlah mengambil berat hal mereka. Kerana mereka adalah 'saham' kita diakhirat kelak.
Akhir sekali,ibu bapa adalah sumber inspirasi bagi kita.. Tanpa mereka siapalah kita..
Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah kerana masih diberi waktu untuk terus bernafas di bumi ini. Dikesempatan ini,saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat-sahabat saya tidak kira dimana kita berkenalan..Atas segala salah silap,terkasar bahasa,terumpat kata,terlebih jenaka dan sebagainya.. Saya adalah insan yang lemah malah memrlukan bantuan kalian. Ala kulli hal, semoga Ramadhan lalu adalah bulan tarbiyah kita sebagai persediaan menghadapi bulan-bulan akan datang..InsyaAllah..=)
Alhamdulillah..minggu lepas saya telah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama adik dan sahabat-sahabat saya di KL. Hari Jumaat saya pergi Darul Quran dan bermalam disana dan hari Sabtu saya menuju ke UIA Petaling jaya dan bermalam disana juga. Alhamdulillah..terubat rindu apabila sampai di Darul Quran bumi barakah walaupun banyak juga kerenahnya untuk bermalam disana. Apa-apa pun.. Alhamdulillah..selamat sampai..=)
Assalamualikum..Alhamdulillah,segala puji kepada Allah dirafa'kan atas kurniaan yang tidak terhitung. Saya telah selamat sampai Malaysia pada 13 September 2008 pada jam 9.40 pagi. Pulang bersama 8 orang rakan-rakan yang lain.. Kepada sahabat-sahabat di Tanta, selamat meneruskan perjuangan berpuasa disana.. Cuti yang singkat ini selama sebulan setengah akan saya cuba manfaatkan sebaik-baiknya. Moga-moga kepulangan saya adalah kepulangan yang dapat memberikan 'sesuatu' yang berharga untuk keluarga saya khususnya. Beberapa hari berada disini saya diserang penyakit mata mesir..=) susah melelapkan mata waktu tidur Malaysia. Selamat bercuti kepada semua.. Namun bukanlah cuti yang sebenar-benarnya. Kita masih banyak tugasan yang perlu dikerjakan sebaik mungkin. Cuti dan rehat yang sebenar-benarnya ialah selepas mati nanti. Kehidupan yang ada adalah medan untuk kita menabur khidmat..InsyaAllah..=)
Setelah sekian lama saya tidak menjengah ke ruangan blog saya, hari ini saya berpeluang untuk terus berceloteh..=) Anda mahu baca? Silakan..jika tidak,bolehlah berpindah ke halaman lain..=) Hari ini saya pulang ke rumah saya di Tanta setelah seminggu lebih merantau ke tempat lain..bermula 3 hari di Kaherah seterusnya 4 hari di Iskandariah. Tentunya pengalaman yang amat berharga bagi saya. Tapi sayangnya saya tidak dapat mengabadikan kenangan-kenangan kerana ketiadaan kamera..Tapi tidak mengapa,bakal menyusul selepas ini..=) InsyaAllah.
Tahun ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa di perantauan. Berpuasa di bumi anbiya',ardhil kinanah..tempat impian saya semenjak dibangku persekolahan lagi. Alhamdulillah..setelah pelbagai ujian dan cabaran ditempuhi dan tentunya takdir Allah telah menetapkan bahawa saya diberi kesempatan ini. Saya amat-amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu Suriati, Suziana, Atie, Hasarus dan Hamidah.. Saya mengenali mereka di IKIP,Kuantan selama seminggu sebelum saya 'terkeluar'..Merekalah teman saya semasa 'menghabiskan' masa di rumah anak-anak Pahang di dataran Haiyu Asyir,Kaherah. Mereka sanggup berpanas menunggu bas selama satu jam menunggu bas untuk ke Hussein iaitu tempat tumpuan para pelancong membeli belah. Terima kasih..jangan serik bawa saya lagi ke sana..=) Banyak la juga saya memborong di sana..Antaranya minyak wangi, cincin kayu kokka, kompang turkey ( kawan pesan..=) dan macam macam lagi. Tidak cukup sepetang berjalan disana.
Setelah 3 hari di Kaherah, saya mengikut sahabat-sahabat saya pulang ke Iskandariah. Mereka adalah pelajar tahun 2 Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah. Mereka amat-amat baik sehinggakan saya dimarahi kerana masuk ke dapur..=) Bertuah badan kalau tinggal dengan mereka sebulan..hehe. Dalam perjalanan ke Iskandariah menaiki keretapi mukayyaf ( berhawa dingin), begitu banyak pemandangan yang mengingatkan pada kampung halaman saya di Kedah. Begitu banyak kawasan pertanian yang menghijau.. Teringat matapelajaran Geografi dahulu yang mengatakan sistem tanaman bergilir adalah untuk menyuburkan tanah. Pokok padi bersebelahan dengan pokok jagung dan beberapa tanaman lain..( saya tak kenal tanaman apa..=) Ditambah pula dengan sistem pengairan tanaman yang ada, benar-benar mengingatkan saya pada kampung.. Sabarlah duhai hati. Sedikit saja lagi..=) Ada anak-anak arab mandi sungai..Teringat peristiwa saya mandi sungai di kampung waktu kecil dulu. Gelang tangan saya terbenam dalam lumpur kerana saya berusaha mencari kepah.. Sudahnya, saya takut untuk balik ke rumah kerana takutkan arwah tok wan saya marah..=)
Kampung Pulau Ka'in,Tunjang,Jitra
Hari pertama sampai di Iskandariah, saya menginap di rumah Atie. Begitu jua yang lain. Meraikan kedatangan saya..Alhamdulillah, dikurniakan sahabat sebaik mereka. Keesokannya saya dibawa ke Universiti Azhar cawangan Iskandariah ( perempuan sahaja).. Kebetulan mereka ada urusan di sana. Hari pertama puasa Ramadhan disini, saya hanya banyak 'beristirehat' dalam rumah. Namun begitu, masyarakat disini tidak henti-henti memasang alunan bacaan Al-Quran. Saya juga dibawa ke Fathalla.. Lebih kurang pasar raya Giant di Malaysia. Jika dibandingkan dengan Fathalla di Tanta, sangatlah jauh beza saiznya.. Sudahnya, saya memborong barang-barang kering disana untuk dibawa pulang ke Malaysia..=) Masih banyak tempat yang belum dikunjungi lantaran masa yang tidak mengizinkan..InsyaAllah lain kali pula.
Saya juga berpeluang menunaikan solat terawih di masjid. Disana, tiada selawat mendayu-dayu seperti di Malaysia. Suasana agak berbeza..Namun,bacaan imam amatlah jelas dan menusuk kalbu..Alhamdulillah. Hari pertama solat terawih, saya solat bersebelahan seorang wanita yang membawa anak kecilnya sekali. Kadang kala anaknya menarik tudung saya sewaktu sedang sujud. Namun, saya terasa sebak seketika bilamana si ibu sanggup mendukung anaknya sujud bersamanya ketika anaknya menangis.. Menggambarkan bahawa si ibu sanggup buat apa saja untuk beribadat hatta anak menangis kuat sekalipun. Terasa sebak dalam solat saya. Saya? Entah sanggupkah berkorban sebegitu..wallahua'lam
Hamdan : Manusia dengan komputer, mana yang lebih pandai?
Cikgu : Tentulah manusia.. Sebab manusia yang mencipta komputer.Manusialah yang tahu kelebihan dan kekurangan komputer.
Hamdan : Oo.. Sebab tu la manusia boleh baiki komputer?
Cikgu : Ye..begitulah. Manusia yang baiki komputer, mesti ada cara dan mengetahui selok belok komputer tu.. Kalau komputer rosak, mestilah dicari punca kerosakan dan dibaiki tempat yang rosak tu dengan cara yang betul.. Buku panduan nak baiki komputer tu amat penting. Kalau takde, macam mane nak baiki..
Hamdan : Oo..penting betul ye buku panduan tu. Sebab komputer ni selalu buat hal.. Tambah-tambah laptop,sensitif betul cikgu..
Cikgu : Betul tu Hamdan.. Begitu juga dengan manusia ni. Sama ja macam komputer.
Hamdan : Sama? Apa yang sama?
Cikgu : Cuba kita fikir, untuk apa manusia mencipta komputer?
Hamdan : Untuk mudahkan kerja.. Menaip, print, internet,macam-macam la cikgu..
Cikgu : Ha..begitu juga manusia ni. Kita ni diciptakan ada tujuan. Tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah semata-mata..Kita juga adalah khalifah di muka bumi ini. Kita ada peranan masing-masing.. Allah ciptakan kita ada tujuan. Bukan saje-saje..
Hamdan : Oo..begitu..
Cikgu : Begitulah.. Manusia selalu leka dengan dunia yang sementara ini. Sebab itulah Allah turunkan Al-Quran untuk membimbing manusia.. Membetulkan akhlak. Samalah jua dengan komputer tadi.. Diciptakan untuk berkhidmat kepada manusia. Juga dibuat buku panduan sekali apabila rosak dapat dijadikan panduan untuk membetulkan kesilapan yang berlaku..
Hamdan : Oo..maknanya, Al-Quran sebagai panduan kepada manusia?
Cikgu : Ye..betul tu. Kitab tersebut adalah panduan ummat Islam.. Membetulkan mana-mana kesalahan yang dilakukan dan Allah juga mengajar manusia agar berakhlak mulia dalam kehidupan. Begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah model kepada Al-Quran. Segala ajaran dalam Al-Quran telah ditunjukkan oleh baginda untuk kita ikut dalam kehidupan.. Samalah jua pensyarah yang mengajar komputer. Dia adalah sebagai pemudah cara untuk pelajar-pelajar faham tentang komputer. Begitu juga dengan nabi.. Baginda adalah pemudah cara untuk ummat Islam memahami isi-isi Al-Quran..
Hamdan : Oo..begitu rupanya. Manusia diciptakan dengan tujuan tertentu,dibekalkan dengan kitab Al-Quran dan juga Nabi Muhammad sebagai penunjuk ajar..
Cikgu : Ye..Betul tu Hamdan. Sebab tu la manusia sama dengan komputer.. Komputer diciptakan dengan tujuan tertentu, dibekalkan dengan buku panduan dan ada orang yang menghuraikan isi kandungan buku panduan tersebut..
Hamdan : Oo..terima kasih cikgu. Menyedarkan saya tentang tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini.
Cikgu : Sama-sama.. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang Allah rahmati..InsyaAllah.
Alhamdulillah.. Saya masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk mengetuk keyboard ini bagi meneruskan perjuangan. Walaupun ianya mungkin tidak sebesar mana, namun saya berharap sedikit usaha saya ini dapat membawa kepada redha Allah yang dicari..InsyaAllahSeperti yang dijanjikan ( macam la ramai sgt peminat blog saya ni..=), saya ingin berkongsi dengan kalian mengenai masalah2 sosial di Felda, khususnya di Felda saya sendiri. Ingin ditegaskan di sini, bukanlah ingin memburukkan tempat tinggal sendiri, namun sekadar perkongsian dan cara mencari jalan untuk menyelesaikan masalah..InsyaAllah
sekadar gambar hiasan
Mak Nyah / Pondan / Bapok
Gejala ini semakin menular di tempat saya. Dahulunya,tidak pernah saya mendengar berita sebegini.. Kisahnya, apabila seorang remaja lelaki ini datang membeli di kedai saya,(kedai mak saya..=) pada siang hari,memang sempurna sebagai seorang lelaki. Cumanya, bila mendengar percakapannya, dia agak lembut.. Saya tidak kisah pada orang lelaki yang lembut,tetapi saya ambil kisah pada orang lelaki yang 'buat-buat' lembut. Namun, bila malam hari, saya terserempak dengan remaja lelaki yang saya jumpa siang hari, telah berubah menjadi perempuan! MasyaAllah.. walaupun 'jadi' perempuan, tapi masih nampak kelakian. Suara garau.. Ish.. Macam mana ni.. Apa pandangan sahabat sekalian?Baju perempuan, ber'mekap' jugak tu..Dan ada satu lagi kisah, pada suatu petang, saya memandu ke stesyen minyak. Di hadapan saya, dua orang 'perempuan' yang seksi ( dari belakang nampak sebahagian badan dan punggung sebab baju singkat) juga mengisi minyak motor mereka. Sedang menunggu giliran, saya memerhatikan mereka. Dalam hati terdetik, siapakah mereka ini..Anak orang felda sinikah? (Ya Allah, janganlah Kau turunkan bala' pada kami. Jauhilah ummat Islam daripada musibah ini.) Apabila mereka berdua turun daripada motor, satu lagi kejutan yang amat-amat mengejutkan. Rupanya-rupanya lelaki!! Ya rabbana.. mana tidaknya, dada yang besar, suara yang garau, bedak muka tebal seinci ( tapi berkawah jugak) ..Lelaki rupanya.. Astaghfirullah. Apa nak jadi ni.. Ya, saya melihat kemungkaran,tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa. Lemahnya iman..Astaghfirullah.Apa akan jadi pada bangsa kita sekiranya gejala maknyah/pondan semakin berleluasa. Bahkan mereka ada persatuan sendiri. Ini baru dalam komuniti yang kecil. Bagaimana di bandar-bandar besar? Di IPTA/S? Memang tidak dinafikan, ada yang dilahirkan dengan sifat-sifat berlainan jantina.Ada lelaki yang dilahirkan dengan sifat kelembutan dan perempuan yang dilahirkan bersifat kelakian secara semulajadi.Namun, yang menjadi kesalahan apabila mereka menyerupai jantina yang lain. Bermula daripada sifat-sifat dalam diri sehinggalah kepada bab pakaian. Jika anda mempunyai kawan-kawan sedemikian, berusahalah mendekati (jangan anda dipengaruhi pula) dan bawalah mereka ke pangkal jalan. Golongan ini mempunyai krisis identiti yang mana boleh mendorong mereka sehingga melakukan pembedahan menukar jantina (transsexsual operation). Na'uzubillah..
sekadar gambar hiasan
Jemaah Ponteng Puasa Ramadhan
Apabila Ramadhan menjelma, maka seluruh umat Islam berpuasa. Indahnya ibadat puasa jika dinilai dari pelbagai sudut. Namun, terdapat segelintir umat Islam yang tidak berpuasa.. Jika terdapat masalah yang dibenarkan untuk tidak berpuasa, ia adalah diharuskan. Realitinya di Felda saya, terdapat anak-muda bahkan orang-orang tua barangkali yang tidak berpuasa secara sengaja. Bukanlan saya membuat tuduhan sebarangan. Saya berani menyatakan bahawa memang terdapat ramai anak-anak muda yang tidak berpuasa di tempat saya. Buktinya, pada suatu petang di bulan syawal, saya bersembang dengan seorang hamba Allah remaja yang amat-amat 'sporting'. Dengan bangganya menceritakan ada 'supplier' nasi lemak setiap hari jam 12 pm pada bulan Ramadhan. Dan semestinya dia menyertai sekali 'kumpulan' tersebut. Saya yang agak terkejut, buat-buatlah biasa..Astaghfirullah.Ingin mengorek kisah lanjut, saya tanya di mana 'port' mereka setiap hari?? Dia menjawab sambil sengih bangga.. " Aderr la..mane bley bagitauu..kantoi la beb..haha''..Astaghfirullah,apa nak jadi dengan warga Feldaku ini. Moga-moga Allah memberi hidayah kepada mereka.Dan pada suatu petang, awal Syawal, saya seperti biasa mengambil angin bersama adik yang paling kecil. Dengan menaiki motorsikal, saya sengaja memilih untuk meronda ke kawasan klinik kesihatan tempat saya. Kebetulan lokasi klinik tersebut berdekatan dengan kawasan peninggalan kuarters guru yang pernah didiami oleh keluarga saya, saya mengambil kesempatan untuk mengimbau kembali nostalgia saya disana. Kuarters tersebut telah diruntuhkan akibat menjadi sarang penagih-penagih dadah kerana kawasan tersebut memang tersorok dan 'agak' dalam hutan. Saya memang terkejut apabila menuruni bukit ke kuarters tersebut apabila mendapati bekas-bekas polisterin, botol-botol minuman, bekas-bekas dan puntung rokok bersepahan di merata tempat. Setelah memerhatikan dengan teliti, sampah-sampah tersebut masih baru dan belum reput. Bermakna ia ditinggalkan di bulan Ramadhan!! Oo..disini rupanya 'port' mereka yang dirahsiakan. Dan saya juga berkesempatan menemui remaja yang saya sempat bersembang dan apabila saya memberitahu tempat tersebut, dia hanya tersengih. Maka sahlah andaian saya.Saya berazam untuk 'melawat' mereka tahun ini jika berpeluang. Tambahan pula saya akan pulang ke Malaysia pada bulan Ramadhan ini, InsyaAllah. Saya tidak akan benarkan maksiat berlaku di Felda saya.Moga-moga Allah beri kekuatan dan pastinya kerja ini tidak boleh dilakukan berseorangan. Wahai sahabatku, dimana kalian? Marilah bersatu untuk mencegah kemungkaran ini. Bukankah ini perintah Allah??
Mencuri/ Merompak/ Pecah Rumah
Banyak andaian bahawa tinggal di kawasan kampung adalah selamat. Namun, andaian tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, semenjak kecil saya telah didedahkan dengan kes-kes sebegini. Pernah suatu ketika, kedai runcit arwah tok wan saya dipecah masuk pencuri. Pintu besi di bahagian belakang dikopak. Tiada apa yang tinggal dalam laci duit melainkan duit syiling. Ekoran pecah kedai tersebut, maka arwah tok wan saya menyediakan rumah yang dibuat bersambungan dengan kedai untuk keluarga saya. Namun pada tahun 1994, rumah dan sebaris kedai telah terbakar. Alhamdulilah dengan bantuan rakan perniagaan arwah tok wan, rumah kedai yang baru dapat disiapkan. Apabila bangunan baru telah siap, kami sekeluarga berpindah dari kuarters guru ke rumah kedai memandangkan emak saya telah diberi amanah untuk menguruskan kedai runcit tersebut sehinggalah sekarang. Namun sebelum berpindah, ada satu peristiwa kecurian yang tidak dapat saya lupakan.Pada suatu tengah hari di kuarters guru, saya dan adik saya bermain basikal di halaman rumah. Memandangkan waktu tersebut selepas solat Jumaat, maka kuranglah orang melalui jalan di hadapan rumah saya. Sedang saya bermain, terdapat seorang pemuda datang hampir dengan kami. Dia tanya sama ada guru dalam rumah tersebut ( Cikgu Wan Luzi ) ada. Saya jawab ada. Kebetulan motor cikgu tersebut di luar rumahnya tanpa dicabut kunci. Dia tanpa menunggu terus menghidupkan motor dan berlalu pergi. Saya hanya membiarkan menyangkakan dia adalah kawan cikgu tersebut. Sehinggalah petang tersebut, setelah cikgu-cikgu bujang habis main takraw bersama ayah saya, mereka berkumpul di halaman rumah saya. Cikgu Wan Luzi tanya ayah saya sama ada nampak ada orang lain pinjam motor dia. Ayah saya jawab tidak ada. Kebetulan saya mendengar perbualan mereka. Maka saya pun menceritakan perihal tengah hari tadi. Rupa-rupanya motor cikgu tersebut telah dicuri!! Dan saya adalah saksinya!.. Maka pada hari sukan sekolah saya, saya melihat ramai orang berkumpul di kawasan perhimpunan sekolah saya dengan beberapa jip polis. Saya dipaksa oleh ayah saya untuk masuk ke dalam perpustakaan kerana didalamnya terdapat cermin gelap. Saya dikehendaki memilih antara 2 orang penjenayah yang disyaki mencuri motor cikgu Wan Luzi. Saya amat takut pada waktu tersebut. Saya beberapa kali terduduk kerana takut. Bayangkan saya berumur 7 tahun pada waktu tersebut dan dikehendaki menjadi saksi. Dan akhirnya saya menunjukkan jari telunjuk saya ke arah seorang pemuda. Dua orang pemuda tersebut digari tangan mereka dan muka mereka menunjukkan kesan lebam-lebam. Itulah pengalaman saya menjadi saksi terhadap kes curi motor. Sungguh saya tidak dapat lupakan sehingga kini. Masih kuat dalam memori saya.
Itulah sedikit sebanyak kisah di Felda saya yang dapat dikongsikan setakat ini. InsyaAllah,jika dipanjangkan umur dan saya dapat melangkah pulang ke Felda tercinta pada September ini, saya akan kongsikan masalah-masalah lain yang ada. Moga-moga dengan pendedahan ini, dapat membuka sedikit sebanyak minda sahabat-sahabat sekalian mengenai masalah-masalah yang ada dalam negara kita. Masalah ummat kita. Ummat Islam khususnya. Sampai bila masalah ini akan berlaku? Apakah puncanya? Tentunya masalah ini berpunca daripada kurangnya nilai-nilai agama Islam dalam diri. Sekiranya Islam dapat diamalkan sepenuhnya, nescaya masalah-masalah sebegini tiada. Islam mengajar kita walau semiskin mana kita, kita mesti berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal. Bukan dengan cara yang haram seperti mencuri, merompak, meragut dan sebagainya. Jika sahabat-sahabat sekalian memandang usaha untuk menyedarkan masyarakat ini terletak di bahu ustaz ustazah sahaja, maka kalian tersilap menghitung. Tugas ini adalah tugas kita bersama. Apa guna kalian sibuk belajar mengejar ijazah 'tinggi-tinggi', sedangkan masyarakat dibiarkan hanyut tanpa pedoman? Tidak ada sentimenkah kalian untuk bersama-sama membawa masyarakat kita ke arah kebenaran? Tepuk dada, tanya iman. Kurangkanlah bersuka-ria diwaktu remaja ini. Terlalu banyak tugas kita untuk dibuat. Persiapkanlah diri kita dengan ilmu-ilmu dakwah dan kemasyarakatan kerana masyarakat adalah 'dunia' sebenar kita nanti. Akhir kata, sama-samalah kita menyemai sikap mencintai suasana yang diredhai Allah tidak kira dimana kita berada. Menjadi tanggunjwab kita bersama untuk mencegah kemungkaran di tempat kita.'Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk orang lain'.
p/s : Artikel ini adalah sambungan daripada artikel Feldaku Juara (Part 1)
Alhamdulillah.. Daurah Kitab II PERUBATAN telah selesai dengan jayanya pada 5 & 6 Ogos di Bait Izzah,Tanta. Kitab yang dibahaskan ialah Kitab Daur Syabab ( Peranan Pemuda ) oleh Ustaz Husyaimi Hussian . Karangan Abdullah Nasih 'Ulwan. InsyaAllah saya akan menulis secara ringkas peranan pemuda-pemudi jika diizinkan untuk perkongsian ilmu bersama.InsyaAllah.
This month (August), I will stop for a while in blogging ( seems like I've lots of fans yea..=) bcoz I still have exams..Why? Allah knows the best for me..Alhamdulillah for everythings that Allah had gave for me. And I hope that all of u can pray ( du'aa) for me. Pass the exams with flying colours..InsyaAllah. And one more thing, I had canceled the previous plan.. From staying in Egypt this summer to going back to Malaysia.. I've to take another breath there.. Maybe my breath for this year had gone with my result..Anyway, by meeting with my family, I hope I can rebuilt a new strength to futher my study. InsyaAllah, my flight date is 12 September and i'll return here at 30 October..InsyaAllah. I'm so sorry.. To my friends in Tanta, I didn't meant anything and this decision in very tough to me to make it. 'Ala kulli haal, this is Allah's plan. We plan and Allah plans, but Allah decides everythings..Dont miss any 'kelas tafaqquh' yea..=)Enjoy this summer to add and gain addition knowledge..
Apa sebenarnya insomnia? Setakat apa yang saya tahu, masalah tak boleh nak tidur malam. Apa puncanya? Memandangkan esok saya exam, saya tak boleh tidur malam ini. Selalunya memang begini juga.. Tambah-tambah sekarang ini subuh seawal 4.30 pagi, saya semakin susah melelapkan mata.. Apakah ini..ish2..dugaan..[ sabaq la..=)]
Ada maklumat yang saya dapat cari sedikit malam ini berkaitan insomnia.. Selamat membaca ye =)
Most adults have experienced insomnia or sleeplessness at one time or another in their lives. An estimated 30-50% of the general population are affected by insomnia, and 10% have chronic insomnia.
Insomnia is a symptom, not a stand-alone diagnosis. By definition, insomnia is "difficulty initiating or maintaining sleep, or both." Although most of us know what insomnia is and how we feel and perform after one or more sleepless nights, few seek medical advice. Many people remain unaware of the behavioral and medical options available to treat insomnia.
Insomnia affects all age groups. Among older adults, insomnia affects women more often than men. The incidence increases with age.
Stress most commonly triggers short-term or acute insomnia. If you do not address your insomnia, however, it may develop into chronic insomnia.
Insomnia Causes
Insomnia may result from either psychological or physical causes.
The most common psychological problems include anxiety, stress, and depression. In fact, insomnia may be an indicator of depression. Many people will have insomnia during the acute phases of a mental illness.
Physiological causes span from circadian rhythm disorders, sleep-wake imbalance, to a variety of medical conditions. Following are the most common medical conditions that trigger insomnia:
Certain medications have been associated with insomnia. Among them are certain over-the-countercold and asthma preparations.
The prescription varieties of these medications may also contain stimulants and thus produce similar effects on sleep.
Medications for high blood pressure have also been associated with poor sleep.
Common stimulants associated with poor sleep include caffeine and nicotine. You should consider not only restricting caffeine use in the hours immediately before bedtime but also limiting your total daily intake.
People often use alcohol to help induce sleep, as a nightcap. However, it is a poor choice. Alcohol is associated with sleep disruption and creates a sense of nonrefreshed sleep in the morning.
A disruptive bed partner with loud snoring or periodic leg movements also may impair your ability to get a good night's sleep.
http://www.emedicinehealth.com/insomnia/
Ini rupanya insomnia.. It affects women more often then men.[ Terkena la saya ye..=)] Dalam hal ini, mungkin saya stress nak exam. 'Ala kulli haal, alang-alang tak boleh tidur, baik membaca sesuatu.. =)